Salam, erm sandx sekarang sudah lama tidak menulis blog. semakin lama semakin jarang untuk sandx update blog. Sejak pemergian arwah nenek tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Februari 2011 lalu, nampaknya sandx makin tidak aktif dalam dunia blogging.
Runtuhnya pasir dipukul ombak begitulah hati sandx sekarang, hancur, lemah dan tak bersemangat. Ini bukan bermakna sandx putus cinta, sandx sudah lama menyendiri sejak kecewa dalam dunia percintaan. dan sejak dari itu sandx bagaikan patung hidup yang berdiri kaku tanpa jiwa dan perasaan. sandx rasakan dunia sungguh gelap, tiada cahaya. terasa diri asing dan sandx merasakan ramai yg x ambil peduli tentang sandx. Begitulah dunia bila kita berasa kecewa.
Sejak itu sandx mencuba bermacam cara untuk bangun dan bangkit. sandx mengambil masa lebih dari 6 bulan untuk pulih. Cinta, memang la sedap dan bahagia ketika kita memilikinya dan terasa perit dan sakit bila kita kehilangannya. Bagi sandx semua tu dah x penting lagi. Sandx berubah dan sandx yakin kalaulah ada jodoh ada la, kalau tidak, mungkin suatu hari nnt pasti akan menemuinya.
Runtuhnya Pasir dipukul ombak, begitulah perasaan sandx hari ini. Entah la macam x de semangat je nak tempuhi hidup ni. Sandx masih lahi bergelar sebagai seorang pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dalam bidang Diploma E-commerce. Sekarang sudah masuk sem 4 dan sedang menjalani Praktilal. Memang sungguh mencabar. Amat mencabar. sebab tu lah sandx rasakan hati sandx bagaikan pantai dipukul ombak, kota pasir yang didirikan hancur dan rebah dipukul ombak, begitulah hati sandx. Tiada semangat. Sudah lah kerja dibebani dengan tekanan lepas tu satu demi satu staff2 di office berhenti kerja. sandx yang praktikal ni memang terikat dengan company tu.
Company Tu memang gila dan layaknya dipanggil sial. sandx x pernah jumpa company yg seteruk dan sedahsyat tu. sudah lah kucar kacir suasana disitu memang akan memberikan tekanan yang amat kuat disitu. Sandx kuat pon sebab ada kawan yang memang selalu support sandx. Kalau tak sandx x tau la nk cakap ape lagi.
Sekurang-kurangnya dengan menulis blog ni, sandx tau ade yang membaca dan mendengar luahan isi hati sandx ni. Terbit juga rasa kepuasan dan dapat melegakan hati yang sakit. Tak tahulah, rasanya macam ramai yang memberikan sandx masaalah sekarang, mengapa? satu perkara yang sandx sedar mengenai diri sandx dari dulu sampai sekarang, jika sandx terlalu hidup dalam kegembiraan dan happy akan ada suatu masanya secara tiba-tiba untuk diri sandx merasa perasaan sedih. begitulah bagaikan debu pasir yang ditiup angin....
Tapi sandx yakin, rasa sedih dan lemah semangat ni akan hancur, musim silih berganti begitu juga hati dan perasaan, juga bersilih ganti. Ada kalanya kita bergembira dan ada kalanya juga kita akan bersedih. Uniknya kita makhluk yang diciptakan tuhan, kerana mempunyai hati dan perasaan.
Begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang benar-benar memahami kita. Bersahabatnya kita dengan seseorang itu adalah disebabkan pemikiran dan minat yang sama. juga boleh dikatakan serasi bersama. Mengapa ya? jawapannya ada pada korang sendiri. Hehe sandx mungkin ramai sahabat, juga ramai kawan. dan terkadang sandx rasakan bagaikan sandx x mempunyai kawan, entah la... sahabat dan kawan baik sandx semuanya berjauhan dengan sandx malah ada yang sudah menghilangkan diri tanpa jejak. sandx amat memrlukan sahabat, kerana sahabatlah yang betul2 amat memahami sandx.
Rasanya ombak yang memukul pantai tidak lagi seganas sebelum ni, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman dan tenang. Tak sangka dengan hanya menulis blog. sandx dapat lepaskan segala yang terpendam walau x keseluruhannya. Masa akan datang sandx akan cuba update blog dengan entry yang menarik. Bukan ape, sandx memang teramat busy sejak kebelakangan ni. Memang x de masa.
p/s ape la yang sandx ni merepek hari ni......hahahaha
kuatkan semangat ye abg... =D
ReplyDeletesaya pun suka menulis kalau rasa stress. kalau happy pun sama. :)
ReplyDeletexoxo