Tuesday, April 5, 2011

Dimana Nilainya Rm1??

Rm 1 lama, sekadar hiasan

Hari ni sandx nak berceloteh sikit, dah lama x berceloteh. Terasa rindu pulak untuk update blog walau dalam keadaan kebusy'an yang memanjang. Mesti kengkorang semua sudah maklum dan alert dengan tajuk yang sandx nk bercerita hari ni. Ya dimana Nilainya RM1??? sape tak kenal Rm1 kan.

Dah semestinya Rm1 skrg ni "hek eleh ciput nye". Itulah tanggapan kebanyakan orang yang sememangnya merasakan nilainya teramat ciput dan sikit. Zaman sekarang semuanya nak duit dan perlukan duit. Takde duit mane boleyh hidup, ha dah mmg pon kan...hehe... kebanyakan orang bukan ade tanah nk bercucuk tanam, bela ayam, itik, ikan dan sebagainya.kan

Korang ade tak duit ni?? 
Seciputnya Rm1 bg sandx, kite boleyh nampak bile nak ke tandas awam. Masuk tandas dah kene cas 40 sen, beli tisu 30 sen. lg 30 sen jatuh dalam lubang jamban hehehe...sape suruh x hati2 ...dekat situ kite dah dapat tngok betapa sekejapnya kite dapat habiskan duit yang bernilai Rm1 tu.

Kebanyakan barang-barang yang ade zaman sekarang harganya teramat melambung tinggi. Kalau harga minyak naik, otomatik semua barang akan naik, bile harga naik macam2 alasan yang diberikan, naik berulat telinga mendengarnye. Dan makin lama nilai rm 1 yang dulunya dirasakan bernilai besar kini hanya menjadi sekeping duit yang bilamana kita kehilangannya kita tidak terasa kesannya, padahal Rm 1 tu jugak la yang kite cari bile tak cukup sehinggit nak beli barang.

Duit zaman atok sandx
Nak kata ciputnye Rm 1, kite boleh sedar bile time raya. Bila budak2 bukak je sampul duit raya tu nampak pulak hanya sekeping Rm1 kat dalam. Mereka berasa amat-amat kecewa. Dalam hati berbisik "hek eleh kedekutnya"...kadang2 sandx rasa pengemis pon x pandang Rm1 ni, Tp ada satu manusia kat dunia ni yg pndang tinggi Rm1 ni, bukan setakat Rm1 duit satu sen pon berkira, hehe kalo korang nk tau, tu lah bos sandx hahahhaa dasar kedekut tahik idung masin.

Origami Rm1
Sandx ingat lagi dulu-dulu bila sandx kecik, duit sehinggit tu kalo sandx dapat, gembiranya macam nk tercabut urat kentut kalo korang nak tau. Alah mase tu, nasi lemak 30 sen, air sirap 10 sen, keropok lekor 20 sen 2 batang, kuih 20 sen, lg 20 sen masuk tabung hehe. Kan dah kenyang tu. siap boley jimat lagi. Kalau zaman mak ayah sandx dulu toksah kate la, ikan kembung sekilo 15sen, sayur seikat 10 sen. pendek kata sape bawak sehinggit ke sekolah, boleyh kate die anak orang kaya la..sekarang?? tepuk dada tanya lah wallet.

Tapi sebenarnya walau seciput mana pon duit tu, walau sekecil manapon nilainya, kita kene sedar semuanya rezki yang tuhan bagi. Berdosa kalau membazir kan kan kan ( korang kan belaja agama musti tau). Hargailah walau Rm1 nak cari duit bukan senang. Ramai yang menganggur zaman sekarang.
Rm1 zaman sandx kecik2

Kite perlu sedar jugak duit yang kite bazirkan, duit Rm1 yang kita pandang x de nilai lah apelah. ianya akan jadi sesuatu yang amat berharga apabila ianya dah ditelan zaman, masa tu mungkin mana ade dah orang pakai duit Rm1 kan, dulu ade duit syiling Rm 1, skrang dah x de. Bila ianya dah jadi antik, duit tu akan jadi bernilai dan digilai oleh pengumpul barang antik. Korang sendiri boleyh jual duit tu tau x...hehe

p/s kalo korang nak tau harga duit antik, lawat sini www.olx.com.my
     simpan lah seringgit korang tu ye...

Duit yang masih diguna pakai hingga ke hari ini


Saturday, April 2, 2011

Hukum Umat Islam Menyambut April Fool


Sedar tak sedar sekarang kita sudah melangkah Masuk ke bulan April, fuh sungguh cepat masa berlalu. Seperti entry sandx yg sebelum ni, sandx ada bercakap mengenai masa, kiamat dan bumi. Sila baca entry ni. Pabila Bumi Kita Marah Dan Merajuk....masa pantas dan cepat berlalu itulah tanda2 kiamat.

Kita abaikan bab masa tu, hari ni sandx nk bercakap dan bercerita tentang Hukum umat islam menyambut April Fool .Bolehkah kita sebagai umat Islam menyambut April Fool? apakah sejarahnya?? dan kenapa ianya disambut?.


Seperti semua orang sedia maklum, tiap kali masuknya 1 April setiap tahun ramai orang yang bergurau, menipu dan memperbodohkan kawan-kawan atau sesiapa sahaja bagi tujuan untuk menyambut dan meraikan hari April Fool yang tidak diketahui ape motif ianya disambut. Namun tak semua peduli akan perasaankan orang lain, akibat perbuatan bodoh yang memperbodohkan orang lain itu. Sedar dan x sedar budaya kotor ni makin menular dalam manyarakat kita khususnya bg orang2 melayu yang beragama Islam.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita meniru budaya barat, yang sandx peliknya perkara-perkara yang bodoh dan x berguna, ade saje masyarakat kita tiru lebih-lebih lagi golongan muda. Tapi bab2 yang ilmiah atau yang bermanfaat x de lah pulak nk tiru. felik dan ajaib betul.

Ok berbalik kepada tadi, April Fool ni sebenarnya diraikan sempena kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada suatu masa dulu. Dulu Islam merupakan satu kuasa yang memerintah dunia. Tapi akhirnya jatuh ke tangan Orang-orang kristian akibat kelemahan orang Islam di Akhir pemerintahannya.

Penduduk Islam di Sepanyol bersembunyi didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri daripada tentera Kristian. Akan tetapi tentera kristian tidak berpuas hati dan ingin menghapuskan orang-orang Islam dari muka bumi sepanyol.

Penduduk Muslim diberitahu oleh tentera Kristian bahawa mereka boleh berlayar keluar daripada sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal yang berlabuh di Perlabuhan. Pada awalnya orang-orang Islam berasa risau dan menganggapp ianya satu penipuan oleh pihak Kristian. Maka mereka pergi sendiri ke pelabuhan untuk memeriksa sendiri kapal tersebut.

Setelah mereka berpuas hati akhirnya mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya pada 1 April, mereka berangkat menuju ke pelabuhan bersama barang keperluan mereka.

Perasaan sandx bagaikan dirasuk menahan marah bila membaca cerita ni, Sayang seribu kali sayang, rupanya ianya suatu penipuan besar dan jahat yg telah dirancang rapi pihak Kristian. Semasa orang Islam menuju ke pelabuhan pada masa inilah tentera Kristian mengambil kesempatan menggeledah rumah umat Islam dan kemudia dibakar keseluruhannya.

Sayang seribu kali sayang sekali lagi, umat Islam lansung tidak sempat menaiki kapal tersebut akibat dibakar oleh orang2 kristian. Dan kemudiannya mereka menyerang umat Islam yang terdiri daripada wanita, orang2 tua kanak2 dan lain-laim. Mereka membunuh tanpa rasa belas kasihan dan penuh kekejaman.

Mereka meraikan peristiwa berdarah ini di sepanyol setiap tahun. Kini bukan sahaja ianya disambut di sepanyol setiap tahun malah ianya disambut diseluruh dunia termasuklah rakyat malaysia yang beragama Islam sendiri. Sebab itulah namanya April Fool, nampak sangat ianya bertujuan untuk memperbodohkan umat Islam yang dibunuh tanpa belas kasihan.

So Kepada saudara seagama sandx, Sandx harap kita semua sedar dan saling ingat mengingati, banyak lagi cara bergurau yang boleh diterima ramai dan tidak melanggar batasan agama dan bukannya dengan cara menipu dan memperbodohkan orang lain. Ingat Islam itu indah dan sempurna dan melengkapi segalanya. Maka Haram lah hukumya menyambut Valentines day

 p/s : Harap artikel sandx yang biasa-biasa dan ringkas ni dapat menambahkan lagi pengetahuan pembaca blog ni........