Showing posts with label Info-Info. Show all posts
Showing posts with label Info-Info. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Helah Microsoft dan Yahudi


Assalamualaikum pembaca blog Sandx, Hari ni sandx nak dedahkan sesuatu kepada kengkorang semua. Mungkin ianya sesuatu yang korang tak pernah tau dan tak pernah amik tau. Seperti yang korang semua maklum, Windows dan syarikat micrsoft amat dikenali oleh masyarakat dunia. Malah menguasai pasaran dunia dari segi penggunaan Operating sistem yang kita kenali sebagai Windows.

Namun begitu kita tak pernah tau ape yang tersirat disebalik microsoft tersebut. Mungkin ianya sesuatu yang baru bagi sesetengah pembaca dan mungkin juga ianya sesuatu yang sudah biasa bagi yang dah didedahkan dengan sesuatu yang macam ni. Tapi tak mengapa la kan, kita sekadar kongsi bersama ilmu dan pengetahuan ni kepada rakan2 kita yang lain

Ok, untuk ape yang sandx tunjukkan kat bawah ni, korang just follow n ikut step yang sandx tunjukkan kat bawah ni....selamat mencuba..

1. LAMBANG YAHUDI
a) Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C)
b) Program Files
c) Microsoft Office
d) MEDIA
e) CAGCAT10
f)cari gmbr b,nama J0285926. Korang akan jumpa gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka)
g) So ape tggu lagi, delete je lah....



2. MANGKUK HAYUN DALAM MIcrosoft Word
a) bukak microsoft word
b) type Q33 NY
c) besarkan font size tu ke 48
d) tukar kan font tu ke WINGDINGS

hasilnya macam gambar kat bawah ni....ok.....zooommm



P/s : sekadar berkongsi, ape yang patut korang delete, delete lah ye....

Friday, May 27, 2011

Proses Pembuatan Memori kad Dan Pendrive

Gambar Original from sandx

Assalamualaikum pembaca blog sandx sekalian. Hari ni sandx nak share something yang amat berharga buat pembaca blog ni. Pendrive dan memori kad adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita semua pada zaman serba canggih dan moden ni. Namun tak semua tau bagaimana ianya dihasilkan.

Sandx nak tunjuk kat korang bagaimana proses pembuatannya yang unik dan melalui proses yang amat sukar malah mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Haha Kita hanya tau menggunakannya. Tapi tak hairanlah kan harga satu memori kad yang kecik dan tersangat halus tu mencecah harga yang sangat mahal. Sebabnya, proses pembuatannya  tu. Apepon sandx kagum dengan pembuatannya

Ok kat bawah ni ade video dari Youtube iaitu WanSandx Channel di youtube. So korang enjoy la yerk, tengok betapa uniknya proses pembuatannya tu. Dan sandx nak mintak maaf jugak kepada mana2 pembaca yang internet die tu mcm siput sedut. Al-maklumlah Kali ni sandx nk tunjuk tayangan video sikit. So kita enjoyyyy....



P/S : Sandx memang lama tak update entry yang macam ni, Di awal kemunculan sandx, sandx selalu postkan entry mengenai komputer. Lepas ni rasanya nak update Kisah cinta lah pulak hehe....

Friday, January 28, 2011

Processor (CPU) Diperbuat Daripada Pasir?

Sekadar Gambar Hiasan
Pernahkah korang dengar perkataan Intel? sebut sahaja Intel, siapa yang tak kenal kan. Syarikat gergasi yang mengeluarkan Processor dan menguasai pasaran dunia. Satu lagi syarikat pengeluar processor tak lain dan tak bukan adalah AMD, dua nama utama pengeluar processor dunia. Tapi bagi aku Intel punye performance lagi bagus la daripada AMD.

Bagi aku, aku lebih sukakan Intel berbanding AMD, kami yang gilakan komputer selalu berdebat tentang AMD dan Intel. oleh kerana mereka agak jeles dengan aku yang memiliki intel terbaru dan terbaik, maka dikutuknya aku menyokong produk yahudi, haha aku hanya tergelak sahaja mndengar kutukan itu. erm aku juga membalas dengan mengatakan AMD tak bagus dan cepat panas hehe. dibawah ini adalah buktinye..



Berbalik kepada topik, Tahukah Korang Apa itu Processor? dan dari apa ianya diperbuat? pernahkah kita terfikir bagaimana Cip yang sehalus itu diperbuat? Benarkah ianya diperbuat daripada pasir?. Ya terlalu banyak persoalan dan pertanyaan untuk kita perkatakan namun jawapannya tak kunjung tiba. Tapi persoalan diatas akan terjawab pada entri blog ni pada kali ini.

Buat pertama kalinya blog Aku dan hidupku, menceritkan identiti blog ini sendiri. Ya, mengenai sandx ataupun pasir, terlalu banyak keistimewaan dan kelebihannya untuk diceritakan. Tapi hari ni aku aku nak tunjukkan bagaimana Processor komputer dicipta dan proses pembuatannya. Sebelum tu aku nak ceritakan kat korang semua, apa itu CPU? CPU adalah ringkasan perkataan Central Processor Unit membolehkan komputer berjalan dengan baik. Dengan kata lain CPU ni macam otak kepada komputer la untuk mnjalankan pemikiran komputer.

Aku juga tertanya-tanya pada suatu ketika dahulu, dari apa ye processor ni diperbuat?, bagaimana? fuh, setelah menonton satu video ni di youtube segalanya terjawab. Memang agak sukar la proses pembuatannya. First ramuan dan bahannya adalah pasir then dari pasir tu lah terdapatnya silikon dimana 25 % daripada pasir adalah silikon iaitu bahan yang diperlukan untuk membuat processor ni.

Aku agak tertarik juga dengan proses pembuatannya yang agak rumit dan rapi. Ye memang tidak dinafikan, semakin bagus processor, semakin bagus la sesebuah komputer itu. Seperti aku yang sudah memiliki processor yang agak power daripada Intel iaitu Intel Core i5 hehe. Memang performance die bagus lah. Tapi aku rasa ianya sudah agak ketinggalan kerana Intel Core i7 sudah terdapat di pasaran.

So ape tunggu lagi, marilah kite saksikan video ini, mengenai cara pembuatannya hehe... Dibawah ini adalah video daripada Intel



Ha yang ni pulak video daripada AMD


Ha agak menarik kan, dimasa akan datang aku akan ceritakan lagi kelebihan pasir dan keistimewaan pasir buat tatapan korang semua..








Tuesday, January 25, 2011

Senarai Laman Sosial terbaik dan Popular

Hari ini Blog ini sekali lagi memaparkan senarai maklumat dan perkembangan semasa dalam dunia internet. Untuk pengetahuna pembaca sekalian, dalam dunia kita terdapat banyak rangkai laman web sosial yang wujud di atas muke bumi ni. Wow amat dahsyat kan. tetapi dalam bnyak-banyak tu kita lebih mengenali Facebook yang rata-ratanya ramai penduduk Malaysia dan dunia menggunakan Facebook.

Pada zaman facebook baru nak naik dulu, kebanyakan kita banyak menggunakan Myspace, friendster dan tagged, haha nmpaknya semua tu macam tak lg relevan kan. Hatta aku sendiri pon memang ketagih main facebook. Dengan kemunculan facebook sekaligus mengurangkan traffic laman sosial yang lain. aku pon sedar semua kawan aku yang menggunakan myspace kini beralih kepada facebook sehingga menyebabkan laman Myspace aku sunyi dan sepi, diam seribu bahasa. haha bapak boring kan.

Berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai laman sosial yang terdapat diatas muke bumi ni :

Facebook
sesuai untuk kegunaan umum. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, sekarang berumur 25 tahun. Dianggarkan pengguna facebook ialah sebanyak 300,000,000 dan terbuka kepada pengguna berumur 13 tahun keatas. wah amat dasat.

Twitterr
Bersifat umum dan terbuka kepada mana-mana pengguna. Mempunyai jumlah keahlian sebanyak 44,500,000


Myspace
Sebuah laman sosial yang popular dan top pada suatu ketika dahulu, diasaskan oleh Tom Anderson. dikatakan mula mengalami kejatuhan pada tahun 2007 dan 2008, dan sedikit sebnyak Myspace sudah berubah wajah dan banyak diperbaharui untuk memperbaiki reputasi laman tersebut. Pengguna akaun Myspace yang berdaftar ialah sebnyak 263,920,102 woo ramai kan. tp sayangnya traffic die kurang gara2 ramai da yang tak log in.

Hi5
Aku pon tak berapa nak gune mende ni tapi Hi5 dikatakan popular di India, Mongolia, Portugal, Thailand, Romania, Jamaica, Africa Tengah dan Amerika Latin tetapi tidak popular di Amerika syarikat. Mempunyai pengguna seramai 80 juta orang.

Friendster
Friendster amat popular di asia Tenggara, tetapi tidak lagi popular dibarat, dan tidak tersenarai dalam 10 ranking laman sosial paling popular lg pada hari ini. Terbuka kepada pengguna 16 tahun keatas dan kanak2 tidak dibenarkan. Tapi ade jugak kanak-kanak yang guna. Tapi gune dgn cara menipu umur..hehe

Tagged
Laman sosial yang berpusat di san Francisco, california, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2004. Tagged membolehkan ahlinya bermain permainan bertemu orang baru berdasakan saranan. Memang mudah la nak cari kawan dan berkongsi hadiah maya. Tagged kini dilawat oleh 7.6 juta pengguna As dan 27 juta pengguna dari seluruh dunia.

berikut adalah ranking laman sosial berdasarkan ebizMBA Rank pada januari 2011
1.Facebook
2.Twitter
3.Myspace
4.Linkedin
5.Ning
6.Tagged
7.Classmate
8.HI5
9.Myyearbook
10.Meetup

yang ni lak perbandingan antara laman web sosial dari segi security, Network Features, Search, demoghraphics dan sebagainya.





1. Facebook
2. Myspace
3. Bebo
4. Friendster
5. Hi5
6. Orkut
7. Perfspot
8. Zorpia
9. Netlog
10. Habo

Sunday, January 23, 2011

Manusia Terkaya di Dunia Pada Tahun 2010, Bukan Bill Gates?

Seperti yang kita sedia maklum, sebut saje tentang manusia terkaya di dunia sudah tentunya nama Bill Gates meniti di setiap bibir mane-mane penduduk di atas muke bumi ni. Adakah korang percaya yang beliau bukan lagi manusia yang memegang gelaran itu? percayakah korang?

Untuk Pengetahuan korang, dekat sini aku nak share la sikit mengenai Senarai orang terkaya di dunia pada tahun lepas iaitu tahun 2010. Erm seperti pada tahun yang sebelumnya semua orang sedia maklum bahawa Ranking pertama manusia terkaya di dunia disandang oleh Bill Gates. Tetapi kini Bill Gate bukan lagi memegang Ranking No1 di dunia. Wah amat memeranjatkan setelah sekian lama Bill Gate Begitu selesa berada di Ranking No 1 di dunia, kini tidak lagi memegang gelaran manusia terkaya di dunia.

Persoalannya? siapakah yang berjaya meragut tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia daripada Bill Gates?. Siapa yang tak terkejut kan, Bill Gates yang merupakan Pengasas Microsoft dan juga merupakan lelaki terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut kini tersungkur jatuh di tangga yang kedua. Bayangkan satu dunia gune window daripada microsoft yang diasaskan oleh Bill gates, mana tak kayanye die kan.

Manusia yang bernama Carlos Slim Helu dari mexico dan juga merupakan taiko telekomunikasi dari mexico telah berjaya mengalahkan Bill Gate pada tahun 2010. Carlos Slim Helu yang merupakan ketua dan CEO Telmex, America Movil yang merupakan syarikat telekomunikasi telah mengumpul kekayaan sebanyak 53.5 bilion Dolar berbanding Bill Gates sebnayak 53 Dolar Amerika. Wah, nampaknya Carlos telah berjaya mengalahkan Bill gates dengan angka tersebut.Nampaknye macam x la jauh sangat bezanya kan.

Berikut merupakan 10 senarai manusia terkaya diatas muke bumi ni...:




Dunia ade seorang lagi jutawan muda baru, iaitu Mark Zuckerberg yang berumur 25 tahun. Juga merupakan pengasas Facebook yang korang bangga-banggakan tu. Dianggarkan kekayaannya adalah sebanyak 4 billion US dollar pada tahun 2010. Seperti yang pernah aku ceritakan pada entry sebelum ni, Ranking Facebook dalam dunia adalah Pada tangga kedua selepas Google. Facebook telah berjaya menjadikannya antara lelaki muda terkaya di dunia


psst// Agak-agak kan, bila nama rakyat Malaysia akan tersenarai dalam ranking 10 terkaya di dunia? agak-agak korang boleh ke? hehe