Friday, January 28, 2011

Processor (CPU) Diperbuat Daripada Pasir?

Sekadar Gambar Hiasan
Pernahkah korang dengar perkataan Intel? sebut sahaja Intel, siapa yang tak kenal kan. Syarikat gergasi yang mengeluarkan Processor dan menguasai pasaran dunia. Satu lagi syarikat pengeluar processor tak lain dan tak bukan adalah AMD, dua nama utama pengeluar processor dunia. Tapi bagi aku Intel punye performance lagi bagus la daripada AMD.

Bagi aku, aku lebih sukakan Intel berbanding AMD, kami yang gilakan komputer selalu berdebat tentang AMD dan Intel. oleh kerana mereka agak jeles dengan aku yang memiliki intel terbaru dan terbaik, maka dikutuknya aku menyokong produk yahudi, haha aku hanya tergelak sahaja mndengar kutukan itu. erm aku juga membalas dengan mengatakan AMD tak bagus dan cepat panas hehe. dibawah ini adalah buktinye..



Berbalik kepada topik, Tahukah Korang Apa itu Processor? dan dari apa ianya diperbuat? pernahkah kita terfikir bagaimana Cip yang sehalus itu diperbuat? Benarkah ianya diperbuat daripada pasir?. Ya terlalu banyak persoalan dan pertanyaan untuk kita perkatakan namun jawapannya tak kunjung tiba. Tapi persoalan diatas akan terjawab pada entri blog ni pada kali ini.

Buat pertama kalinya blog Aku dan hidupku, menceritkan identiti blog ini sendiri. Ya, mengenai sandx ataupun pasir, terlalu banyak keistimewaan dan kelebihannya untuk diceritakan. Tapi hari ni aku aku nak tunjukkan bagaimana Processor komputer dicipta dan proses pembuatannya. Sebelum tu aku nak ceritakan kat korang semua, apa itu CPU? CPU adalah ringkasan perkataan Central Processor Unit membolehkan komputer berjalan dengan baik. Dengan kata lain CPU ni macam otak kepada komputer la untuk mnjalankan pemikiran komputer.

Aku juga tertanya-tanya pada suatu ketika dahulu, dari apa ye processor ni diperbuat?, bagaimana? fuh, setelah menonton satu video ni di youtube segalanya terjawab. Memang agak sukar la proses pembuatannya. First ramuan dan bahannya adalah pasir then dari pasir tu lah terdapatnya silikon dimana 25 % daripada pasir adalah silikon iaitu bahan yang diperlukan untuk membuat processor ni.

Aku agak tertarik juga dengan proses pembuatannya yang agak rumit dan rapi. Ye memang tidak dinafikan, semakin bagus processor, semakin bagus la sesebuah komputer itu. Seperti aku yang sudah memiliki processor yang agak power daripada Intel iaitu Intel Core i5 hehe. Memang performance die bagus lah. Tapi aku rasa ianya sudah agak ketinggalan kerana Intel Core i7 sudah terdapat di pasaran.

So ape tunggu lagi, marilah kite saksikan video ini, mengenai cara pembuatannya hehe... Dibawah ini adalah video daripada Intel



Ha yang ni pulak video daripada AMD


Ha agak menarik kan, dimasa akan datang aku akan ceritakan lagi kelebihan pasir dan keistimewaan pasir buat tatapan korang semua..








Categories:

3 comments: