Tuesday, March 1, 2011

Seminggu Penuh Makna.

Bermesra dengan Maskot A&W

Assalamualaikum. Alahai pelik jugak ye tajuk entry sandx kali ni. Dalam tempoh seminggu itulah sandx dapat banyak pengalaman. Wow, sejak mem'Busykan diri dengan kerja memang bnyak ler pengalaman seorang sandx haha. Pada minggu lepas bermula dari 23 Februari 2011 Pasaraya Aktif mengadakan Karnival dan aktiviti kemasyarakatan dimana banyak Aktiviti yang dapat dilaksanakan disitu.

Sandx yang bekerja di Syarikat Travel Agent dan Perhotelan juga tidak terlepas peluang untuk menyertai jualan di Karnival tersebut. Banyak jugalah yang terlibat disini seperti A&W, agensi dadah, Kementerian kesihatan, jabatan Kaunseling, bank dan juga Pasaraya Aktif itu sendiri dalam memeriahkan lagi suasana tersebut.

Nak diceritakan banyak la juga pengalaman sandx dalam seminggu ni, mungkin sandx tak dapat bercerita sepenuhnya dan mungkin ada cerita yang tak dapat dikongsikan bersama. Kami yang bekerja disitu memang bertungkus lumus untuk memeriahkan lagi Karnival tersebut. Daripada bekerja di Office hinggalah berniaga di Karnival tersebut. kerja design tu dah tentulah sandx dan kawan sandx yang handle. Antara Promosi yang kami buat adalah seperti Teh Tarik 50 sen. dekat mana lagi kan nak dapatkan teh tarik 50 sen huhu. Selain itu kami juga mempromosikan produk Kesihatan dari syarikat CY yang agak baru lagi ditubuhkan.

Gambar ni semestinya menunjukkan sandx yang mempromosikan barang tersebut. Nak kate ade sambutan tu erm kurang la jugak sebab produknye agak mahal dan tak munasabah bagi orang yang datang kesitu. Tapi sandx enjoy dengan kerja sandx, mungkin dari sini sandx dapat banyak pengalaman. Tapi yang tak bestnye segala kerja dari A sampai Z, sandx dan kawan sandx je yang membuatnye. yang akak dalam gambar disebelah tu dah berhenti kerja kerana mengikut suaminya bertukar di Kuala Kubu.

Tahap tekanan, pada tahap serius
Dengan segala kerja yang kami lakukan memang mendatangkan tekanan, tapi sandx x dapat nak bercerita disini sebab ianya tak perlu dan mungkin mengaibkan mana-mana pihak. Sandx tidak melepaskan peluang untuk menyertai segala aktiviti yang diadakan di Karnival tersebut. contohnya seperti pemeriksaan kencing manis dan Kolesterol, derma darah dan ujian Tahap tekanan dalam diri ataupun stress dengan jabatan kaunseling. Alhamdulillah sandx sihat, tp tahap mental dan tekanan sand kurang sihat, dan keputusannya amat
memeranjatkan, dan sandx berada pada tahap serius. fuh mmg stress ni.

Antara costomer yang bertandang
Erm gambar  di sebelah ni menunjukkan pelanggan yang datang dan berminat dengan promosi yang diadakan. Selain itu kami adakan satu promosi kad smile dari Esso. daftar secara free dan pengguna boleh menggunakannya sesuka hati apabila hendak mengisi minyak di stesen esso terdekat. Syarikat kami juga mempromosikan pakej perlancongan ke KenongrimbaPark dan penginapan di hotel dengan harga yang murah.

Muka sebelum menderma darah
Bercakap pasal derma darah pulak, inilah pengalaman pertama sandx menderma. Fuh tak terfikir dek akal. Mungkin sandx excited sangat kot. tengok kawan sandx derma, secara otomatik manambahkan lagi semangat sandx untuk menderma, sebenarnya kawan sandx dan sandx sendiri terpikat dengan kejelitaan nurse tersebut haha. Pada mulanya kami bertelagah siapa yang patut menderma dulu. bukan ape Jarumnye tu, mak ai memang beso la. Kami memutuskan untuk bermain ooo som, haha sandx kalah, so sandx la terpaksa menderma dahulu. Sebelum tu sempat lagi posing dengan beg darah yang bakal diisi darah seorang sandx. Sandx ni sebenarnye kedekut sebab sandx darah AB haha.                                                                                                                                          

Gambar ni menunjukkan pihak kesihatan yang tekun bekerja mengambil dan mencucuk penderma yang nak menderma darah mereka. ramai la kawan-kawan sandx yang menyaksikan peristiwa berdarah ni. sandx sendiri dirakam ketika darah sandx diambil, kesakitannya memang tak tergambar dengan kata-kata. bila tengok balik rakaman tu pergh rasanya tak sanggup nak mengulanginya lagi hahaha

Dan yang paling dahsyat sekali, kawan sandx menderma sampai jatuh pengsan. haha... terus dikejarkan ke hospital. masa ni la erti persahabatan tu terzahir bila kita membantu kawan2 yang dalam kesusahan. senang susah kami bersama, sama2 melalui peristiwa berdarah ni dimana kami mendermakan sebungkus darah kami ke hospital..haha aktiviti kemasyarakatan yang macam ni memang patut diadakan, bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama kita malah dapat membantu mereka yang memerlukan....

dan sampai disini pada hari ini daripada sandx. dan minta maaf jika sekiranya sejak kebelakangan ni sandx banyak bercerita mengenai peribadi sandx sahaja, hehe....







Categories:

1 comment: