Sunday, January 16, 2011

Fenomena Kedai mamak dan Isu Halal?

Assalamualaikum kengkawan semua, Hari ni aku muncul lagi dengan post terbaru aku Mengenai kedai mamak. Boleh ke makan kedai mamak? halal ke kedai mamak? betul ke diorang ni muslim?, Erm sebenarnya masih banyak persoalan yang boleh dirungkaikan dekat sini.

First, kite citer la dulu kelebihan kedai mamak ni berbanding kedai melayu yang lain. Bagi aku kan kalo singgah kedai mamak kalo x pekena Teh Tarik dan Roti Canai memang x sah la orang cakap. Die Punye Teh Tarik, perghh memang kaw. Lagi satu, yang aku suke kedai mamak ni kalo wat teh tarik memang x kedekut, milo ke ape ke, sebab tu die punye rasa adalah yang terbaik

Begitu juga dengan roti canai, Kalo nak dibandingkan dengan kedai Melayu memang jauh la bezanya. Tiap kali aku singgah kedai mamak memang x sah kalo x order roti kosong ataupun roti telur.Harga pun berpatutan la jugak.

Selain tu bagi aku la kan servis kedai mamak adalah yang terbaik, kalau singgah ke kedai mamak kite mesti akan rasa puas hati terhadap layanan yang mereka berikan.Bukan macam kedai melayu, ade sesetengah tu masam je bile kite singgah kedai die.Kalo nak meniaga buat la cara nak meniaga kan.Tak seperti kedai mamak, kehadiran kita mesti disambut dengan senyuman dan layanan mesra.

So ape kene mengenanya ape yang aku citer kat atas ni dengan tajuk post ni?. Dekat sini aku nak kupas la sikit mengenai perkara yang tak semua orang amik peduli mengenai kedai mamak ni.

Muslim Celup?
Ya inilah ape yang nak aku perkatakan sejak dari tadi, Pastikan korang pergi ke kedai mamak yang memang betul2 muslim.Bukan ape, korang pon tau kan bab halal haram ni mereka tak dapat nak bezakan. Zaman ni macam-macam boleh jadi. Gara-gara untuk melariskan perniagaan, mereka sanggup menipu dengan menggunakan imej Muslim untuk menarik pelanggan yang rata-ratanya beragama Islam.Kita mudah percaya dan tertipu.Sebabnya, mereka mungkin x dapat nk membezakan Halal dan Haram dan kebersihan yang disyariatkan dalam Islam.

Logo Halal
Isu logo halal ni bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kite ni. Logo2 ni semua boley dibeli dengan sesuka hati je tanpa pengesahan dari Jakim. Banyak sangat kes pemalsuan logo Halal ni.Aku pon malas nak cakap banyak, korang sendiri tau kan.Kadang-kadang kilang makanan tu ade anjing yang berkeliaran dalam kilang tu.Ni bukan cerita baru.

Ayat Suci Al-quran
Kononnya dengan meletakkan ayat suci Al-quran, dapat memberikan keyakinan kepada umat Islam bahawa restoran mereka tak perlu diragui.Banyak kan sekarang kedai-kedai makan memanipulasikan ayat Al-Quran.
Ayat suci Al-quran yang ditampal di kedai  bukan lah penentu kedai tu bersih atau halal.Tapi isu ni kalo kite sendiri tak ambil tahu, sape lagi kan. Jangan biarkan diri kite tertipu dengan semua ni.

Mamak-mamak muslim yang palsu ni bila disiasat, baca Al-Fatihah pon x reti, jangankan Al-Fatihah, mengucap pon x reti, apecer tu? haha. tapi imej berkopiah dan kedai banyak tergantung ayat suci Al-quran bukanlah penetu gerai tu halal dan bersih. terkadang arak pon ade diletakkan di dapur memasak.

Ni ade story sikit, lecturer aku time die makan kedai mamak, die makan roti canai, sekali roti tu ade bau pelik, semacam bau najis. Erm bila ditanya, mamak tu pon minta maaf la sebab die basuh berak x cuci bersih, najis tu terlekat pada cincin die....eeiii..yek, syok ler makan ye....haha

Lagi satu roti telur tu korang ley siasat la sendiri, ade sekali aku masuk kedai mamak tu, die nk masak roti telur, slumber je die pecahkan telur tu, sedangkan najis ayam banyak melekat kat telur tu, aku tengok orang yang makan tu, fuh memang berselera sungguh, haha...so korang fikirkanlah.

Bab makan ni kene la jage, bukan aku tak bagi makan kedai mamak, tapi siasat la dulu samada betul2 bersih ataupun x de unsur penipuan mcm aku citer tu. bak kata ustazah aku, apa yang kita makan itu membentuk peribadi kita. Kalo Haram yang kita makan, maka gelap lah hati kita. Bgaimana ilmu nak masuk kan, makanan tak halal dan tak bersih.

 So renung-renungkanlah, sekian.............
Categories:

5 comments:

  1. eeeuuwww..terlekat dekat cincin...isk..

    ReplyDelete
  2. hmmm terus rasa menyesal makan kat mamak...hahahahah

    ReplyDelete
  3. tak semua kedai mamak macam ni. keh3.

    ReplyDelete
  4. hahahah info yg best

    ReplyDelete
  5. seriousssssssssssssssssssssssssssss gliiiii

    ReplyDelete