Wednesday, January 19, 2011

Yang Menarik Tentang Google.




Korang pastinya pernah dengar perkataan Google kan. Nama Google kini tidak asing lagi bagi mana-mana pengguna internet diatas muka bumi ni. Rata-rata penduduk di atas muka bumi ni pon mencari maklumat dengan menggunakan Google.Tak kira lah dimana mereka berada, selagi mempunyai talian internet, Google adalah medium utama untu mencari sesuatu yang terlintas di fikiran masing-masing.


Google dicipta Oleh Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan mahasiswa daripada University Standford di california. Google dilancarkan pada 15 September 1997 dimana ketika itu aku baru je berusia 6 tahun. Haha kecik lagi kan. entah ape la aku buat pada masa tu. Dianggarkan pendapatan Google pada tahun 2009 ialah hampir mencecah $ 23,651,000,000.00 . Fuh memang banyak kan sampai aku pon tak reti nak kira.

Google juga telah membeli Website Blogger pada tahun 2001 yang mana para blogger dapat menggunakan blog ini secara percuma. Memang untung bagi mereka yang mahu berkecimpung dalam arena blogging ni, sebab tak perlu keluarkan satu sen pon untuk blog ni. melainkan mereka membeli domain dan hosting berbayar. Inilah medium utama untuk melatih para blogger yang masih baru dan mahu mencari pengalaman dalam penulisan blog.

Kemudian pada tahun 2006 Google telah membeli  website Youtube bernilai $ 1.65 billion. Untuk pengetahuan korang website Youtube tu pon milik google. syarikat gergasi google sememangnya banyak wang untuk membeli semua tu. Mana lah tau kan, masa akan datang Goolge bercadang untuk membeli Facebook pulak? tapi facebook yang dimiliki Mark Zuckerberg tu pon kaya gak.

Antara Produk Google yang mungkin korang tak tahu ialah Google translate, Google search, Google map, Goolge earth, Google page ranking dan lain-lain.Tapi mustahil korang tak tahu kan sebab depan die pon nama google. Selain tu google juga mempunyai Internet Browsernya yang tersendiri iaitu Google chrome.Google Chrome ni bagi aku la kan ianya tak terlampau rumit, tak menyerabutkan kepala aku dan mudah untuk digunakan. Apa-apa word yang kita search terus pergi ke Google.

Sememangnya segala-galanya adalah google. Amat mengagumkan, segala maklumat yang kita perlukan, video, audio, software, artikel, berita da segala-galanya kita cari melalui google.Mudah kata, Google adalah yang terbaik.Hanya kuasai Google, maka segalanya ada di tangan kita.

Kita Boleh lihat Ranking laman web paling popular di dunia. Pemegang carta No 1 di dunia adalah Google.Ini menunjukkan pengguana Google adalah memang top la ramainye.Tp yang aku amat hairan lagi pelik.Ranking Google di malaysia jatuh di tangga yang kedua, Facebook pemegang No 1. Memang rakyat malaysia kuat chatting kot..hehe termasuklah aku.

Berikut adalah senarai Ranking Top sites dalam Dunia ni :
1)Google
2)Facebook
3)Youtube
4)Anshikapackermovers
5)Window Live
6)Baidu.com
7)Blogger.com
8)Wikipedia
9)QQ.com
10)Twitter

  psst // Mane la yahoo yek? nampak sangat x femes haha.....

Categories:

3 comments:

  1. salam 1blog (boleh camtu ?)

    jemput-jemput la datang singgah blog ijat
    http://ijatasni.blogspot.com

    ^_________^

    hee~

    ReplyDelete
  2. ye laa... yahoo dah tak sebest dulu2 lg....

    ada tag ye : http://ayurashidah.blogspot.com/2011/01/twenty-five-random-dua-puluh-lima-rawak.html

    ReplyDelete
  3. aq lbih suka guna google chrome dr yg lain.huhu simple je..x serabut..

    ReplyDelete