Pokok kelapa yang banyak tumbuh di kampung sandx |
Bercakap pasal kelapa, hidup sandx semestinya tak boleh lari dari kelapa. sandx sememangnya amat menggemari kelapa, terutamanya kelapa muda. Bagi sandx, pokok kelapa adalah antara pokok yang paling banyak fungsinya. Daripada hujung daun sampai la ke batangnya, pokok kelapa amat bermanfaat kepada manusia. fuh ajaib kan pokok ni
Antara Longgokan kelapa |
Seperti yang korang lihat dalam gambar tu, itu hanyalah sebahagian longgokan kelapa yang sandx terpaksa kupas. Sebagai anak sedare sandx dengan sukarelanya menolong mak sedare sandx berbuat demikian. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang pulak tolong kita kan. Al-maklumlah sandx pon seperti kebanyakan manusia lain yang ade dekat atas muke bumi ni yang mempunyai naluri untuk berumahtangga. Cuma sandx x de pasangan je lagi hehe.
Alat yang sandx gunakan |
Nak mengupas kelapa, korang memerlukan alat seperti gambar disebelah ni. Tak seperti zaman2 dulu, kebanyakan orang mengupas kelapa hanya menggunakan parang. Satu proses yang agak memakan masa dan agak sukar kalau nak dibandingkan dengan alat disebelah ni. Hanya membenamkan matanya ke kelapa dan kemudian kupas la...Kerja pon tak penat, dan korang boleh menyiapkan kerja dalam masa yang agak cepat. Tapi sandx enjoy jugak wat keje macam ni, kurang-kurang keluar lah juga keringat di badan, hehe
Ha seperti gambar yang kengkorang lihat di sebelah ni, ini menunjukkan kegigihan sandx mengupas kelapa. Sandx dah lame tak exercise. Dengan hanya membuat kerja sebegini ianya mampu menguatkan otot tangan dan mampu membuatkan sandx berpeluh. Kira ok la tu. lagi banyak faedah dan manfaatnye. Lebih2 dengan kelapa ni lah akan digunakan untuk membuat masakan untuk kenduri kawin akak sedare sandx nanti. Wah agak berjasa jugak ye sandx ni...hehe
Ni lah hasilnya antara kelapa yang berjaya dikupas. Dikatakan kalau nak bagi kelapa tu tahan lama, biarkan sabut die sedikit, seperti yang korang lihat tu. Banyak manfaat kelapa tua ni, antaranya ia boleh dijadikan santan, minyak kelapa, inti kelapa bagi kuih muih dan banyak lagi malah tempurungnya boleh dibuat kraftangan bagi mereka-mereka yang kreatif, sandx amat kagum dengan ciptaan tuhan yang satu ni, memang amat serbaguna....
Dan hasilnya korang tengoklah sendiri. sakit tangan dibuatnye. Bayangkan hampir 3oo biji kelapa berjaya dikupas oleh tangan sandx sendiri. Kepanatannya tak tergambar dengan kata-kata. sandx memang suka buat kerja-kerja kampung. Disebabkan ianya memang memberikan manfaat besar dan silap2 hobi tu boleh bertukar menjadi duit. Siapa tahu kan, sebab rezki yang tuhan kurniakan tu ada dimana-mana. Tapi berkat kesudian sandx menolong mak sedare sandx, dalam sandx sudah mahu beransur pulang, tiba2 mak sedare sandx memberikan sandx Rm 30.00. sandx memang ikhlas buat kerja dan tak mengharapkan apa2 balasan pon daripada beliau hehe. Tapi kata orang rezki jangan ditolak nanti melepas pulak kan.
Kelapa oh kelapa |
Sandx berhasrat ingin membuka perniagaan kelapa secara sambilan suatu hari nanti. Bayangkan sekarang harga santan sudah melambung naik. Bekalan kelapa sentiasa berkurangan. Dan dimana-mana sahaja korang pergi di pelosok malaysia ni memang ada saja tempat yang menjual kelapa muda. Airnya pon sedap dan menjadi kegilaan ramai. Malah sudah ade produk jelly kelapa dan coconut shake yang sememangnya amat sedap dan digemari oleh sandx sendiri.
Bila bisnes dah maju, sandx boleh lah membuka perusahaan sendiri iaitu Sandx Sdn. Bhd. hehe. sandx amat meminati suasana kampung yang aman damai dan banyak tanah yang membolehkan sandx menjalankan kegiatan bercucuk tanam. barang seperti sayur-sayuran tak perlu lagi dibeli dipasar malah sandx boleh menternak ayam kampung. Memang menjadi idaman sandx mendirikan rumah yang mempunyai suasana sedemikian. Tak macam rumah sekarang,pergi depan dan belakang hanya batu dan jalan raya.
Sekian saja dari sandx, mungkin banyak lagi aktiviti di hujung mingguan sandx yang belom ditulis oleh sandx disini. Sandx mempunya banyak hobi dan banyak aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama. Setia bersama sandx, dan sandx akan luangkan masa bercerita untuk korang semua pada masa akan datang....
P/s Lepas ni nak bela monyet, senang kerja. Ade la orang yang boleh tolong panjat dan amik buah kelapa untuk sandx..hehe ops monyet tu menatang bukan orang k...sorryyy..hehe
kalo aku nk kawen nnt ak suruh ko jelah tlg ayah aku kupas kelapa ek.hehe.
ReplyDeletenice post....
ReplyDeleterajinnya kupas kelapa...
ReplyDelete