Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Dugaan Dibulan Ramadhan

Assalamaualaikum,

Ramadhan datang lagi, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Nampaknya permulaan menjelmanya Ramadhan tahun ni aku sudahpun diuji dengan pelbagai perkara yang mmg aku x jangka akan berlaku. Rasa serabut pon ada Tapi memandangkan aku tahu mungkin ianya adalah ujian dari tuhan sekalian alam yang menguji keimanan aku, mungkin juga menguji aku sejauh mana kesabaran aku, juga mungkin untuk menghapuskan dosa aku yang tidak terkira menggunung.

Kedatangan Ramadhan aku sambut dengan penuh kesyukuran kerana sekian lama aku tunggu bulan ni, aku harap apa yang aku inginkan apa yang aku hajati dan segala cita-cita aku tercapai. Tiada hijab, tiada penghalang antara doa seorang hamba kepada tuhannya kerana doa seorang hamba kepada tuhannya tiada penghalang dibulan Ramadhan ni.

Rasanya aku pon x tahu ape yang aku merapukan ni, yang penting ambil mood kot. entah lah, kadang2 hati ni kosong je. x pe semangat2 walau aku hidup dalam penuh kepura-puraan. mungkin aku sudah pandai menyembunyikan masalah dan mampu berpura-pura tersenyum dalam hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Harap segala masalah besar yang selama ini terpendam akan selesai hendaknya. aku mahu bebas bagai burung yang terbang bebas kemana sahaja

Ya Allah, ya rabbal Alamin, tetapkanlah iman aku, berilah daku kekuatan, semangat dan janganlah engkau palingkan daku daripada mengingatimu. Aku rela susah kalau itu caranya boleh membuatkan aku sentiasa mengingatimu, aku rela tanggung derita daripada hidup senang dengan penuh kelalaian. Aku rela asalkan kasih dan rahmatmu dapat aku rasakan. Matikanlah aku dalam iman, masukkanlah aku kedalam syurgamu dan jauhilah daku daripada api neraka mu...Amin......

Saturday, May 7, 2011

Tamatnya Zaman Praktikal Sandx.

Semuanya bermula Dari sini
Ya titik permulaan bagi sandx menjalani praktikal di tempat ni adalah bermula daripada apa yang korang lihat diatas. Ianya ditampal di Politeknik sandx. Masa Tu tengah kalut cari tempat praktikal, x terfikir pon nak praktikal kat sini. tapi keadaan mendesak dan terdesak sandx terpaksa menghubungi syarikat untuk bekerja disitu.

Ehem, ehem..... 29 April 2011 adalah tarikh keramat dan tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh seorang sandx setelah hampir 5 bulan sandx menjalani praktikal. Sedar x sedar masa sudah berlalu. Ya masa yang dulunya dirasakan berjalan bagaikan siput sedut kini sudah tiba ke garisan penamat. sandx dah merdeka..hehe

Ingat lagi time mula2 menjalani praktikal dulu, sandx lansung x membuat persediaan mental dan fizikal untuk menempoh alam pekerjaan. Masa dah masuk bekerja tu hadui, perasaan rindu untuk belajar tu sangat membuak2. Bila dah masuk bekerja semua x seindah yang disangkakan, tiada kawan2 yang selalu tolong kita, tiada tunjuk ajar pensyarah,tiada masa untuk bersuka ria dengan kengkawan yang ada hanya lah kebengisan bos dan suasana yang tegang di pejabat. Dan perkara yang paling sandx x suka dan x berapa nak reti masa mula2 keje tu ialah, menjawab panggilan telefon yang masuk, hadui mmg kalut la time tu..hehe sekarang dah pro beb. Siap angkat telefon rumah macam jawab telefon dipejabat.

dari kiri syuhada, sandx dan ekin
Masa praktikal ni sandx dapat mengenali rakan praktikal yang lain. Disini terdapat 4 orang pelajar yang menjalani praktikal termasuk sandx sendiri. yang lagi 3 orang adalah perempuan. Syuhada, ekin dan dila. Semuanya serikandi yang agak sejuk mata memandang dan boleh dibuat bini (ehem2 sekali lagi, ye ke?? hehe)

flyer yang akan dihantar ke pengedar surat khabar
Dalam menempuh zaman praktikal tu dah tentunya ada suka dan duka, pahit serta manis, itulah asam garam kehidupan kan. Dekat Sini semua sandx dapat rasa, sandx dapat jadi graphic designer, office boy, web developer, wat bahagian sales n marketing, promoter dan sebagainya. Dari kerja yang remeh temeh sampai la kepada perkara yang mustahak. Sandx pernah jual pakej perlancongan di website company sandx, bagaimana orang2 berurusan dengan pakej itu sehinggalah sandx sendiri yang bawak pelancong seperti yang terdapat dalam pakej yang sandx jual.

segan2 potong kek
akak yang plan birthday parti ni
Banyak kenangan yang x dapat dilupakan antaranya, satu hari yang penuh tekanan, sandx nak balik cepat tp keje masih berlambak dan x sempat nak siapkan. masa tu sandx nak edarkan flyer yang kami design ke newspaper, then sedar x sedar akak kat office tu paggil, rupanya semua dah standby dalam satu bilik siap dengan kek n lilin, hahaha sandx x duga ada suprise birthday party untuk sandx. Perasaan terharu x payah nak cakap la kan..hehehe cik nana pon ade time tu. tp x de gambar die, sori nana...hehe


Gambar yang sebelah ni pulak kenangan sandx masa jadi promoter menjual produk syarikat iaitu produk kesihatan yang bernama CY2000. Macam2 la yang ada seperti produk lelaki wanita, kecantikan dan kesihatan. Sandx kerja di office tapi sampai kene wat mende ni semua, tp duduk promote barang lagi best, dapat kenal ramai orang, kurang tekanan, relax dan yang paling penting sandx x kan bersemuka dengan bos sandx yang bengis tu .

Kenangan oh kenangan, sandx x dapat nak bercerita kesemuanya kepada pembaca blog ni, erm memandangkan sandx dah mmg terlalu lama x update blog sampai nak menulis poin jadi kekok......maaf la kalo ada bnyak ayat pelik2 dan x sedap dibaca.

Kerja seharian yang terpaksa sandx lakukan ialah Upload pakej perlancongan ke dalam website syarikat. sandx bekerja di syarikat Travel agent, maka mmg kami berurusan dengan pelancong dan menjual pakej2 perlancongan samada dalam dan luar negeri. Erm mmg hari2 la kene update. syarikat sandx juga ada menjual pakej2 pelancongan dari syarikat lain. kiranya syarikat sandx dapat jugalah faedah daripada penjualan pakej orang. Tapi sayang, bos sandx mmg kedekut, nak wat camne kan. ianya diakui oleh staf2 yang lain.Jawab panggilan telefon dari mat salleh tu kira biasa la.

Masa praktikal ni jugaklah Ayah sandx bersara dari alam pekerjaan sebagai seorang Guru. Beliau yang telah memimpin sebuah sekolah dan pernah membuatkan sekolah yang ditadbirnya cemerlang gemilang. sandx rasa bangga ada bapa sepertinya. Dan antara staf2 yang ada di syarikat ni iaitu kak linda, adalah salah seorang daripada ribuan anak murid ayah sandx. Tersangat x sangka, masa ayah sandx ajar kak linda, beliau masih muda. mungkin sandx masih kecil kot. atau x lahir lagi. Majlis persaraan itu dilansungkan di Hotel centrepoint Lipis. Ni semua Plan cikgu2 skolah ayah sandx la ni...

Sandx masa bekerja duduk di bahagian It dan sales department. Erm terima kasih kepada meraka yang dah memberikan segala tunjuk ajar dan sanggup bersusah senang bersama sandx. Hnya tuhan lah yang dpat membalas jasa seorang sahabat yang bernama Rahmat. Tanpa die, mungkin sandx menghadapi kesusahan dalam enjalani praktikal ni. Dengan tunjuk ajar die jugak sandx jadi seperti sandx sekarang. Terlalu bnyak perkara dan ilmu yang sandx dah pelajari darpada die. Die juga pernah dimarahi bos sebab sandx, cover punya pasal..hehe papepon tabik la sama lu, moga ko berjaya dapat pekerjaan yang gempak, x bebaloi jadi graphic designer kat sini, sekadar nak belajar, ok lah keje sini, aku doakan ko dapat bukak syarikat beso nnt..--amin--

Cik Ekin
Dan yang paling penting yang ni ha, seorang insan yang selalu buat sandx tersenyum dan tergelak tawa. Kalo x de die boleyh kata x best la. Antara teman yang paling rapat kat office tu iaitu cik ekin. Dia ni selalu mencuri perhatian orang dan sandx. Sandx Kalo tensen atau bosan ke ape ke, mesti cari die. Bile pandang die, rasa tenang je. best..suka berkawan ngan die. Die punye riuh, satu bangunan pejabat bergegar. Suka tengok senyuman die, die marah pon still nmpak menarik. Die ade wataknya yang tersendiri yang membezakan die dari orang lain. Pendek kata ekin ni seorang yang manja n nakal gitu.haha, teringat masa dulu2 die tensen sebab jadi reception kat hotel. then ade satu hari tu die ikut sandx pergi kenduri kawin dekat raub, haha dah macam pasangan pulak...padahal ade adik sandx kat belakang kete tu ikut skali...--kepada cik ekin jgn marah k, (entah ape yang die fikir bile baca menda ni hahaha)

sekali kena simbah daaa
Dan yang paling best sandx dah dapat pergi ke tempat idaman sandx iaitu Hutan Rimba kenong atau kenong Rimba park. Tapi sandx pergi bukan atas tiket pelancong tapi wakil dari syarikat sandx iaitu Travel agent atau Kiara Holidays. Sandx dapat pegi kesini sebanyak dua kali handle Tsun Jin school. Sekolah cina Di Kuala Lumpur. Terlalu banyak untuk sandx ceritakan. Tapi sandx lebih suka bercerita sesuatu yang manis dan yang pahit sandx campak ke dalam belukar. x perlu dikenang dan x perlu ditatap. smoga entry sandx kali ni dpat membuatkan pembaca lebih mengenali siapa sandx si penulis blog ni. terima kasih kerana sudi membaca,

Segala kepahitan dan kesusahan sandx jadikan pedoman hidup dan menganggap ianya adalah satu rintangan yang terpaksa sandx tempuh untuk mematangkan hidup, menambahkan lagi pengalaman yang ada. Bak kata orang bagaimana kan rasa manisnya kesenangan kalau x merasai kesusahan..

bawah ni ada lagi gambar untuk tatapan korang, dan x semua yang sandx dapat kongsikan bersama korang.

Antara kerja sandx

Dah siap dan sedia untuk menyambut tetamu










Ni Masa Handle Pei Tong school Dari singapore

Karoke, majlis makan malam kami2 staff2 muda
Sempat bergambar dengan amoi (cucu uncle johny) alahai poyonye aku

Suatu tempat di Kenong Rimba Park

Suasana Dalam Office

Mas majlis Perpisahan,
masa handle Pelajar didalam Gua, Kenong Rimba Park

Membe2 di Centrepoint
Antara watak2 yang ada dalam cerita ni, hehe diorang ni lah yang meceriakan hari2 sandx di pejabat.....thanks korang semua..yeehhaaaa
Gambar ni masa dengan abang Am, walaupun umur kami jauh beza tapi rasa macam sebaya. Syok berkawan dengan die, sporting dan bertanggungjawab. Plan nak ke Taman Negara dengan die suatu hari nnt, walaupun baru kenal tp kami rapat dan baik ade kimia la orang cakap..haha

Wajah seorang sandx...

Note : Kepada sesapa yang gambarnya atau namanya x disebut dalam ni sandx mohon ampun dan maaf, terima kasih atas jasa anda semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Salah dan silap harap diampun. Siapalah sandx, sbb sandx hanyalah manusia biasa yang lemah dan banyak kekurangan. Ehem rajin2 la lawat blog ni kalo nak tau cerita tentang sandx ok....yeehaaa...




Tuesday, April 5, 2011

Dimana Nilainya Rm1??

Rm 1 lama, sekadar hiasan

Hari ni sandx nak berceloteh sikit, dah lama x berceloteh. Terasa rindu pulak untuk update blog walau dalam keadaan kebusy'an yang memanjang. Mesti kengkorang semua sudah maklum dan alert dengan tajuk yang sandx nk bercerita hari ni. Ya dimana Nilainya RM1??? sape tak kenal Rm1 kan.

Dah semestinya Rm1 skrg ni "hek eleh ciput nye". Itulah tanggapan kebanyakan orang yang sememangnya merasakan nilainya teramat ciput dan sikit. Zaman sekarang semuanya nak duit dan perlukan duit. Takde duit mane boleyh hidup, ha dah mmg pon kan...hehe... kebanyakan orang bukan ade tanah nk bercucuk tanam, bela ayam, itik, ikan dan sebagainya.kan

Korang ade tak duit ni?? 
Seciputnya Rm1 bg sandx, kite boleyh nampak bile nak ke tandas awam. Masuk tandas dah kene cas 40 sen, beli tisu 30 sen. lg 30 sen jatuh dalam lubang jamban hehehe...sape suruh x hati2 ...dekat situ kite dah dapat tngok betapa sekejapnya kite dapat habiskan duit yang bernilai Rm1 tu.

Kebanyakan barang-barang yang ade zaman sekarang harganya teramat melambung tinggi. Kalau harga minyak naik, otomatik semua barang akan naik, bile harga naik macam2 alasan yang diberikan, naik berulat telinga mendengarnye. Dan makin lama nilai rm 1 yang dulunya dirasakan bernilai besar kini hanya menjadi sekeping duit yang bilamana kita kehilangannya kita tidak terasa kesannya, padahal Rm 1 tu jugak la yang kite cari bile tak cukup sehinggit nak beli barang.

Duit zaman atok sandx
Nak kata ciputnye Rm 1, kite boleh sedar bile time raya. Bila budak2 bukak je sampul duit raya tu nampak pulak hanya sekeping Rm1 kat dalam. Mereka berasa amat-amat kecewa. Dalam hati berbisik "hek eleh kedekutnya"...kadang2 sandx rasa pengemis pon x pandang Rm1 ni, Tp ada satu manusia kat dunia ni yg pndang tinggi Rm1 ni, bukan setakat Rm1 duit satu sen pon berkira, hehe kalo korang nk tau, tu lah bos sandx hahahhaa dasar kedekut tahik idung masin.

Origami Rm1
Sandx ingat lagi dulu-dulu bila sandx kecik, duit sehinggit tu kalo sandx dapat, gembiranya macam nk tercabut urat kentut kalo korang nak tau. Alah mase tu, nasi lemak 30 sen, air sirap 10 sen, keropok lekor 20 sen 2 batang, kuih 20 sen, lg 20 sen masuk tabung hehe. Kan dah kenyang tu. siap boley jimat lagi. Kalau zaman mak ayah sandx dulu toksah kate la, ikan kembung sekilo 15sen, sayur seikat 10 sen. pendek kata sape bawak sehinggit ke sekolah, boleyh kate die anak orang kaya la..sekarang?? tepuk dada tanya lah wallet.

Tapi sebenarnya walau seciput mana pon duit tu, walau sekecil manapon nilainya, kita kene sedar semuanya rezki yang tuhan bagi. Berdosa kalau membazir kan kan kan ( korang kan belaja agama musti tau). Hargailah walau Rm1 nak cari duit bukan senang. Ramai yang menganggur zaman sekarang.
Rm1 zaman sandx kecik2

Kite perlu sedar jugak duit yang kite bazirkan, duit Rm1 yang kita pandang x de nilai lah apelah. ianya akan jadi sesuatu yang amat berharga apabila ianya dah ditelan zaman, masa tu mungkin mana ade dah orang pakai duit Rm1 kan, dulu ade duit syiling Rm 1, skrang dah x de. Bila ianya dah jadi antik, duit tu akan jadi bernilai dan digilai oleh pengumpul barang antik. Korang sendiri boleyh jual duit tu tau x...hehe

p/s kalo korang nak tau harga duit antik, lawat sini www.olx.com.my
     simpan lah seringgit korang tu ye...

Duit yang masih diguna pakai hingga ke hari ini


Sunday, March 6, 2011

Bermanja Dengan Kelapa Pada Hujung minggu

Pokok kelapa yang banyak tumbuh di kampung sandx

Fuh Penat rasanya. Hujung minggu begini sandx ingat boleh la berehat, rupenye tidak. Cuti sabtu dan Ahad, sandx gunekan masa ni untuk menolong mak sedare sandx mengupas kelapa. Fuh dengar macam sedap je bunyinya kan, tapi hakikatnye sandx terpaksa mengupas kelapa tua sebanyak hampir 300 biji. Perghh, agaknya ape yang mak sedare sandx nak buat ye? banyak sungguh. Kalau korang nak tahu sudah tentulah kelapa sebanyak tu digunakan untuk majlis perkahwinan akak sedare sandx yang akan dilansungkan 13 mac nanti. Semuanya akan digunakan untuk masakan majlis kenduri tu nanti

Bercakap pasal kelapa, hidup sandx semestinya tak boleh lari dari kelapa. sandx sememangnya amat menggemari kelapa, terutamanya kelapa muda. Bagi  sandx, pokok kelapa adalah antara pokok yang paling banyak fungsinya. Daripada hujung daun sampai la ke batangnya, pokok kelapa amat bermanfaat kepada manusia. fuh ajaib kan pokok ni

Antara Longgokan kelapa

Seperti yang korang lihat dalam gambar tu, itu hanyalah sebahagian longgokan kelapa yang sandx terpaksa kupas. Sebagai anak sedare sandx dengan sukarelanya menolong mak sedare sandx berbuat demikian. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang pulak tolong kita kan. Al-maklumlah sandx pon seperti kebanyakan manusia lain yang ade dekat atas muke bumi ni yang mempunyai naluri untuk berumahtangga. Cuma sandx x de pasangan je lagi hehe.
Alat yang sandx gunakan


Nak mengupas kelapa, korang memerlukan alat seperti gambar disebelah ni. Tak seperti zaman2 dulu, kebanyakan orang mengupas kelapa hanya menggunakan parang. Satu proses yang agak memakan masa dan agak sukar kalau nak dibandingkan dengan alat disebelah ni. Hanya membenamkan matanya ke kelapa dan kemudian kupas la...Kerja pon tak penat, dan korang boleh menyiapkan kerja dalam masa yang agak cepat. Tapi sandx enjoy jugak wat keje macam ni, kurang-kurang keluar lah juga keringat di badan, hehe


Ha seperti gambar yang kengkorang lihat di sebelah ni, ini menunjukkan kegigihan sandx mengupas kelapa. Sandx dah lame tak exercise. Dengan hanya membuat kerja sebegini ianya mampu menguatkan otot tangan dan mampu membuatkan sandx berpeluh. Kira ok la tu. lagi banyak faedah dan manfaatnye. Lebih2 dengan kelapa ni lah akan digunakan untuk membuat masakan untuk kenduri kawin akak sedare sandx nanti. Wah agak berjasa jugak ye sandx ni...hehe

Ni lah hasilnya antara kelapa yang berjaya dikupas. Dikatakan kalau nak bagi kelapa tu tahan lama, biarkan sabut die sedikit, seperti yang korang lihat tu. Banyak manfaat kelapa tua ni, antaranya ia boleh dijadikan santan, minyak kelapa, inti kelapa bagi kuih muih dan banyak lagi malah tempurungnya boleh dibuat kraftangan bagi mereka-mereka yang kreatif, sandx amat kagum dengan ciptaan tuhan yang satu ni, memang amat serbaguna....
Dan hasilnya korang tengoklah sendiri. sakit tangan dibuatnye. Bayangkan hampir 3oo biji kelapa berjaya dikupas oleh tangan sandx sendiri. Kepanatannya tak tergambar dengan kata-kata. sandx memang suka buat kerja-kerja kampung. Disebabkan ianya memang memberikan manfaat besar dan silap2 hobi tu boleh bertukar menjadi duit. Siapa tahu kan, sebab rezki yang tuhan kurniakan tu ada dimana-mana. Tapi berkat kesudian sandx menolong mak sedare sandx, dalam sandx sudah mahu beransur pulang, tiba2 mak sedare sandx memberikan sandx Rm 30.00. sandx memang ikhlas buat kerja dan tak mengharapkan apa2 balasan pon daripada beliau hehe. Tapi kata orang rezki jangan ditolak nanti melepas pulak kan.

Kelapa oh kelapa
Sandx berhasrat ingin membuka perniagaan kelapa secara sambilan suatu hari nanti. Bayangkan sekarang harga santan sudah melambung naik. Bekalan kelapa sentiasa berkurangan. Dan dimana-mana sahaja korang pergi di pelosok malaysia ni memang ada saja tempat yang menjual kelapa muda. Airnya pon sedap dan menjadi kegilaan ramai. Malah sudah ade produk jelly kelapa dan coconut shake yang sememangnya amat sedap dan digemari oleh sandx sendiri.

Bila bisnes dah maju, sandx boleh lah membuka perusahaan sendiri iaitu Sandx Sdn. Bhd. hehe. sandx amat meminati suasana kampung yang aman damai dan banyak tanah yang membolehkan sandx menjalankan kegiatan bercucuk tanam. barang seperti sayur-sayuran tak perlu lagi dibeli dipasar malah sandx boleh menternak ayam kampung. Memang menjadi idaman sandx mendirikan rumah yang mempunyai suasana sedemikian. Tak macam rumah sekarang,pergi depan dan belakang hanya batu dan jalan raya.

Sekian saja dari sandx, mungkin banyak lagi aktiviti di hujung mingguan sandx yang belom ditulis oleh sandx disini. Sandx mempunya banyak hobi dan banyak aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama. Setia bersama sandx, dan sandx akan luangkan masa bercerita untuk korang semua pada masa akan datang....

P/s Lepas ni nak bela monyet, senang kerja. Ade la orang yang boleh tolong panjat dan amik buah kelapa untuk sandx..hehe ops monyet tu menatang bukan orang k...sorryyy..hehe

Tuesday, March 1, 2011

Seminggu Penuh Makna.

Bermesra dengan Maskot A&W

Assalamualaikum. Alahai pelik jugak ye tajuk entry sandx kali ni. Dalam tempoh seminggu itulah sandx dapat banyak pengalaman. Wow, sejak mem'Busykan diri dengan kerja memang bnyak ler pengalaman seorang sandx haha. Pada minggu lepas bermula dari 23 Februari 2011 Pasaraya Aktif mengadakan Karnival dan aktiviti kemasyarakatan dimana banyak Aktiviti yang dapat dilaksanakan disitu.

Sandx yang bekerja di Syarikat Travel Agent dan Perhotelan juga tidak terlepas peluang untuk menyertai jualan di Karnival tersebut. Banyak jugalah yang terlibat disini seperti A&W, agensi dadah, Kementerian kesihatan, jabatan Kaunseling, bank dan juga Pasaraya Aktif itu sendiri dalam memeriahkan lagi suasana tersebut.

Nak diceritakan banyak la juga pengalaman sandx dalam seminggu ni, mungkin sandx tak dapat bercerita sepenuhnya dan mungkin ada cerita yang tak dapat dikongsikan bersama. Kami yang bekerja disitu memang bertungkus lumus untuk memeriahkan lagi Karnival tersebut. Daripada bekerja di Office hinggalah berniaga di Karnival tersebut. kerja design tu dah tentulah sandx dan kawan sandx yang handle. Antara Promosi yang kami buat adalah seperti Teh Tarik 50 sen. dekat mana lagi kan nak dapatkan teh tarik 50 sen huhu. Selain itu kami juga mempromosikan produk Kesihatan dari syarikat CY yang agak baru lagi ditubuhkan.

Gambar ni semestinya menunjukkan sandx yang mempromosikan barang tersebut. Nak kate ade sambutan tu erm kurang la jugak sebab produknye agak mahal dan tak munasabah bagi orang yang datang kesitu. Tapi sandx enjoy dengan kerja sandx, mungkin dari sini sandx dapat banyak pengalaman. Tapi yang tak bestnye segala kerja dari A sampai Z, sandx dan kawan sandx je yang membuatnye. yang akak dalam gambar disebelah tu dah berhenti kerja kerana mengikut suaminya bertukar di Kuala Kubu.

Tahap tekanan, pada tahap serius
Dengan segala kerja yang kami lakukan memang mendatangkan tekanan, tapi sandx x dapat nak bercerita disini sebab ianya tak perlu dan mungkin mengaibkan mana-mana pihak. Sandx tidak melepaskan peluang untuk menyertai segala aktiviti yang diadakan di Karnival tersebut. contohnya seperti pemeriksaan kencing manis dan Kolesterol, derma darah dan ujian Tahap tekanan dalam diri ataupun stress dengan jabatan kaunseling. Alhamdulillah sandx sihat, tp tahap mental dan tekanan sand kurang sihat, dan keputusannya amat
memeranjatkan, dan sandx berada pada tahap serius. fuh mmg stress ni.

Antara costomer yang bertandang
Erm gambar  di sebelah ni menunjukkan pelanggan yang datang dan berminat dengan promosi yang diadakan. Selain itu kami adakan satu promosi kad smile dari Esso. daftar secara free dan pengguna boleh menggunakannya sesuka hati apabila hendak mengisi minyak di stesen esso terdekat. Syarikat kami juga mempromosikan pakej perlancongan ke KenongrimbaPark dan penginapan di hotel dengan harga yang murah.

Muka sebelum menderma darah
Bercakap pasal derma darah pulak, inilah pengalaman pertama sandx menderma. Fuh tak terfikir dek akal. Mungkin sandx excited sangat kot. tengok kawan sandx derma, secara otomatik manambahkan lagi semangat sandx untuk menderma, sebenarnya kawan sandx dan sandx sendiri terpikat dengan kejelitaan nurse tersebut haha. Pada mulanya kami bertelagah siapa yang patut menderma dulu. bukan ape Jarumnye tu, mak ai memang beso la. Kami memutuskan untuk bermain ooo som, haha sandx kalah, so sandx la terpaksa menderma dahulu. Sebelum tu sempat lagi posing dengan beg darah yang bakal diisi darah seorang sandx. Sandx ni sebenarnye kedekut sebab sandx darah AB haha.                                                                                                                                          

Gambar ni menunjukkan pihak kesihatan yang tekun bekerja mengambil dan mencucuk penderma yang nak menderma darah mereka. ramai la kawan-kawan sandx yang menyaksikan peristiwa berdarah ni. sandx sendiri dirakam ketika darah sandx diambil, kesakitannya memang tak tergambar dengan kata-kata. bila tengok balik rakaman tu pergh rasanya tak sanggup nak mengulanginya lagi hahaha

Dan yang paling dahsyat sekali, kawan sandx menderma sampai jatuh pengsan. haha... terus dikejarkan ke hospital. masa ni la erti persahabatan tu terzahir bila kita membantu kawan2 yang dalam kesusahan. senang susah kami bersama, sama2 melalui peristiwa berdarah ni dimana kami mendermakan sebungkus darah kami ke hospital..haha aktiviti kemasyarakatan yang macam ni memang patut diadakan, bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama kita malah dapat membantu mereka yang memerlukan....

dan sampai disini pada hari ini daripada sandx. dan minta maaf jika sekiranya sejak kebelakangan ni sandx banyak bercerita mengenai peribadi sandx sahaja, hehe....







Sunday, February 20, 2011

Runtuhnya Pasir Dipukul Ombak...


Salam, erm sandx sekarang sudah lama tidak menulis blog. semakin lama semakin jarang untuk sandx update blog. Sejak pemergian arwah nenek tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Februari 2011 lalu, nampaknya sandx makin tidak aktif dalam dunia blogging.

Runtuhnya pasir dipukul ombak begitulah hati sandx sekarang, hancur, lemah dan tak bersemangat. Ini bukan bermakna sandx putus cinta, sandx sudah lama menyendiri sejak kecewa dalam dunia percintaan. dan sejak dari itu sandx bagaikan patung hidup yang berdiri kaku tanpa jiwa dan perasaan. sandx rasakan dunia sungguh gelap, tiada cahaya. terasa diri asing dan sandx merasakan ramai yg x ambil peduli tentang sandx. Begitulah dunia bila kita berasa kecewa.

Sejak itu sandx mencuba bermacam cara untuk bangun dan bangkit. sandx mengambil masa lebih dari 6 bulan untuk pulih. Cinta, memang la sedap dan bahagia ketika kita memilikinya dan terasa perit dan sakit bila kita kehilangannya. Bagi sandx semua tu dah x penting lagi. Sandx berubah dan sandx yakin kalaulah ada jodoh ada la, kalau tidak, mungkin suatu hari nnt pasti akan menemuinya.

Runtuhnya Pasir dipukul ombak, begitulah perasaan sandx hari ini. Entah la macam x de semangat je nak tempuhi hidup ni. Sandx masih lahi bergelar sebagai seorang pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dalam bidang Diploma E-commerce. Sekarang sudah masuk sem 4 dan sedang menjalani Praktilal. Memang sungguh mencabar. Amat mencabar. sebab tu lah sandx rasakan hati sandx bagaikan pantai dipukul ombak, kota pasir yang didirikan hancur dan rebah dipukul ombak, begitulah hati sandx. Tiada semangat. Sudah lah kerja dibebani dengan tekanan lepas tu satu demi satu staff2 di office berhenti kerja. sandx yang praktikal ni memang terikat dengan company tu.

Company Tu memang gila dan layaknya dipanggil sial. sandx x pernah jumpa company yg seteruk dan sedahsyat tu. sudah lah kucar kacir suasana disitu memang akan memberikan tekanan yang amat kuat disitu. Sandx kuat pon sebab ada kawan yang memang selalu support sandx. Kalau tak sandx x tau la nk cakap ape lagi.

Sekurang-kurangnya dengan menulis blog ni, sandx tau ade yang membaca dan mendengar luahan isi hati sandx ni. Terbit juga rasa kepuasan dan dapat melegakan hati yang sakit. Tak tahulah, rasanya macam ramai yang memberikan sandx masaalah sekarang, mengapa? satu perkara yang sandx sedar mengenai diri sandx dari dulu sampai sekarang, jika sandx terlalu hidup dalam kegembiraan dan happy akan ada suatu masanya secara tiba-tiba untuk diri sandx merasa perasaan sedih. begitulah bagaikan debu pasir yang ditiup angin....

Tapi sandx yakin, rasa sedih dan lemah semangat ni akan hancur, musim silih berganti begitu juga hati dan perasaan, juga bersilih ganti. Ada kalanya kita bergembira dan ada kalanya juga kita akan bersedih. Uniknya kita makhluk yang diciptakan tuhan, kerana mempunyai hati dan perasaan.

Begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar memahami kita. Bersahabatnya kita dengan seseorang itu adalah disebabkan pemikiran dan minat yang sama. juga boleh dikatakan serasi bersama. Mengapa ya? jawapannya ada pada korang sendiri. Hehe sandx mungkin ramai sahabat, juga ramai kawan. dan terkadang sandx rasakan bagaikan sandx x mempunyai kawan, entah la... sahabat dan kawan baik sandx semuanya berjauhan dengan sandx malah ada yang sudah menghilangkan diri tanpa jejak. sandx amat memrlukan sahabat, kerana sahabatlah yang betul2 amat memahami sandx.

Rasanya ombak yang memukul pantai tidak lagi seganas sebelum ni, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman dan tenang. Tak sangka dengan hanya menulis blog. sandx dapat lepaskan segala yang terpendam walau x keseluruhannya. Masa akan datang sandx akan cuba update blog dengan entry yang menarik. Bukan ape, sandx memang teramat busy sejak kebelakangan ni. Memang x de masa.

p/s ape la yang sandx ni merepek hari ni......hahahaha


Tuesday, February 8, 2011

Sikap Buruk Pekerja Kedai Makan

Nama kedai terpaksa di censoredkan
Assalamualaikum, di kesempatan hari ni, aku nak bercerite la sikit mengenai pekerja kedai makan kat sesuatu tempat ni seperti yang kengkorang semua lihat gambar diatas tu.

Erm seperti hari-hari biasa, aku bekerja di office start pukul 9 hingga 5.30, fuh kepenatan nye agak terasa la, mujur keje start pukul 9. Seperti selalunye aku dan kawan aku, selaku officemate aku akan lepak la kat mane-mane warung atau kedai mamak untuk makan ataupun minum. Sudah menjadi tradisi kami selepas waktu office berbuat sedemikian.

Seperti gambar yang korang tengok dekat atas tu. Ha tu lah salah satu kedai makan yang aku lepak dengan kawan aku pada hari ni. Seperti yang korang tau, cuaca sekarang ni memang agak panas lah. Petang tu lepas balik dari kerja memang terasa la bahang dan kehangatan mentari dan secara automatiknye  tekak juga terasa kering. Terlintas juga di kepala ni nak makan n lepak kat mane.

Then, aku membuat keputusan nak pergi makan roti canai, tapi sayang seribu kali sayang, kedai tu tutup. Aku lepak la kedai bersebelahan dengannye. Aku bercadang nak minum je sebab memang tekak kering sangat, dapat air batu pon jadilah. Aku datang kat situ dah la x de pelanggan, muke pekedai n pekerja nye pulak masam mencuka. Dalam ati aku cakap, "argghh pedulik la, aku nak lepak n minum coz dahaga sangat".
Maaf la ye, da abez coz dahaga sangat

Aku order la Air sirap seperti gambar diatas ni, n kawan aku lak order mee sup n tea,. yang x best nyer, die punye pekerja macam terpaksa je nak amik order, pekerja lain pulak duduk lepak-lepak, pekejadahnye tu? da la datang tak disambut. Kemesraan melayan pelanggan tu x de, mintak order macam buat-buat tak paham. Kau nak kerja buat la cara nak kerja kan. yang lain-lain pulak malas. baik tak payah bukak kedai kalo gitu.
Gambar telah di censoredkan

Sudah la cuaca panas, hati kat dalam ni lagi la panas kalo macam ni la caranya, die boleh duduk lepak-lepak gitu entah mende la yang die buat, pastu bile suruh kire time nak bayar tu, die boleh pulak tanye aku n kawn aku makan n minum ape dari tempat duduk duduk die tu, cis, sape pelanggan ni? macam tu ke care ko semua layan pelanggan, nak kate bodoh nanti marah, tapi memang bodoh pon sebab kalau macam tu la cara ko, memang lingkup la silap hari bulan. Sepatutnya die bangun la datang kira, kami pulak terpaksa paggil diorang datang kira. pastu dah lah liat pulak tu nak bangun.

Lepas ni aku takkan lepak dah kot kedai ni dan kedai yang seumpama dengannye. apa daa, servis terok. kalo ikutkan aku blah je dari situ. mungkin da rezki korang kot kitorang minum situ.....

P/s  Korang kalo berniaga x payah la ikut contoh manusia dekat atas ni, melingkupkan korang punye bisnes je n gerenti x de orang nak datang dah lepas ni. banyak-banyakkan senyuman dan ramah mesra k....:)


Thursday, January 13, 2011

HobiKu Di Facebook, Cityville



Semenjak menjalani praktikal Sem 4 ni, aku rasa macam x cukup masa la untuk luangkan masa enjoy2 cam dulu. Macam ni la kan bile kite da melangkah ke alam pekerjaan. Bg aku bila kerja di office, kat office la kite bekerja keras n bile da balik umah time letih-letih tu kite fikir untuk rehat dan enjoy je.

    Bile da sampai rumah, rutin harian aku cam bese la, online Facebook. Sekadar membalas komen daripada kengkawan. urm selalu la jugak aku dgr keluhan member2 yang diorang cakap bosan la FB, x tau nk wat ape la, urm aku kalo nk hilangkan bosan tu bnyk sgt la mnde yg boleh kite wat bg menghilangkan kebosanan.

    Caranya mudah je main je segala game online yang kengkawan korang invite dkt FB tu. Bagi aku, aku suke satu game ni la, name die CityVille. pergh mmg syok, lg syok kalo korang ade ramai kawan yg join game ni. korang ley tolong antara satu sama lain.

    Bagi aku la kan, game ni bukan saja dapt memberikan kite kepuasan malah mencungkil kreativiti dan pemikiran kite dalam membangunkan sesebuah negara. Memang syok, setiap kali aku balik dari office mende ni la yang aku kejar2 kan haha...

    Mende ni bagi aku dapat la menenangkan minda disamping mndengar lagu2 yang diminati. Erm bese la kan duduk di office dengan segala kerja yg mmg boleh menggilakan kepala seorang manusia cam aku ni haha stress btol, tp x pe la keje kat pejabat dan segala stress aku tinggalkan kat situ je. Keluar dari pejabat adalah masa untuk Dunia Aku dan Hidupku sama macam tajuk blog ni...hehe

    So ape lg tunggu-tunggu, harap korang enjoy la, tp maaf la kepada sape yg x de Internet, Al-Maklum la, ni kan game online.....hehe

Sunday, July 18, 2010

rutin

erm mggu ni merupakan minggu paling busy la, bukan ape, aku terpaksa menyiapkan bnyk tugasan yang diberikan dlam masa yang singkat.Fuh boleh la tahan budak2 kelas kitorang sumer pon mcm da naik gile da aku tngok.haha

buat masa ni aku x dapat hantar post yang menarik buat tatapan korang semua, sebab aku x de mse untuk berbuat demikian tp insyaallah aku akan laksanakn.moga2 idea yang datang tu mencurah2.

semalam aku seharian x tido, gara2 menyiapkan tugasan yang terlalu bnyk tu, tp ok lg la stakat ni, paling kurang pon aku cume rasa pening pale n nk demam je tp agak terkawal la stakat ni.esok la hari paling mnggerunkan kami pelajar2 DEC3 ,mana x nye sok ade kuiz, presentation n len2 lg. huhuhu

aku msti skor mrkah pnting bg aku, lgpun aku tngok sem3 ni bnyk presentation, blambak giler...papepon kene bnyk bsabar n keje akan siap berkat dgn kesabaran tu

Saturday, July 17, 2010

minggu permulaan yg busy Sem 3

assalamaualaikum. erm mmg mgu ni bnyk keje la dan semuanya nk dihantar hari seni bln ni.Tp aku relax satu abuk pon x wat lg, em ap la nk jd.hadui mcm subjek e-commerce tu masuk ni kitorg da wat asgmen satu untuk kali yg ke 3 beb..hadui ni baru assgment 1 beb

senin ni da la ade kuiz, nmpaknye aku mmg jnis yg wat last minit,mane x nye skrg pon x wat lg.Yg pnting aku kalo wat keje wat je la, x payah nk peningkan kepala.Yg pnting aku x tau cmne nk wat assgment e-commerce.kaji laman web polisas lak.pasni entah kaji laman web ape pon aku x tau. agknye kaji laman web si taufik sm tu kot.wahahhaha

Yg penting mcm kebiasaanye bile da siap sumer tugasan aku akan mnjerit dan melompat untuk melepaskan rasa yg terpendam.haha yg penting aku kene positifkan diri n jgn jdikan sumenya alasan kalo x mcm mane aku nak berjaya. kan kan kan... relax la blaja biar enjoy dimasa org len pning pale n tesen kite enjoy je la....kalo tension kan diri wat pe gak, masalah x kan selesai percayalah yg pnting kite kene brtindak....

from= wan_sndg

Friday, July 16, 2010

dec3

assalamaualaikum, setelah sekian lame menyepi daripada arena penulisan blog, kali ni aku kmbali aktif sbb aku da ade laptop sndiri n tenet, kire sng la aku nk wat keje.Pasni aku akan update post2 baru yg mnarik insyaAllah.

Semester ke 3 ni aku rasa kelainan yg teramat la sbb suasana yg berbeza berbanding sem2 yg sebelum ni.lgpun aku x sgka yg sem 2 lepas aku berjya dpat pointer yg baik Alhamdulillah dpt la jugak anugerah KJ.

Erm walau apapun itu satu permulaan yg baik bg aku untuk mncapai kejayaan dlm hidup aku.Sbb aku punye cita2 selepas ni ialah untuk masuk U.mmg itu impian aku sejak sekian lama tp impian aku berkecai haha sape soh main2 kan time blaja dlu. x pe aku gnekan laluan yg ade ni untuk kesane suatu hari nnt, aku percaye suatu hari nnt masanya akn tiba bg aku untuk mlnjutkn plajran kesana.

rajin2 la singgah blog aku yg x seberapa ni Al-maklum lah aku bknnya macam si taufik mansor tu ahahhaaha. korang ley gi blog die n wat penilaian sendiri ap yg korang rasa ttg blog die tu... ni url blog die www.taufiksm.com

Sunday, November 29, 2009

exam oh exam

Sebenarnye aku skrg cuti stdy week erm kbtulan pulak mmg dlm cuti ni ade raye haji.Aku kalo da cuti liat ler sikit mau stdy apatah lg dok umah,bnyk dugaan n cabaran untuk stdy mmg bnyk ler gguan lbih2 lg aku ni jnis yg bnyk aktivitinya.Kalo x de pape pon aku sebok dok layan tenet kat umah ni ap lg men faceboo,myspace,friendster n tagged lar wei x pown men ym.sape mau add aku ni ha wan_sndg@yahoo.com

berbalik pd citer td,aku da la ade 3 paper account,economy n programming.tige-tige subjek tu dah ler jam kreditnye 4.dasat gler.adui da la account aku x bape nk reti lg,lecturer aja pon ntah pape...adui mmg kritikal sugguh

aku mls btol nk blik poli hari esok,nasib bek kaki aku yg retak tu da baik ley la aku berdiri diatas kaki sndiri n x yah ler plukan bntuan org len.esok isnin 30\11\09 genap ler sebulan tragedi keretakan kaki aku haha..yg pnting mlas tol blik poli esok tp mmndgkn selasa tu ade test account kene la blik gak walau cmne pown.

Yg aku x beznye dak2 IPT len sumer da cuti sem cume kami yg dak poli ni jer,susah btol da la cuti 3 mggu je.mmg x puas ler.Tp x pe selama aku cuti tu bnyk aktiviti yg aku da rncg untuk aku lakukn.semua da tsusun rapi mmg syok ler wei.papepon yg pnting hidup msti dtruskn,segala msalah kite kene hadapinya x leh lari dari masalah.nnt ianya bertimbun n mmbebankn kite.kite msti hadapi n fight sedaya upaya ntuk setle sgala msalah tu agr ianya selesai x kisah lah cmne susah pown exam tu...aku akn hadapinya,harap aku brjaya hndknye.

from:MUHAMMAD SAFWAN BIN IBRAHIM
EMAIL:wan_sndg@yahoo.com

hasil kerja aku(keris)


Ini merupakan hasil kerja aku semase cti stdy week.Aku gunekn mase lapang time ptg2 untuk hasilkn mnde ni.Mmg seronok la sbb kite dpt buat ap yg kite minat n drpd buang mase buat2 keje yg x bfaedah, ni la satu care aku ntuk dptkn fun n isi mase lapang.Aku ni bnyk hobi n ni lah antara hobi aku iaitu wat mnde ni.

Hasil drpd wat mnde ni ad la sikit kecederaan kene pisau,but it's small matter for me haha.Kepuasan akn dikecapi bile kite brjaya menyiapknnya dgn smpurna,x kisah la cedera ke ap ke yg pnting kite dpt buat ap yg kite suke dan minat.

Aku bnyk gak wat mnde2 gini mcm keris,pdg,pisau, parang, kerambit n lain2.aku ley paparkan tp rasenye x payah la kot..hehe.bg aku jrg n susah nk jumpe org yg ade minat mnde2 gini.Bkan ape ianya perlukan kemahiran.Kalau nk ckp pasal bakat erm...bg aku ianya boleh diasah org yg x reti pon boleh wat asal belajar n ader minat


Tp bile ade membe join wat same2 lg fun n best lg2 masing merancang untuk wat projek yg berkaitan mnde2 gini.Igt dlu time aku kecik2 keje aku wat senapang kayu r untuk men perang2,mmg bnyk la kami wat senapang dlu.Wat same2 lg, sbb mmg ramai la asakr time tu nk join perang.Da besar ni len citer dye sbb kite bkan bdak2 lg.Tambahan pula aku pengamal silat,of cz la aku perlukn snjata untuk berlatih n untuk mengelakkn risiko kecederaan hmm snjata dari kayu ni la yg selamat,mcm yg aku ckp td, aku ade wat keris,parang n lain2,tujuan nye ntuk blatih silat la......berbansing kite gune parang besi mungkin kalo tersilap akn mnyebbkn kmalangn.bukan ap dlm syok2 blatih tu mane tau ade yg tercuai.

Dgn snjata kayu ni latihan akn jd mudah n kite x perlu risau akn risiko kecederaan kerana ianya dijamin selamat.bg penggemar seni ukiran kayu sudah tntunya mereka mnjadiknnya sbagai koleksi simpann atau perhiasan x kisah lah ianya snjata kayu atau besi yg pnting seni n kehalusan ukiran menarik minat masing2 untuk memilikinya.mcm aku,aku cume jdkn ianya sbgai hobi untuk kepuasan diri yg semaksima mgkin.

from wan_sndg@yahoo.com
wansndg09.blogspot.com