Saturday, May 7, 2011

Tamatnya Zaman Praktikal Sandx.

Semuanya bermula Dari sini
Ya titik permulaan bagi sandx menjalani praktikal di tempat ni adalah bermula daripada apa yang korang lihat diatas. Ianya ditampal di Politeknik sandx. Masa Tu tengah kalut cari tempat praktikal, x terfikir pon nak praktikal kat sini. tapi keadaan mendesak dan terdesak sandx terpaksa menghubungi syarikat untuk bekerja disitu.

Ehem, ehem..... 29 April 2011 adalah tarikh keramat dan tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh seorang sandx setelah hampir 5 bulan sandx menjalani praktikal. Sedar x sedar masa sudah berlalu. Ya masa yang dulunya dirasakan berjalan bagaikan siput sedut kini sudah tiba ke garisan penamat. sandx dah merdeka..hehe

Ingat lagi time mula2 menjalani praktikal dulu, sandx lansung x membuat persediaan mental dan fizikal untuk menempoh alam pekerjaan. Masa dah masuk bekerja tu hadui, perasaan rindu untuk belajar tu sangat membuak2. Bila dah masuk bekerja semua x seindah yang disangkakan, tiada kawan2 yang selalu tolong kita, tiada tunjuk ajar pensyarah,tiada masa untuk bersuka ria dengan kengkawan yang ada hanya lah kebengisan bos dan suasana yang tegang di pejabat. Dan perkara yang paling sandx x suka dan x berapa nak reti masa mula2 keje tu ialah, menjawab panggilan telefon yang masuk, hadui mmg kalut la time tu..hehe sekarang dah pro beb. Siap angkat telefon rumah macam jawab telefon dipejabat.

dari kiri syuhada, sandx dan ekin
Masa praktikal ni sandx dapat mengenali rakan praktikal yang lain. Disini terdapat 4 orang pelajar yang menjalani praktikal termasuk sandx sendiri. yang lagi 3 orang adalah perempuan. Syuhada, ekin dan dila. Semuanya serikandi yang agak sejuk mata memandang dan boleh dibuat bini (ehem2 sekali lagi, ye ke?? hehe)

flyer yang akan dihantar ke pengedar surat khabar
Dalam menempuh zaman praktikal tu dah tentunya ada suka dan duka, pahit serta manis, itulah asam garam kehidupan kan. Dekat Sini semua sandx dapat rasa, sandx dapat jadi graphic designer, office boy, web developer, wat bahagian sales n marketing, promoter dan sebagainya. Dari kerja yang remeh temeh sampai la kepada perkara yang mustahak. Sandx pernah jual pakej perlancongan di website company sandx, bagaimana orang2 berurusan dengan pakej itu sehinggalah sandx sendiri yang bawak pelancong seperti yang terdapat dalam pakej yang sandx jual.

segan2 potong kek
akak yang plan birthday parti ni
Banyak kenangan yang x dapat dilupakan antaranya, satu hari yang penuh tekanan, sandx nak balik cepat tp keje masih berlambak dan x sempat nak siapkan. masa tu sandx nak edarkan flyer yang kami design ke newspaper, then sedar x sedar akak kat office tu paggil, rupanya semua dah standby dalam satu bilik siap dengan kek n lilin, hahaha sandx x duga ada suprise birthday party untuk sandx. Perasaan terharu x payah nak cakap la kan..hehehe cik nana pon ade time tu. tp x de gambar die, sori nana...hehe


Gambar yang sebelah ni pulak kenangan sandx masa jadi promoter menjual produk syarikat iaitu produk kesihatan yang bernama CY2000. Macam2 la yang ada seperti produk lelaki wanita, kecantikan dan kesihatan. Sandx kerja di office tapi sampai kene wat mende ni semua, tp duduk promote barang lagi best, dapat kenal ramai orang, kurang tekanan, relax dan yang paling penting sandx x kan bersemuka dengan bos sandx yang bengis tu .

Kenangan oh kenangan, sandx x dapat nak bercerita kesemuanya kepada pembaca blog ni, erm memandangkan sandx dah mmg terlalu lama x update blog sampai nak menulis poin jadi kekok......maaf la kalo ada bnyak ayat pelik2 dan x sedap dibaca.

Kerja seharian yang terpaksa sandx lakukan ialah Upload pakej perlancongan ke dalam website syarikat. sandx bekerja di syarikat Travel agent, maka mmg kami berurusan dengan pelancong dan menjual pakej2 perlancongan samada dalam dan luar negeri. Erm mmg hari2 la kene update. syarikat sandx juga ada menjual pakej2 pelancongan dari syarikat lain. kiranya syarikat sandx dapat jugalah faedah daripada penjualan pakej orang. Tapi sayang, bos sandx mmg kedekut, nak wat camne kan. ianya diakui oleh staf2 yang lain.Jawab panggilan telefon dari mat salleh tu kira biasa la.

Masa praktikal ni jugaklah Ayah sandx bersara dari alam pekerjaan sebagai seorang Guru. Beliau yang telah memimpin sebuah sekolah dan pernah membuatkan sekolah yang ditadbirnya cemerlang gemilang. sandx rasa bangga ada bapa sepertinya. Dan antara staf2 yang ada di syarikat ni iaitu kak linda, adalah salah seorang daripada ribuan anak murid ayah sandx. Tersangat x sangka, masa ayah sandx ajar kak linda, beliau masih muda. mungkin sandx masih kecil kot. atau x lahir lagi. Majlis persaraan itu dilansungkan di Hotel centrepoint Lipis. Ni semua Plan cikgu2 skolah ayah sandx la ni...

Sandx masa bekerja duduk di bahagian It dan sales department. Erm terima kasih kepada meraka yang dah memberikan segala tunjuk ajar dan sanggup bersusah senang bersama sandx. Hnya tuhan lah yang dpat membalas jasa seorang sahabat yang bernama Rahmat. Tanpa die, mungkin sandx menghadapi kesusahan dalam enjalani praktikal ni. Dengan tunjuk ajar die jugak sandx jadi seperti sandx sekarang. Terlalu bnyak perkara dan ilmu yang sandx dah pelajari darpada die. Die juga pernah dimarahi bos sebab sandx, cover punya pasal..hehe papepon tabik la sama lu, moga ko berjaya dapat pekerjaan yang gempak, x bebaloi jadi graphic designer kat sini, sekadar nak belajar, ok lah keje sini, aku doakan ko dapat bukak syarikat beso nnt..--amin--

Cik Ekin
Dan yang paling penting yang ni ha, seorang insan yang selalu buat sandx tersenyum dan tergelak tawa. Kalo x de die boleyh kata x best la. Antara teman yang paling rapat kat office tu iaitu cik ekin. Dia ni selalu mencuri perhatian orang dan sandx. Sandx Kalo tensen atau bosan ke ape ke, mesti cari die. Bile pandang die, rasa tenang je. best..suka berkawan ngan die. Die punye riuh, satu bangunan pejabat bergegar. Suka tengok senyuman die, die marah pon still nmpak menarik. Die ade wataknya yang tersendiri yang membezakan die dari orang lain. Pendek kata ekin ni seorang yang manja n nakal gitu.haha, teringat masa dulu2 die tensen sebab jadi reception kat hotel. then ade satu hari tu die ikut sandx pergi kenduri kawin dekat raub, haha dah macam pasangan pulak...padahal ade adik sandx kat belakang kete tu ikut skali...--kepada cik ekin jgn marah k, (entah ape yang die fikir bile baca menda ni hahaha)

sekali kena simbah daaa
Dan yang paling best sandx dah dapat pergi ke tempat idaman sandx iaitu Hutan Rimba kenong atau kenong Rimba park. Tapi sandx pergi bukan atas tiket pelancong tapi wakil dari syarikat sandx iaitu Travel agent atau Kiara Holidays. Sandx dapat pegi kesini sebanyak dua kali handle Tsun Jin school. Sekolah cina Di Kuala Lumpur. Terlalu banyak untuk sandx ceritakan. Tapi sandx lebih suka bercerita sesuatu yang manis dan yang pahit sandx campak ke dalam belukar. x perlu dikenang dan x perlu ditatap. smoga entry sandx kali ni dpat membuatkan pembaca lebih mengenali siapa sandx si penulis blog ni. terima kasih kerana sudi membaca,

Segala kepahitan dan kesusahan sandx jadikan pedoman hidup dan menganggap ianya adalah satu rintangan yang terpaksa sandx tempuh untuk mematangkan hidup, menambahkan lagi pengalaman yang ada. Bak kata orang bagaimana kan rasa manisnya kesenangan kalau x merasai kesusahan..

bawah ni ada lagi gambar untuk tatapan korang, dan x semua yang sandx dapat kongsikan bersama korang.

Antara kerja sandx

Dah siap dan sedia untuk menyambut tetamu










Ni Masa Handle Pei Tong school Dari singapore

Karoke, majlis makan malam kami2 staff2 muda
Sempat bergambar dengan amoi (cucu uncle johny) alahai poyonye aku

Suatu tempat di Kenong Rimba Park

Suasana Dalam Office

Mas majlis Perpisahan,
masa handle Pelajar didalam Gua, Kenong Rimba Park

Membe2 di Centrepoint
Antara watak2 yang ada dalam cerita ni, hehe diorang ni lah yang meceriakan hari2 sandx di pejabat.....thanks korang semua..yeehhaaaa
Gambar ni masa dengan abang Am, walaupun umur kami jauh beza tapi rasa macam sebaya. Syok berkawan dengan die, sporting dan bertanggungjawab. Plan nak ke Taman Negara dengan die suatu hari nnt, walaupun baru kenal tp kami rapat dan baik ade kimia la orang cakap..haha

Wajah seorang sandx...

Note : Kepada sesapa yang gambarnya atau namanya x disebut dalam ni sandx mohon ampun dan maaf, terima kasih atas jasa anda semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Salah dan silap harap diampun. Siapalah sandx, sbb sandx hanyalah manusia biasa yang lemah dan banyak kekurangan. Ehem rajin2 la lawat blog ni kalo nak tau cerita tentang sandx ok....yeehaaa...




Categories:

6 comments:

  1. seronok ye dah habis,banyak pengalaman baru kan.

    ReplyDelete
  2. tahniah la encik sandx ye..banyak pengalaman tu.x semua org boleh rasa

    ReplyDelete
  3. tamat praktikal? seronok lettw.. skrg struggle tuk lulus dengan cemerlang.. haha.. go for it.

    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete
  4. besh la da abih praktikal...
    hehehe....


    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sandx gamba kin pown ade...glamour doe....

    ReplyDelete
  6. sandx gamba kin pown ade...glamour doe....

    ReplyDelete