Sunday, February 20, 2011

Runtuhnya Pasir Dipukul Ombak...


Salam, erm sandx sekarang sudah lama tidak menulis blog. semakin lama semakin jarang untuk sandx update blog. Sejak pemergian arwah nenek tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Februari 2011 lalu, nampaknya sandx makin tidak aktif dalam dunia blogging.

Runtuhnya pasir dipukul ombak begitulah hati sandx sekarang, hancur, lemah dan tak bersemangat. Ini bukan bermakna sandx putus cinta, sandx sudah lama menyendiri sejak kecewa dalam dunia percintaan. dan sejak dari itu sandx bagaikan patung hidup yang berdiri kaku tanpa jiwa dan perasaan. sandx rasakan dunia sungguh gelap, tiada cahaya. terasa diri asing dan sandx merasakan ramai yg x ambil peduli tentang sandx. Begitulah dunia bila kita berasa kecewa.

Sejak itu sandx mencuba bermacam cara untuk bangun dan bangkit. sandx mengambil masa lebih dari 6 bulan untuk pulih. Cinta, memang la sedap dan bahagia ketika kita memilikinya dan terasa perit dan sakit bila kita kehilangannya. Bagi sandx semua tu dah x penting lagi. Sandx berubah dan sandx yakin kalaulah ada jodoh ada la, kalau tidak, mungkin suatu hari nnt pasti akan menemuinya.

Runtuhnya Pasir dipukul ombak, begitulah perasaan sandx hari ini. Entah la macam x de semangat je nak tempuhi hidup ni. Sandx masih lahi bergelar sebagai seorang pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dalam bidang Diploma E-commerce. Sekarang sudah masuk sem 4 dan sedang menjalani Praktilal. Memang sungguh mencabar. Amat mencabar. sebab tu lah sandx rasakan hati sandx bagaikan pantai dipukul ombak, kota pasir yang didirikan hancur dan rebah dipukul ombak, begitulah hati sandx. Tiada semangat. Sudah lah kerja dibebani dengan tekanan lepas tu satu demi satu staff2 di office berhenti kerja. sandx yang praktikal ni memang terikat dengan company tu.

Company Tu memang gila dan layaknya dipanggil sial. sandx x pernah jumpa company yg seteruk dan sedahsyat tu. sudah lah kucar kacir suasana disitu memang akan memberikan tekanan yang amat kuat disitu. Sandx kuat pon sebab ada kawan yang memang selalu support sandx. Kalau tak sandx x tau la nk cakap ape lagi.

Sekurang-kurangnya dengan menulis blog ni, sandx tau ade yang membaca dan mendengar luahan isi hati sandx ni. Terbit juga rasa kepuasan dan dapat melegakan hati yang sakit. Tak tahulah, rasanya macam ramai yang memberikan sandx masaalah sekarang, mengapa? satu perkara yang sandx sedar mengenai diri sandx dari dulu sampai sekarang, jika sandx terlalu hidup dalam kegembiraan dan happy akan ada suatu masanya secara tiba-tiba untuk diri sandx merasa perasaan sedih. begitulah bagaikan debu pasir yang ditiup angin....

Tapi sandx yakin, rasa sedih dan lemah semangat ni akan hancur, musim silih berganti begitu juga hati dan perasaan, juga bersilih ganti. Ada kalanya kita bergembira dan ada kalanya juga kita akan bersedih. Uniknya kita makhluk yang diciptakan tuhan, kerana mempunyai hati dan perasaan.

Begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar memahami kita. Bersahabatnya kita dengan seseorang itu adalah disebabkan pemikiran dan minat yang sama. juga boleh dikatakan serasi bersama. Mengapa ya? jawapannya ada pada korang sendiri. Hehe sandx mungkin ramai sahabat, juga ramai kawan. dan terkadang sandx rasakan bagaikan sandx x mempunyai kawan, entah la... sahabat dan kawan baik sandx semuanya berjauhan dengan sandx malah ada yang sudah menghilangkan diri tanpa jejak. sandx amat memrlukan sahabat, kerana sahabatlah yang betul2 amat memahami sandx.

Rasanya ombak yang memukul pantai tidak lagi seganas sebelum ni, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman dan tenang. Tak sangka dengan hanya menulis blog. sandx dapat lepaskan segala yang terpendam walau x keseluruhannya. Masa akan datang sandx akan cuba update blog dengan entry yang menarik. Bukan ape, sandx memang teramat busy sejak kebelakangan ni. Memang x de masa.

p/s ape la yang sandx ni merepek hari ni......hahahaha


Saturday, February 12, 2011

Hukum Umat Islam Menyambut valentines day

Assalamualaikum. erm memandangkan bulan ni adalah bulan Februari, maka sememangnya tidak lari umat manusia diatas muke bumi ni untuk menyambut satu perayaan hari kekasih iaitu valentines day. Pada tiap-tiap 14 Februari setiap tahun semua orang sudah tahu dan sememangnya tahu kerana sebut sahaja Valentines day ianya adalah dikaitkan dengan hari kekasih, tapi mereka tidak tahu sejarah, asal usul dan mengapa ianya disambut. Persoalannya? bolehkah umat Islam merayakan hari kekasih tersebut? dan apakah hukumnya dalam syariat agama Islam?

Pasangan yang bermadu kasih
Seperti yang kita ketahui kan, sandx rasa semua orang sudah sedia maklum bahawa tiap-tiap kali valentines day, ramai ler pasangan kekasih yang mabuk cinta, meluahkan perasaan cinta. Bukan sekadar dengan kata-kata malah dengan pemberian hadiah yang teristimewa kepada pasangan masing-masing. Malah lebih buruk lagi time ni la pasangan yang bermadu kasih ni men'terlanjurkan diri dengan membuat projek terbesar dan selepas tu berlakulah pengguguran haram dan pembuangan bayi.

Buang bayi, bagaikan perkara biasa kini
Perayaan Valentines day ni bukanlah budaya Islam dan Islam tak pernah pon meletakkan hari-hari tertentu untuk merayakan hari kekasih. Kalau korang nak tau, perayaan Valentines day ni mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat. Ha ye la kan mane la Islam pernah ajar umatnye melakukan perbuatan yang sedemikian sebab dalam Islam pergaulan lelaki dan perempuan ada batasaannya.

Ok sebelum tu, disini Sandx nak cerita sikit mengenai Valentines Day dan sejarahnya :


Dari sudut bahasa, Valentines dalam bahasa inggeris atau Valentino dalam bahasa Italy adalah berasal daripada nama sesebuah keluarga yang berasal daripada Rom, iaitu Valentinos yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu Valens yang bermaksud aktif, kuat dan seumpamanya.

Gambaran peperangan antara Islam dan Kristian
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 amat bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap seperti kekasih rakyatnye sendiri. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya Hari Valentine.

 Dekat sini pulak aku nak citer tentang 3 pendapat tentang asal usul Valentine Day :

1. Pendapat pertama, hari Valentines day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi orang Rom. Hari berikutnya 15 februari bermulanya pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom dimana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis diatas kertas dan dimasukkan kedalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama yang ada didalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlansung.

2. Pendapat Kedua pula menyatakan bahawa pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu St Valentines dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatab tersebut St Valentines telH ditangkap dan diheret dan akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada Februari 270M . Bagi memperingatinya sebagai simbol Ketabahan, Keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup maka 14 Februari telah dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

3. Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil sempena nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya ditempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatkan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskna Kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentines yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Please say no to Valentines Day
Itu adalah sedikit sebanyak mengenai Hari Valentines yang kebanyakan orang agung-agungkan tu. Masyarakat kite ni terlalu mengikut budaya luar sehingga tak tahu apakah yang mereka lakukan, apakah ianya boleh atau adakah ianya bertentangan dengan syariat agama? ya sudah tentulah x boleh dan ianya dilarang dan hukumnya "HARAM". Mari kita baca hadis Rasulullah S.A.W dibawah ni


من تشبه بقوم فهو منهم    

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)



من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

P/S - so korang fikir-fikirkanlah baik buruk, hal2 berkaitan agama tak boleh dipandang remeh. sebarkanlah artikel untuk mengembangkan lagi dakwah....:)

Ni ada Link Fatwa mengenai Hukum menyambut Valentine Day :

Tuesday, February 8, 2011

Sikap Buruk Pekerja Kedai Makan

Nama kedai terpaksa di censoredkan
Assalamualaikum, di kesempatan hari ni, aku nak bercerite la sikit mengenai pekerja kedai makan kat sesuatu tempat ni seperti yang kengkorang semua lihat gambar diatas tu.

Erm seperti hari-hari biasa, aku bekerja di office start pukul 9 hingga 5.30, fuh kepenatan nye agak terasa la, mujur keje start pukul 9. Seperti selalunye aku dan kawan aku, selaku officemate aku akan lepak la kat mane-mane warung atau kedai mamak untuk makan ataupun minum. Sudah menjadi tradisi kami selepas waktu office berbuat sedemikian.

Seperti gambar yang korang tengok dekat atas tu. Ha tu lah salah satu kedai makan yang aku lepak dengan kawan aku pada hari ni. Seperti yang korang tau, cuaca sekarang ni memang agak panas lah. Petang tu lepas balik dari kerja memang terasa la bahang dan kehangatan mentari dan secara automatiknye  tekak juga terasa kering. Terlintas juga di kepala ni nak makan n lepak kat mane.

Then, aku membuat keputusan nak pergi makan roti canai, tapi sayang seribu kali sayang, kedai tu tutup. Aku lepak la kedai bersebelahan dengannye. Aku bercadang nak minum je sebab memang tekak kering sangat, dapat air batu pon jadilah. Aku datang kat situ dah la x de pelanggan, muke pekedai n pekerja nye pulak masam mencuka. Dalam ati aku cakap, "argghh pedulik la, aku nak lepak n minum coz dahaga sangat".
Maaf la ye, da abez coz dahaga sangat

Aku order la Air sirap seperti gambar diatas ni, n kawan aku lak order mee sup n tea,. yang x best nyer, die punye pekerja macam terpaksa je nak amik order, pekerja lain pulak duduk lepak-lepak, pekejadahnye tu? da la datang tak disambut. Kemesraan melayan pelanggan tu x de, mintak order macam buat-buat tak paham. Kau nak kerja buat la cara nak kerja kan. yang lain-lain pulak malas. baik tak payah bukak kedai kalo gitu.
Gambar telah di censoredkan

Sudah la cuaca panas, hati kat dalam ni lagi la panas kalo macam ni la caranya, die boleh duduk lepak-lepak gitu entah mende la yang die buat, pastu bile suruh kire time nak bayar tu, die boleh pulak tanye aku n kawn aku makan n minum ape dari tempat duduk duduk die tu, cis, sape pelanggan ni? macam tu ke care ko semua layan pelanggan, nak kate bodoh nanti marah, tapi memang bodoh pon sebab kalau macam tu la cara ko, memang lingkup la silap hari bulan. Sepatutnya die bangun la datang kira, kami pulak terpaksa paggil diorang datang kira. pastu dah lah liat pulak tu nak bangun.

Lepas ni aku takkan lepak dah kot kedai ni dan kedai yang seumpama dengannye. apa daa, servis terok. kalo ikutkan aku blah je dari situ. mungkin da rezki korang kot kitorang minum situ.....

P/s  Korang kalo berniaga x payah la ikut contoh manusia dekat atas ni, melingkupkan korang punye bisnes je n gerenti x de orang nak datang dah lepas ni. banyak-banyakkan senyuman dan ramah mesra k....:)


Thursday, February 3, 2011

Sandal Best dan Pelik Untuk Tatapan Korang

Ni namenye kasut bercawat
Fuh setelah beberapa hari tertangguh untuk update blog, akhirnya dapat jugak aku peluang dan kesempatan untuk update blog ni. Erm terfikir juga entry ape ye untuk sandx masukkan pada hari ni? akhirnya idea tu datang, ianya adalah mengenai tajuk yang seperti kengkorang semua baca diatas tu.

Dalam dunia ni banyak perkara yang pelik-pelik berlaku sedar atau tak sedar ianya tetap berlaku, ianya meliputi  
semua perkara termasuklah sandal.....haha jom tengok...



wah ade yang berbentuk zirafah ye? agak-agak cun tak kalo korang pakai?

Sesape yang minat boxing, ni ha ade sarung tinju untuk kaki... ingat tangan je ke boley bertinju? tinju gune kaki lagi best.

Ha yang nni best dan menarik, agak cun disebabkan kelernye yang cun tu.

Kasut ni pelik sikit ade unsur 18sx, tapi x pe aku da censored kan, so korang tak perlu risau bawak family bace blog ni, ianya tontonan umum...haha wah kantoi jugak, aku lupe nak censored kan bayang2 die, ops sorrrryyyy.. haha 

yang ni baik tak payah pakai kasut kan...haha

Wah ikan pon dihadikan sandal yek? macam selipar jepun ala-ala ikan....2 dalam satu, untuk makan dan untuk sarung ke kaki, tak senonoh betul kan...

Betul-betul mirip kaki korang

 
Ni kasut style aper ni? beli seluar sekali dengan kasut

Untuk pengetahuan korang  ni bukan ler sandal, ni hanyalah berus yang sengaja dijadikan sandal...wahaha

p/s Carilah sikit Sandal atau kasut yang ade brand sikit, baru nampak macho kan..haha