Monday, May 9, 2011

Kenikmatan Aneka Sirap Yang Pelbagai


Mesti Korang rasa tertarik dan teruja kan bila melihat gambar kat atas tu. Lebih2 lagi sekarang musim panas. Ya panas yang membahang hingga tekak pon terasa kering. Time macam ni paling best kalo dapat minum air batu paling koman pon air sirap yang dicampur dengan ais. Pergh nikmatnya x terkata. Cukup memberikan kepuasan saat-saat tekak berasa dahaga.

Bagi sandx, sandx sememangnya amat menggemari sirap ni. Minuman yang simple tapi ade keunikannya yang tersendiri dan mungkin korang semua x tau dan tak pernah tau. Atau mungkin korang tau tapi buat2 tak tau. Selain kos yang murah sirap juga adalah satu minuman yang unik dan pelbagai. Sangat sedap dan digilai ramai. Paling sandx suka kalo time makan nasi tu dihidangkan sekali dengan air sirap. Memang time makan tu penuh dengan selera la. Boleh dikatakan Hidangan tu jadi best dan menyelerakan.

Sandx sendiri pernah mengadun resepi sendiri time dulu2. Air soya + selasih + pewarna sirap. Pergh mmg mengasyikkan. Warnanya mmg cantik dan sedap. Sedar x sedar produk tu mmg dah ada kat pasaran sekarang. Manusia sekarang semakin kreatif. Bnyak minuman yang dulunya kita x pernah lihat dan dengar, kini menjelma di pasaran dengan jenama yang pelbagai

Selain sirap yang bewarna merah tu, terdapat juga minuman sirap yang dipelbagaikan malah juga dijadikan makanan hingga membuatkan rasanya sedap dan diminati antaranya :-
1. Sirap bandung
2. Sirap Soda
3. Sirap Soya
4. Dadih
5. Bandung cincau
6. Sirap dengan selasih
7. Sirap limau

Memang x sangka. Sesuatu minuman yang remeh macam ni cukup degemari ramai hingga ianya  dipelbagaikan. Time kenduri kawen pon orang menggunakan sirap untuk menjamu orang ramai yang hadir. kos pon murah. x pernah lagi dalam hayat sandx kenduri kawen jamu tetamu dengan Fresh orange..hehe

Disebabkan ianya murah, maka sirap menjadi pilihan utama bagi sesiapa sahaja untuk menjamu tetamu. Al-maklumlah kan, save bajet. Kalo tetamu tu ramai, jamu pulak fresh orange sorang satu, mau x terkentut tuan rumah nak menyediakannya...haha. nak2 kalo si tuan rumah tu kedekut tahi idung masin kan. pikir positif la kan, x semua orang kat dunia ni hidup senang. Dijamunya tetamu dengan air sirap, dah lebih dari cukup kan. Sebab tu la kat kantin sekolah pon jual air sirap, murah pon murah, mudah untuk disediakan. Tuan kantin jugak yang untung.

Dan daripada minuman, sirap juga boleh dijadikan dadih dan agar2. wah transform jadi makanan pulak ye. Itulah kehebatan sirap yang sandx nak ceritakan pada entry kali ni. Bukan apa, idea ni tercetus masa duduk tengah panas, tekak kering tengok pulak orang minum air sirap yang merah menggoda. Ade pulak air batu kat dalam, Fuh tergugat la jugak iman ni.

Produk sirap yang sandx paling suka ialah bila Soya mix dengan sirap. Pergh mmg sedap. Tapi satu lah kan. Siapalah sirap tanpa air batu. Bagi sandx sirap ni menyengat dan best bile die sejuk. Kalo x sejuk ianya jadi x best dan biasa je. Nak minum pon kurang selera. Tu je lah sandx rasa kelemahan die.

Note : Kalo korang ada pandangan korang yang tersendiri tinggalkan lah komen bernas korang tu kat bawah kat ruangan membebel tu. Manalah tau kan Korang lagi advance dari sandx ade produk dan resepi sirap yang tersendiri...yehaahhaha

P/S : sandx Tulis entry ni sambil minum air sirap. barulah ada feel dan ilham..hehe


Categories:

33 comments:

  1. terbaik la, malam2 ni dah la dahaga.. T_T

    ReplyDelete
  2. terliur bila tengok gambar tu semua, boleh? hehe

    ReplyDelete
  3. Pergh!!! nak air 2.. eh,bukan nak yg i2.. eh,nak sume lah.. heee :D

    ReplyDelete
  4. sedap nye ! wan sandx kene belanja myra air sirap ni ! sbb awk da bg saya jeles!
    huhu~ gurau jerp :p

    ReplyDelete
  5. nampak memang sedap, tp akak tak berapa minum ais, akak suka minum air panas suam g tu, tak kiralah cuaca panas ke tak

    ReplyDelete
  6. pergh...my fvrite drink...tpi x suka sirap + ais...azwa lbh prefer sirap limau...manis masam sume ckp...sla buatkan 1 tuk sya...:)

    ReplyDelete
  7. sirap soda best :) baru minum semalam
    hee

    ReplyDelete
  8. musim2 panas begini....air sirap pun jadi air tersedap...perghhh....

    ReplyDelete
  9. sirap lemon laici toping cincau satu!!
    err,, yg tu ad x kat sini..? hehee~

    ReplyDelete
  10. nyum~!! :D sirap letak milo boleh ke??

    ReplyDelete
  11. peh . . tersentap sekejap . . .
    hehehe . . :)

    ReplyDelete
  12. perghhhhhhhhh nak nak .. sape belanja nih

    ReplyDelete
  13. suke sirap bandung soda!!! huhuu

    ReplyDelete
  14. mlm2 panas2 cmni nmpak sirap plak, hukk...

    latest en3: unknown

    ReplyDelete
  15. Perggh...suka sangat dgn syrup bandung!!! sedap! Dahaga pula jadinya...hehehe

    ReplyDelete
  16. nak sikit !!! dh lme x minum. wee~ :)

    ReplyDelete
  17. sirap susu bes..sjk akhir2 ni slalu minum sirap susu..=)

    ReplyDelete
  18. bandung soda and bandung + cincau antara my fav..sirap limau pun sama..tp kat sini tk de sirap da...lupa la pulak nak bawa sirap kordial...pergh...teringin2..

    ReplyDelete
  19. soya ros jugkla pilihan gue =)

    ReplyDelete
  20. Sirap bandung tarik, gelas besar...
    TERRRBAEEKKK !

    heh heh

    ReplyDelete
  21. sandx ! sape soh buh sirap ni. buat dini dahaga. sandx sebut selasih, tp sandx penah tak minum sirap yang ada buah kabung. sedap gak tauu :)
    try la sandx. hehe

    ReplyDelete
  22. meleleh air liuq nie.. hee nasib baek bukan bulan pose.

    ReplyDelete
  23. sedapnya . ada ABC lagi sedap . ada aiskrim malaysia perisa sirap tu . lg sedap aiih :)

    ReplyDelete
  24. bandung pon panggil sirap jugak ek.. okok.. baru taw ! :)

    ReplyDelete
  25. perghhh... bestnyer... slllrrpppp..

    ReplyDelete
  26. oh..kalau nak berkenalan...belanje sy sirap dulu..hekhek

    ReplyDelete