Showing posts with label Yang Menarik. Show all posts
Showing posts with label Yang Menarik. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Ternakan Pacat Secara Komersial.


Assalamualaikum, ehem ehem, maaf sbb sandx lama x update blog. Disebabkan kebusy'an yang teramat sangat. Dalam busy2 tu tangan ni tetap terasa gatal-gatal untuk menulis blog. Rasa hidup x lengkap bila x tulis blog. Thanks kepada sesiapa yg dah baca entry sandx yang sebelum ni iaitu mengenai Suka Duka Alam Percintaan yang mendapat maklum balas yang agak baik daripada pembaca. Kali ni sandx akan cuba membalas komen bernas kengkorang semua..yuhuuu.

Kali ni Sandx nak bercerita mengenai pacat Pulak. Alahai ade ke orang menternak pacat? macam kelakar la pulak kan. Tapi bagi sandx ianya bukan sesuatu yang mustahil. Dulu masa kecik2 main kat parit, sauk ikan dapat lintah, eeeeyeekkk mase tu geli geleman pon ade, orang nak ikan tp lintah pulak yang dapat. Sekarang sedar x sedar menatang tu orang sebok dok meniaga. Eeh boleh jadi kaya raya pulak tu

Zaman ni menternak haiwan atau menatang yang pelik2 sudah menjadi sesuatu yang x pelik lagi. Mungkin zaman akan datang ada orang ternak semut, kerengga, berudu atau pacat haha mana la tau kan. Sebut je pacat, semua orang geli dan takut especially girl, alahai bukan main takut die.

Lintah
Kalo korang nak tau Lintah n Pacat ni adik beradik je sebenarnya. Yang menjadi perbezaannya, lintah hidup di air dan pacat pulak hidup di darat. Diorang ni asal dari keluarga yang sama iaitu filum annelida dari kelas hirudinea. Sandx pon x bape paham jugak istilah sains ni. Tapi Ikut je la kan, dah namanya cegitu nak wat camne kan.

Yang penting jangan korang gelakkan sandx pulak. " karut je mamat sandx ni, ade ke ternak pacat". Ehem2, kalo korang flashback balik zaman sekitar 80 n 90 an dulu kene gelak dek orang je bile dengar ada orang nak ternak cacing dan lintah. Tapi cuba korang perhatikan, kaya diorang beb, dan dah jadi sesuatu yang tak pelik lagi malah boleh jadikan pendapatan sampingan. Mana lah tau kan zaman akan datang ade orang wat kajian tentang pacat pastu jumpa formula baru dalam perubatan n sebagainya. Sekarang orang sebok dok cari cicak Gecko. Pelik kan, tapi x mustahil pon. Macam cacing tu, baja die sekali jual, berapa dah untung tu, subur jugak tanaman kengkorang tu.


Yang menjadi Masaalahnya sekarang, boleh ke ternak pacat? apa hukum dari segi agama? Kalaulah boleh, sanggup ke korang? :

1. Mencari Benih di hutan-hutan, sebab sekarang masih belum lg ada pembekal.
2. Membina Hutan tiruan, sebab habitat pacat yang hensem tu ialah daun kayu kehijauan.
3. Sediakan kambing untuk hidangan kerana belut bukan makanannya di daratan.
4. Menuai hasilnya nanti  kerana terpaksa kutip di celahan daun, silap2 darah korang yang mnjadi taruhan.
5. Luangkan masa 24 jam, sebab pacat ni macam korang jugak, x reti nak duduk diam..hehe
6. Menjaja pacat di pasar malam, kerana belum lgi ada permintaan.

Ni Lintah ni
Kalo sanggup buat la, sandx pon dah jemu ngan pacat2 ni..hehe asyik kene gigit ngan die je, kalo Cun x pe jugak, ni kembang kecut kembang kecut, ase nak lempang pon ade...hehehehe... tapi kan andaikata ianya mendapat permintaan satu hari nnt, pasti ada yang sanggup, asalkan dapat $$$$$ kan...Tapi kalo ade yang nak beli pacat korang tu pon, mungkin rancangan Fear Factor tu je kot...wahahhaha

P/s : korang ada angan2 nak ternak menatang pelik2 ke selain pacat? Sandx pasti rumah korang mesti banyak ternak tikus, lipas dan nyamuk kan...hehehe.

Wednesday, May 25, 2011

Kegigihan Encik Semut Yang Tiada Tandingnya

Special edit from sandx
Aduh adeh deh deh, arghh erk....dush, mati sekor. Assalamualaikum Pembaca blog sekalian. Apekemendenye bunyi tu tadi? tu lah bunyi sandx yang kesakitan akibat digigit semut api siang tadi. Memang kelam kabut la sandx menyelamatkan diri. Bisanya ya tuhan, semut api mmg gitu. sakit bukan kepalang.


Dari situ tercetusnya idea ni untuk sandx menulis entry. Kali ni tentang semut pulak. Apekemende lah sandx ni tulis pasal semut lak ye??. Haha, bg sandx semut ni antara makhluk tuhan yang paling unik. Walaupun ade kedengaran bunyi2 manusia yang x puas ati ngn semut ni, "hish kuang ajo semut ko minum air sirap aku ye!!!", Bedaahhhh, kenapa dibiarkan makanan tu?, dah naik dek semut tu. Semut tu bukannye gheti bahasa!!",... "Hish benci la semut2 ni, entah pape nak gigit orang...". Itulah antara suara2 yang kedengaran memarah sang semut yang kecil dan comel tu.

Bagi sandx walaupun ade orang cakap semut ni entah pape la, menyusahkan lah, benci la, ape lah, tapi tetap memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pergh cakap pasal semut ni, memang kita tau semut ni sejenis serangga yang sangat-sangat rajin dan berdisiplin. Kadang2 terfikir jugak, alahai malasnya. Nak buat assignment pon malas, nak pergi kelas pon malas, paling teruk ade manusia yang malas nak semayang. So bila tngok semut yang teramat rajin ni, rasa ade la jugak motivasi dalam diri. Menatang tu kecik je tapi boleh angkut makanan yang lebih berat dari berat badan die dalam jarak yang jauh. Sandx pon pelik, bile semut2 ni tidur?? siang keje, tghari keje, petang keje, aish malam pon keje jugak?? haha entahlah.

Lagi satu semut ni tersangatlah berdisiplin dan mempunyai semangat setiakawan yang kuat. Bekerjasama dan saling bantu membantu. Bagai aur dengan tebing lah ni ye. Pergh respect, Tuhan jadikan sesuatu makhluk di sekeliling kita ni ada hikmah sebenarnya. Kita dapat belajar daripada semangat sang semut ni. Pernah ke korang tengok semut bergaduh sesama sendiri? yang ada semut itam bergaduh ngn semut merah ada la. sama2 geng dia tarak gaduh punya. Lagi satu kalo dapat makanan die takkan makan terus. Die akan ajak geng2 die kutip n bawak balik sarang. Berjalan pulak ikut barisan, Tak ke unik makhluk tuhan yang satu ni. Kalo die tak mampu angkat makanan tu sensorang die akan bekerjasama ngn semut2 lain

Ni kerengga, tp spesis semut gak

Macam sandx cakap tadi sandx kene gigit. Semut ni walau apepon sanggup bermati-matian mempertahankan rumah mereka. Lantaklah musuh die macam mana pon, besar ke kecik ke, janji semangat jihad tu ada walaupun die tau die takkan menang punya lawan sandx biar lah mati pon janji tetap lawan. Pergh lagi sekali respect dengan sang semut, tak pernah gentar dan takut terhadap musuh dan sanggup mati. At least sandx menjauhkan diri dari sarang mereka, tu misi sang semut. Menyelamatkan anak bini daripada dipijak oleh sandx. Dah memang pon, sandx pijak kawasan sarang diorang.

Semutlah antara makhluk paling kuat bersyukur. Walau sekecil manapun makanan tu, tetap dikongsi bersama dengan semut yang lain Walaupun sebenarnya makanan itu tidak cukup untuk menampung jutaan semut yang terdapat didalam sarang. Kita boleh contohi semangat semut yang tak gentar kepada pihak lawan, tak pernah kenal putus asa, rajin dan sebagainya. Haha yang penting kalau nak tau ade semut ke tak, pastikan disitu ada gula. Kalau nak tau disitu ada gula, tngok lah mana2 tempat yang ade semut berkerumun.Al-maklumlah ade pepatah ni " "dimana ada gula disitu ada semut".

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diungkapkan disini, Cuma sandx memang dari dulu tersangat kagum dengan makhluk tuhan yang satu ni. Kalau korang nak baca tentang semut ni datang lah blog ni...best Kisah Semut Bicara.





Lagi gambar semut dibawah untuk tatapan korang semua.

Boleh pulak die melencong

Larat die angkat berdua

Lagi hebat, Sekor die je angkat.Haha nampak beno nipunye.

P/s : rasa semangat nak belajar ni, Habis cuti sem ni. Masuk belajar sandx nak belajar rajin2 n tak mo malas dah. Kita walau apa pun kita buat, kerja apa pon kita buat hendaklah rajin, tak kenal putus asa dan istiqamah.


Sunday, May 22, 2011

Kreativiti Terhadap Tembikai Yang Pelbagai


Ah haaa.... ehem2, dah lama jugak la sandx x update blog dengan entry yang macam ni. Menjadi satu kerinduan untuk update semula mende2 cegini. Al-maklumlah, selama ni sandx bnyak membebel je dekat blog macam entry2 yang sebelum ni. Biasalah kan, sandx update blog berdasarkan pengalaman dan ape yang sandx lalui dalam kehidupan seharian.

Hari ni sandx x nak cakap banyak, kengkorang tngok la sendiri tembikai2 yang dah diubahsuai oleh mereka yang boleh tahan nakalnye jugak, tp creative. Sandx sendiri x reti nak wat mende tu semua, sandx reti makan je. hehehe...jom tngokk.............

Cuba korang tengok muka pakcik tembikai ni, cute2 je kan.Muke die mcm tgh hairan pon ade gak

Agaknye pakcik tu pelik bile tngok kawan die jadi mcm ni kot.

Ada pulak yang diukir jadi burung hantu

Suke menengok kegigihan die ni berenenag, haha

Sekali tngok macam mona lisa la pulak, hahaha dah jadi tembikai ye frame gambar  tu...

dan ada jugak yang mengambil kesempatan untuk menggayakannya

Sandx musykil yang menatang sekor ni, entah mana sesat, haaha ape kaitan ngn tembikai kan...
luasnya mulut die....

x tau la menda yang diorang wat ngan tembikai ni.

Sandx pon x tau kenapa ngn tembikai ni, agaknya kehausan kot atau terhantuk ngan kepala paip...haha

Ada jugak yang buat penyu ye...tgh bertelor agaknye

Dan yang paling penting, pakcik2 yang menjual tembikai ni juga x mau melepaskan peluang untuk masuk blog ni dengan aksi mereka yang tersendiri...hehe

Dan yang paling sandx suka,  kereta pon dah macam ala2 tembikai, ni mesti peminat tembikai tegar ni

P/s : Dan yang paling penting, tembikai mmg terbaeekk, sandx suka tembikai susu...hehe jom makan tembikai sesama kalo jumpe sandx..hehe.

Monday, May 9, 2011

Kenikmatan Aneka Sirap Yang Pelbagai


Mesti Korang rasa tertarik dan teruja kan bila melihat gambar kat atas tu. Lebih2 lagi sekarang musim panas. Ya panas yang membahang hingga tekak pon terasa kering. Time macam ni paling best kalo dapat minum air batu paling koman pon air sirap yang dicampur dengan ais. Pergh nikmatnya x terkata. Cukup memberikan kepuasan saat-saat tekak berasa dahaga.

Bagi sandx, sandx sememangnya amat menggemari sirap ni. Minuman yang simple tapi ade keunikannya yang tersendiri dan mungkin korang semua x tau dan tak pernah tau. Atau mungkin korang tau tapi buat2 tak tau. Selain kos yang murah sirap juga adalah satu minuman yang unik dan pelbagai. Sangat sedap dan digilai ramai. Paling sandx suka kalo time makan nasi tu dihidangkan sekali dengan air sirap. Memang time makan tu penuh dengan selera la. Boleh dikatakan Hidangan tu jadi best dan menyelerakan.

Sandx sendiri pernah mengadun resepi sendiri time dulu2. Air soya + selasih + pewarna sirap. Pergh mmg mengasyikkan. Warnanya mmg cantik dan sedap. Sedar x sedar produk tu mmg dah ada kat pasaran sekarang. Manusia sekarang semakin kreatif. Bnyak minuman yang dulunya kita x pernah lihat dan dengar, kini menjelma di pasaran dengan jenama yang pelbagai

Selain sirap yang bewarna merah tu, terdapat juga minuman sirap yang dipelbagaikan malah juga dijadikan makanan hingga membuatkan rasanya sedap dan diminati antaranya :-
1. Sirap bandung
2. Sirap Soda
3. Sirap Soya
4. Dadih
5. Bandung cincau
6. Sirap dengan selasih
7. Sirap limau

Memang x sangka. Sesuatu minuman yang remeh macam ni cukup degemari ramai hingga ianya  dipelbagaikan. Time kenduri kawen pon orang menggunakan sirap untuk menjamu orang ramai yang hadir. kos pon murah. x pernah lagi dalam hayat sandx kenduri kawen jamu tetamu dengan Fresh orange..hehe

Disebabkan ianya murah, maka sirap menjadi pilihan utama bagi sesiapa sahaja untuk menjamu tetamu. Al-maklumlah kan, save bajet. Kalo tetamu tu ramai, jamu pulak fresh orange sorang satu, mau x terkentut tuan rumah nak menyediakannya...haha. nak2 kalo si tuan rumah tu kedekut tahi idung masin kan. pikir positif la kan, x semua orang kat dunia ni hidup senang. Dijamunya tetamu dengan air sirap, dah lebih dari cukup kan. Sebab tu la kat kantin sekolah pon jual air sirap, murah pon murah, mudah untuk disediakan. Tuan kantin jugak yang untung.

Dan daripada minuman, sirap juga boleh dijadikan dadih dan agar2. wah transform jadi makanan pulak ye. Itulah kehebatan sirap yang sandx nak ceritakan pada entry kali ni. Bukan apa, idea ni tercetus masa duduk tengah panas, tekak kering tengok pulak orang minum air sirap yang merah menggoda. Ade pulak air batu kat dalam, Fuh tergugat la jugak iman ni.

Produk sirap yang sandx paling suka ialah bila Soya mix dengan sirap. Pergh mmg sedap. Tapi satu lah kan. Siapalah sirap tanpa air batu. Bagi sandx sirap ni menyengat dan best bile die sejuk. Kalo x sejuk ianya jadi x best dan biasa je. Nak minum pon kurang selera. Tu je lah sandx rasa kelemahan die.

Note : Kalo korang ada pandangan korang yang tersendiri tinggalkan lah komen bernas korang tu kat bawah kat ruangan membebel tu. Manalah tau kan Korang lagi advance dari sandx ade produk dan resepi sirap yang tersendiri...yehaahhaha

P/S : sandx Tulis entry ni sambil minum air sirap. barulah ada feel dan ilham..hehe


Saturday, March 19, 2011

Ragam Encik Pisang Yang Pelbagai.


Assalamualaikum, Hari ni Sandx nak tunjuk dekat korang tentang gambar sebuah pisang yang dah sekian lama menjadi santapan masyarakat kita tapi bagaimana ya kalau pisang tu macam gambar dekat bawah ni? mesti syok kan haha

Sandx pon sekarang malas dah nak taip panjang2, walau apapun jom tngok......zaaaaaaaazzzzzzzzzzzzz

Senyum Tu sedekah kate Encik Pisang
Pisang Says : hai awak semua, nk bahagia cam saya jom ler senyum cam ni, dapat pahala weiiiii haha.......

Banana Dolphin
Pisang Says : Asyik duduk atas Fokok je, sekali sekala nak ler berenang jugak ye dok.....hahaha

Ni Pisang yang dah dikacukkan.
Sekali sekala nak ler jugak makan Oren yang berbentuk pisang kan, nikmatnyer sama cam makan pisyang..hehe

Pisang Says : Sampai ati kamooo
Katenye aku ni diperlukan time lapar je, macam habis madu sepah dibuang. tp saya cik pisang lain katanya, habis isi kulit dibuang, dah lah dibuang merata, dipijak pulak tu....campai ati, tapi kau yang tergelincir..kah kah kah....

Beginilah saya time Futus Chinta
Sape kate pisang tak reti nak touching2.... saya ni ati kecik tau....haha...............

KaWAn Baik caye...hehe
Rajin jugak la encik pisang tontong spongebob tiap2 minggu macam tuan nyer blog ni....

Produk terbaru dari pisang
Sekali sekale pisang pon nak ler jugak jadi ubat Gigi....amacam?? perasa pisang?? hehe mcm Codomo Lion lak ye.
Hehe Malu2
Kalo korang nak tengok, ha macam ni la kalau pisang yg tengah malu, jgn la korang skodeng pulak hehe....


Phobe Cap Pisang

Sekali sekala pakai bentuk pisang camni besh jugak....ade feelll,,,haha
Pisang yang berdendam
Sape kate Pisang tak reti nak marah? ni la jadinye kalo pisang da marah, makan pisang kulitnye buang merata, mcam pembaca blog ni jugak, eh eh tuan blog ni pon sama jugak sebenarnye...hehe

hehehehehe
Untuk yang gambar ni sandx pon x berapa nak paham sebenarnye, harap korang jgn la report kat mak bapak korang nnt kate sandx ni entah pape pulak...hehe tp ni pisang la ape la korang ni.....hahahhaha 

pssttt : Harap korang enjoy la ye dengan entry sandx yang agak nakal ni wahahhahaha............enjoyzz..







Saturday, March 5, 2011

Ragam Kucing


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Syukur sandx dapat update blog hari ni. Erm Entry kali ni sandx saje je la wat gambar macam kat atas tu supaya nampak lah perbezaan blog sandx dengan blog orang lain.hehe. Jom kite tengok gelagat dan ragam kucing2 yang ada di Atas muke bumi ni. Harap korang semua terhibur ok....zazzzz

Seperti yang korang tau kucing adalah binatang pelihraan yang manja dan amat disayangi oleh manusia yang ade dekat atas muke bumi ni dan tak kurang pula ada yang membencinya hehe, tp sandx suke kucing ape. Bila sekali tngok rasa macam nak gigit je kan. Tapi bukan kucing kurap la ye. hehehe jom tngok dekat bawah ni.

Die buat macam tu rumah die je..
Alahai mengadenye, ni lah kucing zaman globalisasi bukan saje manja dan comel tapi pandai berkelakuan cam manusia, kucing camni gerenti pengecut dan penakut, jumpe tikus gerenti die yang lari dulu kan, macam kucing sandx...hehe

Menatang ape la yang hinggap ni katenye
Entah ape la yang difikirkannye kan, nak cakar tapi muke sendiri kan....haha so fikir2 kan lah ye..meowww...

nyum2
Sedap sangat die makan Ais Krim sampai lidah pon warne Ais Krim..kah kah.......

cat says: bukan laptop aku,haha


Wei jahanam laptop aku kate tuan punye kucing, kalo sandx, sandx da halau da kucing ni, laptop dah la mahal tp kucing boleh kutip tepi jalan je. hahahaa

Entah ape la yang difikirkannye tu, nak makan tapi takut air.

Hiyarghhhh......
Nampak je kecik kan, Tapi kecik-kecik cili padi. bak kate orang tulang dawai urat besi,.....wahaha
hait jangan dekat, aku sepak telor nnt..hehe

Betapa majunye kucing-kucing zaman ni, bijak dan celik, hehehe dan korang mesti pernah dengar kan ade pepatah mengatakan "macam anjing dengan kucing" ha gambar dekat bawah ni la buktinya, sape kate kucing x kuat, hehe

anjing : berani budak ni gigit aku,
Muke anjing tu x ley blah je, muke terkejut..haha

Add caption
Wah kucing pon pandai karoke ye, lagu meow je kot yang die tau..hahaha, Kalau korang perhatikan kucing ni la yang angkat kereta tu tadi, serba boleh betul ye..

Hoi ape main tindih2 ni? hehe


Ehem2, gambar yang ni sandx x reti nak terangkan. Ape yang korang fikirkan tu la jawapannye, hahahaha. Agak2 ni kucing spesis ape yerk? mane satu jantan dan betina??? maybe ade salah satu gay..wahahhahaa
sandx tengok kucing yang dekat bawah tu bengkek je sampai mata bercahaya..wahahaha

P/S Kucing sandx baik2 je, x mcm kucing2 kat atas tu hehehe