Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Pabila Bumi Kita Marah Dan Merajuk...


Assalamulaikum pembaca sekalian. Hari ni sandx nk bercerita sikit mengenai pemerhatian sandx sejak sekian lama. Sandx bukan sahaja pencinta dunia IT dan komputer malah sandx juga cintakan Alam sekitar yang kini makin lama kian musnah akibat kerakusan dan kebodohan manusia sendiri. Sedar dan tak sedar semuanya berlaku dalam sekelip mata dalam kelalaian dan kerakusan manusia tu sendiri.

Sandx selalu perhatikan alam ciptaan Tuhan yang indah ini. Kini sandx dapat rasakan yang bumi kita kini dah x stabil dan x seperti dulu-dulu, senang cakap bumi dah marah, merajuk dan cukup meluat dengan makhluk yang bernama manusia yang tinggal diatasnya. Peperangan dan pertumpahan darah, tamak haloba, rasuah, pencemaran, maksiat dan segala dosa-dosa yang ada, sudah menjadi perkara biasa saban hari. Pembuangan bayi, kes bunuh, rogol, ragut, rompak semuanya macam perkara biasa hari ini.
Persoalannya? mengapa sandx cakap macam tu?. sedar tak sedar dunia kita ni sudah menghampiri hari kiamat. Dunia sudah di akhir zaman. dan bnyak tanda-tanda kecil kiamat sudahpun berlaku sekarang. Antaranya masa dirasakan singkat, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan sehari dan sehari berlalu dalam sekelip mata, peperangan bnyk berlaku, bencana alam dan lain2.
 Ops bencana Alam?? haha itulah sandx nak cakap, mmg bumi kita dah merajuk dan benci dengan sikap manusia akhir zaman yang sering melakukan dosa dan kerosakan diatas muka bumi ni. Kalau korang perhatikan kejadian tanah runtuh kerap berlaku dimana-mana, banjir kilat, gempa bumi, dan tsunami yang sekarang kita lihat sangat kerap berlaku. Kalau boleh sandx rasa bumi ni nak hapuskan semua manusia yang bnyak melakukan dosa diatas muka bumi. bumi kita dah tua dan uzur.

Sedar tak sedar korang sendiri pon boleh tngok, sekarang musim pun dah tak menentu. Sepatutnya bulan mach adalah musim panas tapi sekarang?? hujan dan sejuk.... nampak kan, makhluk yang tinggal dekat atas bumi ni kebanyakannya tak pernah nak menghargai bumi kita. Pokok-pokok dan hutan-hutan seharusnya jangan lah ditebang, ini tidak sekali tebang hancur dan jahanam ekosistem. tempat yang dahulunya indah dan cantik kini jadi tempat yang menyakitkan hati bila dipandang. 

Ingtlah segala  kerosakan adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri. bukankah bumi itu juga makhluk tuhan. Mengapa tidak die punyai perasaan?? siapa tahu kan, kalau tak takkan lah jadi semua bencana alam tu kan. Dan semuanya pon mmg atas kehendak Allah yang esa.

Masihkah korang ingat? time bumi menangis-nangis ketika ia tidak rela tanah daripadanya diambil oleh malaikat untuk dijadikan Adam?? mengapa ya?? haha persoalannya memang sudah lama terjawab..Namun semuanya tuhan lebih mengetahui...Wallahualam....

Pssttt : berfikit sejenak apa yang dah berlaku pada bumi sejak sekian lama............Sebenrnya kita semua masih selamat dan aman kerana masih terdapat orang yang beriman diatas muke bumi ni yang berdoa dan sujud kepada ilahi, kalau tak tuhan dah musnahkan bumi ni sebenarnya....

Sunday, January 16, 2011

Fenomena Kedai mamak dan Isu Halal?

Assalamualaikum kengkawan semua, Hari ni aku muncul lagi dengan post terbaru aku Mengenai kedai mamak. Boleh ke makan kedai mamak? halal ke kedai mamak? betul ke diorang ni muslim?, Erm sebenarnya masih banyak persoalan yang boleh dirungkaikan dekat sini.

First, kite citer la dulu kelebihan kedai mamak ni berbanding kedai melayu yang lain. Bagi aku kan kalo singgah kedai mamak kalo x pekena Teh Tarik dan Roti Canai memang x sah la orang cakap. Die Punye Teh Tarik, perghh memang kaw. Lagi satu, yang aku suke kedai mamak ni kalo wat teh tarik memang x kedekut, milo ke ape ke, sebab tu die punye rasa adalah yang terbaik

Begitu juga dengan roti canai, Kalo nak dibandingkan dengan kedai Melayu memang jauh la bezanya. Tiap kali aku singgah kedai mamak memang x sah kalo x order roti kosong ataupun roti telur.Harga pun berpatutan la jugak.

Selain tu bagi aku la kan servis kedai mamak adalah yang terbaik, kalau singgah ke kedai mamak kite mesti akan rasa puas hati terhadap layanan yang mereka berikan.Bukan macam kedai melayu, ade sesetengah tu masam je bile kite singgah kedai die.Kalo nak meniaga buat la cara nak meniaga kan.Tak seperti kedai mamak, kehadiran kita mesti disambut dengan senyuman dan layanan mesra.

So ape kene mengenanya ape yang aku citer kat atas ni dengan tajuk post ni?. Dekat sini aku nak kupas la sikit mengenai perkara yang tak semua orang amik peduli mengenai kedai mamak ni.

Muslim Celup?
Ya inilah ape yang nak aku perkatakan sejak dari tadi, Pastikan korang pergi ke kedai mamak yang memang betul2 muslim.Bukan ape, korang pon tau kan bab halal haram ni mereka tak dapat nak bezakan. Zaman ni macam-macam boleh jadi. Gara-gara untuk melariskan perniagaan, mereka sanggup menipu dengan menggunakan imej Muslim untuk menarik pelanggan yang rata-ratanya beragama Islam.Kita mudah percaya dan tertipu.Sebabnya, mereka mungkin x dapat nk membezakan Halal dan Haram dan kebersihan yang disyariatkan dalam Islam.

Logo Halal
Isu logo halal ni bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kite ni. Logo2 ni semua boley dibeli dengan sesuka hati je tanpa pengesahan dari Jakim. Banyak sangat kes pemalsuan logo Halal ni.Aku pon malas nak cakap banyak, korang sendiri tau kan.Kadang-kadang kilang makanan tu ade anjing yang berkeliaran dalam kilang tu.Ni bukan cerita baru.

Ayat Suci Al-quran
Kononnya dengan meletakkan ayat suci Al-quran, dapat memberikan keyakinan kepada umat Islam bahawa restoran mereka tak perlu diragui.Banyak kan sekarang kedai-kedai makan memanipulasikan ayat Al-Quran.
Ayat suci Al-quran yang ditampal di kedai  bukan lah penentu kedai tu bersih atau halal.Tapi isu ni kalo kite sendiri tak ambil tahu, sape lagi kan. Jangan biarkan diri kite tertipu dengan semua ni.

Mamak-mamak muslim yang palsu ni bila disiasat, baca Al-Fatihah pon x reti, jangankan Al-Fatihah, mengucap pon x reti, apecer tu? haha. tapi imej berkopiah dan kedai banyak tergantung ayat suci Al-quran bukanlah penetu gerai tu halal dan bersih. terkadang arak pon ade diletakkan di dapur memasak.

Ni ade story sikit, lecturer aku time die makan kedai mamak, die makan roti canai, sekali roti tu ade bau pelik, semacam bau najis. Erm bila ditanya, mamak tu pon minta maaf la sebab die basuh berak x cuci bersih, najis tu terlekat pada cincin die....eeiii..yek, syok ler makan ye....haha

Lagi satu roti telur tu korang ley siasat la sendiri, ade sekali aku masuk kedai mamak tu, die nk masak roti telur, slumber je die pecahkan telur tu, sedangkan najis ayam banyak melekat kat telur tu, aku tengok orang yang makan tu, fuh memang berselera sungguh, haha...so korang fikirkanlah.

Bab makan ni kene la jage, bukan aku tak bagi makan kedai mamak, tapi siasat la dulu samada betul2 bersih ataupun x de unsur penipuan mcm aku citer tu. bak kata ustazah aku, apa yang kita makan itu membentuk peribadi kita. Kalo Haram yang kita makan, maka gelap lah hati kita. Bgaimana ilmu nak masuk kan, makanan tak halal dan tak bersih.

 So renung-renungkanlah, sekian.............