Monday, June 6, 2011

Keenakan Susu Dalam Perisa Yang Pelbagai


Assalamualaikum kengkorang semua, Dulu sandx Pernah citer kat korang mengenai Kenikmatan Aneka Sirap Yang Pelbagai. Kali ni sandx nak citer pulak mengenai susu. Sebelum tu, sape suka minum susu? angkat tangan... yes nmpaknya pembaca memang malu nak mengaku bahawa mereka sememangnya amat menggemari susu.

Susu Coklat
Kita Manusia dari kumpulan Mamalia sememangnya tidak asing lagi dengan susu ni. Lahirnya manusia atas muka bumi ni pun memang dah diberikan susu sebagai santapan utama dan itulah makanan pertama kita sebelum kita merasa yang lainnya. Bagi sandx bile sandx dah besar sikit, dah jumpa makanan lain yang lebih enak, maka susu sudah dilupakan. Ingat lagi masa dah besar sikit (masa tu masih kanak2) cukup x suka dengan susu tepung. Kengkorang pon sama kan. tapi sandx suka milo, mak ayah sandx bijak mereka campurkan susu tepung kedalam milo masa bebudak dulu. Masa tu umur dalam 4 tahun kot.

Susu 
Erm Mungkin susu tepung sudah menjadi sesuatu yang amat muak bagi sandx. Tapi zaman sekarang ni dah ada bermacam jenama susu dengan perisa yang pelbagai dah dikeluarkan di pasaran. Semua tu x lain x bukan nak memupuk bebudak yang tengah nak membesar ni supaya minum susu, al-maklumlah kita kan perlukan Kalsium untuk tumbesaran dan kekuatan tulang. Lagipun susu yang berperisa ni amat enak dan sedap.

Susu Jagung
Pelbagai jenis perisa susu sudah berada di pasaran contohnya macam susu coklat, strawberry, jagung dan oren. Pergh memang sedap. Bagi sandx, sandx sukakan kesemuanya selagi ia bernama susu dan berperisa. Semenjak mempelajari matapelajaran sains dan Biology di sekolah menengah dulu, perasaan Cinta sandx terhadap susu semakin menebal. Bila kita belajar, kita tahu kebaikan susu dan penyakit yang bakal menjelma jika kekurangan kalsium. Dan sejak itu sandx rembat je ape jenis susu tak kiralah susu kambing ke, susu tepung ke, janji susu hehe.

Susu Strawberry
Seperti susu kambing difahamkan ianya lebih baik daripada susu lembu dan ade keenakannya tersendiri. Sandx dah biasa dah bancuh milo gune susu tepung or susu kambing, memang best lah. Kalo korang nak rasa silakanlah, sandx amat recommend kat korang. Bagi sandx ianya lebih baik daripada bancuh milo menggunakan susu pekat manis yang kadang2 memang x elok untuk kesihatan.

Difahamkan juga, susu berperisa ni agak tidak bagus lah juga sebab bagi sandx ianya x pure. Sandx ada baca satu article mengenai susu berperisa ni, katanya ianya x bagus untuk bayi sebab mengandungi bahan kimia tertentu hingga menyebabkan bayi batuk berkahak. Sekarang pon susu tepung pon ada yang berperisa. kepada ibu-ibu diluar sana, berilah anak anda susu original. Dalam Islam pon ada ajar menyusu badan hingga anak berusia dua tahun dan itulah yang sebaiknya. 

Kaki sandx pernah patah dulu, so susulah yang menjadi santapan utama, yang memang sandx amalkan ialah susu tepung. So sekarang kaki dah pulih Alhamdulillah. Paling bagus korang pergilah perah susu lembu dari lembu tu sendiri. Mak datuk, tu pure habis tuh, original terbaeek dari ladang haha. Dan mana lah tau kan bila korang dah terlampau cintakan susu, korang merancang untuk membuka perniagaan susu sendiri dan membuka kilang memproses susu atau menternak lembu susu. Untung jugak sandx rasa.

P/s : Rajin2 lah minum susu yerk, kat kedai ade jual susu kotak, full cream n low cream tibai aje semua...terbaekk belaka...

Sunday, June 5, 2011

Ternakan Pacat Secara Komersial.


Assalamualaikum, ehem ehem, maaf sbb sandx lama x update blog. Disebabkan kebusy'an yang teramat sangat. Dalam busy2 tu tangan ni tetap terasa gatal-gatal untuk menulis blog. Rasa hidup x lengkap bila x tulis blog. Thanks kepada sesiapa yg dah baca entry sandx yang sebelum ni iaitu mengenai Suka Duka Alam Percintaan yang mendapat maklum balas yang agak baik daripada pembaca. Kali ni sandx akan cuba membalas komen bernas kengkorang semua..yuhuuu.

Kali ni Sandx nak bercerita mengenai pacat Pulak. Alahai ade ke orang menternak pacat? macam kelakar la pulak kan. Tapi bagi sandx ianya bukan sesuatu yang mustahil. Dulu masa kecik2 main kat parit, sauk ikan dapat lintah, eeeeyeekkk mase tu geli geleman pon ade, orang nak ikan tp lintah pulak yang dapat. Sekarang sedar x sedar menatang tu orang sebok dok meniaga. Eeh boleh jadi kaya raya pulak tu

Zaman ni menternak haiwan atau menatang yang pelik2 sudah menjadi sesuatu yang x pelik lagi. Mungkin zaman akan datang ada orang ternak semut, kerengga, berudu atau pacat haha mana la tau kan. Sebut je pacat, semua orang geli dan takut especially girl, alahai bukan main takut die.

Lintah
Kalo korang nak tau Lintah n Pacat ni adik beradik je sebenarnya. Yang menjadi perbezaannya, lintah hidup di air dan pacat pulak hidup di darat. Diorang ni asal dari keluarga yang sama iaitu filum annelida dari kelas hirudinea. Sandx pon x bape paham jugak istilah sains ni. Tapi Ikut je la kan, dah namanya cegitu nak wat camne kan.

Yang penting jangan korang gelakkan sandx pulak. " karut je mamat sandx ni, ade ke ternak pacat". Ehem2, kalo korang flashback balik zaman sekitar 80 n 90 an dulu kene gelak dek orang je bile dengar ada orang nak ternak cacing dan lintah. Tapi cuba korang perhatikan, kaya diorang beb, dan dah jadi sesuatu yang tak pelik lagi malah boleh jadikan pendapatan sampingan. Mana lah tau kan zaman akan datang ade orang wat kajian tentang pacat pastu jumpa formula baru dalam perubatan n sebagainya. Sekarang orang sebok dok cari cicak Gecko. Pelik kan, tapi x mustahil pon. Macam cacing tu, baja die sekali jual, berapa dah untung tu, subur jugak tanaman kengkorang tu.


Yang menjadi Masaalahnya sekarang, boleh ke ternak pacat? apa hukum dari segi agama? Kalaulah boleh, sanggup ke korang? :

1. Mencari Benih di hutan-hutan, sebab sekarang masih belum lg ada pembekal.
2. Membina Hutan tiruan, sebab habitat pacat yang hensem tu ialah daun kayu kehijauan.
3. Sediakan kambing untuk hidangan kerana belut bukan makanannya di daratan.
4. Menuai hasilnya nanti  kerana terpaksa kutip di celahan daun, silap2 darah korang yang mnjadi taruhan.
5. Luangkan masa 24 jam, sebab pacat ni macam korang jugak, x reti nak duduk diam..hehe
6. Menjaja pacat di pasar malam, kerana belum lgi ada permintaan.

Ni Lintah ni
Kalo sanggup buat la, sandx pon dah jemu ngan pacat2 ni..hehe asyik kene gigit ngan die je, kalo Cun x pe jugak, ni kembang kecut kembang kecut, ase nak lempang pon ade...hehehehe... tapi kan andaikata ianya mendapat permintaan satu hari nnt, pasti ada yang sanggup, asalkan dapat $$$$$ kan...Tapi kalo ade yang nak beli pacat korang tu pon, mungkin rancangan Fear Factor tu je kot...wahahhaha

P/s : korang ada angan2 nak ternak menatang pelik2 ke selain pacat? Sandx pasti rumah korang mesti banyak ternak tikus, lipas dan nyamuk kan...hehehe.