Thursday, May 12, 2011

Rotan Dan Kenangan


Panasnya cuaca hari ni. Ni kalau dapat minum air sirap macam entry sandx yang sebelum ni, alangkah bestnya. Then masa panas macam ni la paling x best dan membuatkan kita semua berasa tidak selesa. Erm berbalik kepada topik. "rotan dan kenangan".

rotan yang menjalar
Idea untuk entry ni tercetus time sandx pergi menebas semak di kebun pak sedara sandx. Biasalah musim cuti begini sandx akan buat sesuatu untuk mendapatkan duit poket. Salah satu cara yang paling cepat ialah dengan menebas kebun. Bayarannye pon lumayan kalau korang nak tau, ada la mencecah ratusan ringgit. Masa sedang2 merehatkan diri diatas muka bumi yang panas ni, tiba2 sandx terpandang akan pokok rotan yang menjalar dikawasan kebun tu. Bnyak!. Serius boleyh jual lg tu.

Pokok rotan
Masa tu sandx lepak2 la sekejap bertemankan tiupan angin sepoi2 bahasa. Alahai syahdunya, tenang dan aman. Suasana macam ni susah nak dapat dekat kesibukan bandar2 diluar sana. Rasanya tangan sandx mula dah gatal dan x leh nak duduk diam bila terpandang akan pokok rotan tu. Rasa nak pergi tebang je, nak bawak balik. Masa tu sandx seorang diri saja dalam kebun tu. Fikiran masa tu mudah sangat melayang untuk melayari angan2 mat jenin. hehe

ni la duri rotan, aww sakit
Niat dihati nak menebang pokok rotan tu. Sebab dalam kepala terfikir, boleyh jugak aku buat kraftangan. Dalam nak menebang tu, toksah cakap la tangan terluka akibat duri pokok rotan tu,haha perkara biasa la tu. masa ni lah fikiran menerawang jauh terkenang zaman budak2 dulu. Masa tu sandx dengan abah sandx ke kebun atok sandx. Nak tau?, masa tu sandx jumpe pokok rotan. Tapi masa tu x tau lagi tu pokok apa. Biasalah budak-budak kan. Sandx tanya lah abah sandx, "pokok apa tu abah?". Jawabnya pokok rotan hehe. Alamak!!. masa tu dalam kepala, rotan ni satu kegunaan je. Untuk melibas buntut bebudak yang nakal macam sandx ni.hehe

Kulit rotan yang siap dikupas
Abah sandx pernah potong pokok tu bawak balik, n tau2 la kan, sandx la jd mangsa libasan rotan tu. ceh...haha tu la tanya lagi pokok apa. Mungkin masa tu abah sandx kehilangan rotan kot. Al-maklumlah sandx ni "Anti" sikit dengan rotan ni. Pantang ada peluang, masa tu la sandx sorokkan rotan dekat rumah tu...hehe tercari2 la jugak abah sandx akan rotan kepunyaannya tu. Pernah jugak sandx bengang sangat sebab kene rotan dengan abah, masa tu sandx sorok dan hancurkan rotan tu. Punyalah anti sangat dengan rotan tu sampai gitu sekali.

Peralatan semasa menebas.
Tapi bila dah besar ni sandx sukakan rotan tu sebab ianya unik dan pelbagai kegunaan. Bila dah besar sikit baru sandx tau yang Rotan ni ada nilainya. Orang gunakan ianya untuk membuat perabot dan kraftangan. Sandx sendiri gunakan rotan untuk berlatih Silat. Dengan rotan juga kita boleh dapat pendapatan sampingan. Dan ianya dapat mengubah tanggapan sandx masa kecik dulu yang hanya tau rotan ni sebagai musuh peribadi saja hehe.

rotan muda
Tapi bila fikir balik, dengan rotan tu lah sandx jadi manusia pada hari ini. Kerana rotan tu lah, sandx sayang kan kedua orang tua sandx yang dah berjaya didik sandx sampai jadi manusia yang berguna, tau baik dan buruk. Bagi sandx, rotan ni sangat tinggi nilainya dari semua aspek. Bisanya dek rotan membuatkan anak2 beringat dan x kan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan. Tapi sayang, ramai anak2 hari ini dimanjakan dan rotan bukan lagi sebagai pendidik. Tapi hanya sebagai perabut yang menghiasi ruangan rumah sahaja.

P/s : rotan oh rotan....hehehe sandx bawak balik ke rumah dalam 3 batang cegitu. Memang jauh fikiran melayang masa menebang rotan tu. korang ada pengalaman dirotan ke?? hehe

23 comments:

  1. Dulu kena rotan..sekarang merotan pula..

    ReplyDelete
  2. huuu....tkenang time kecik2 dulu penah kene rotan dgn mama pakai btg mop....huhu...

    ReplyDelete
  3. nasib la tyme zaman skolah x penah adew kenangan ngan rotan kat umah adew la...tettt...hehehe

    http://kisahakizz.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. rotan, penyapu, tali pinggang musuh aku masa kecik-kecik. HAHA! :D

    ReplyDelete
  5. bila warden tye nk denda or nk rotan.. kami lebih rela nk rotan,,, hahaha.. last2 warden kata pengetua je boleh rotan.. derh poyo! hahaha

    ReplyDelete
  6. pernah kena dgn cikgu sb nakal sgt.. hihi~

    rotan kat kelas sampai hancur, cikgu pukul budak laki. Tapi tak de pun dgr kes report polis..

    ReplyDelete
  7. sandx, dini penah kena rotan. banyak kali gak la.
    biasala kan. mak bapak bila muda2, asyik marah je. bila dah tua, dia jadi mcm malas.
    pengalaman paling best kena libas dengan tali pinggang. huk3.
    dulu2 dini kena rotan, sbb tak dgr ckp bapak. sbb keputusan jatuh or teruk. sbb bergaduh dgn adik. hee mcm tu la

    ReplyDelete
  8. bercerita pasal rotan ni... huhu~
    myra x pernah kene rotan kat sekolah.,.
    tapi selalu kena kat rumah.. huhu~
    nampak sangt yang myra ni baik kat sekolah.. HAHA :D

    ReplyDelete
  9. rotan ni tak best. bila kena sakit. tp rotan ni la bg byk pengajaran kt kita.tp ibubapa zaman skrg terlalu manjakn ank2 mereka.adik dini yg darjah 2 buat slh skit je mst tak kena pape pon

    ReplyDelete
  10. pernah kena time sekolah rendah dulu,,

    sakit tauuuu...
    rasa mcm nk lari satu pdg sekolah jer,,

    selamba jer cikgu pukul kita,,

    sedih2...

    tpi disebbkan rotan gk la sy jadi mcm sekarang...

    jadi manusia n x buli org,,

    zaman dak2 sekolah lagi,,
    tu ar kes berkwan dgn abg..
    smpai kita kena sekali,,,

    tpi skunk dh jadi pompuan melayu terakhir,,

    perasaannnnnnnn

    ReplyDelete
  11. time kecik2 dulu memang selalu gak kena rotan sbb malas nk blajor. asyik nak maen je.

    ReplyDelete
  12. member ak cite psl rotan la pulak...menarik2...

    ReplyDelete
  13. Rose tak pernah lagi merasa kena rotan oleh cikgu...tapi dah pernah rasa kena rotan oleh Abah rose. Yup betul kata sandx...kerana rotanlah kita manusia... :)

    ReplyDelete
  14. ingt rotan..ingt time ngaji waktu kcik2 dulu..
    huuu
    perit..
    tp berbaloi2

    ReplyDelete
  15. huhu rotan?pergh....belom penah kena lg..tp sgt gegel lor...if dpt rotan2 ats tu...grrrr...

    ReplyDelete
  16. Paling teruk kena rotan kat tapak tangan jer..tak bawak buku latihan..lain-lain tak der

    ReplyDelete
  17. penah kena rotan kat tapak tangan masa sek rendah dan takde la sakit mna pun..hehee.

    ReplyDelete
  18. wah bestnye blog ni..
    kalau prince nak datang selalu boley x?
    hehehe..

    ReplyDelete
  19. Tiqie kena dgn cikgu time skola rendah.
    Tak siap homework lpasu memekak pulak
    Ha amik kau !
    Baik punya...

    ReplyDelete
  20. mase form 5 pernah kene rotan ngan pk hem sebab lambat hantar buku akaun bank bsn hahahha

    ReplyDelete
  21. pernah2 dulu kena rotan ! hehe... sebab tak siap kerja p.akaun y cikgu bagi ! adoyaii.. :)

    ada gak kena rotan dulu sebab tak bawak kamus BI time drjh 5

    ReplyDelete