Tuesday, May 24, 2011

Kenangan Terindah yang takkan Kembali.


Asslamualaikum pembaca sekalian. Kalolah pakcik senyum kambing tu membebel kat paper macam tu kan syok...haha. Agak2 korang apa die kenangan terindah yang x kan kembali tu? mungkinkah kisah percintaan? atau sandx menang satu juta power root? hehe tidak sekali sebenarnye kenangan tu sandx nak selam lebih jauh daripada zaman cinta tu, zaman waktu kita semua x kenal ape tu kapel2. Zaman yang penuh gelak tawa dan tiada beban tanggunjawab yang dipikul.

Sedang sandx merehatkan diri waktu petang2 yang agak damai petang tadi, Sepasang mata ni ligat memerhatikan bebudak yang sedang riuh bermain. Oh ye, sandx sememangnya jarang menyaksikan bebudak bermain petang2. Sedang tu sandx tertanya2 lah jugak, budak zaman sekarang ni main ape je sebagai hiburan mereka?. Satu persoalan yang timbul di kotak fikiran sandx. Ada lah jugak sandx nampak mereka bermain basikal, badminton dan bola. Terkadang sandx nampak la jugak mereka bermain sambil berkejar-kejaran.

Sandx berfikir, mungkinkah zaman mereka x seseronok sandx dahulu. Bebudak sekarang bagaikan kurang permainan dan bg sandx agak biasa sahaja bila melihatnya. Tak seperti zaman sandx time bebudak dulu, memang bermacam jenis permainan yang sandx main dan kadang2 bagaikan bermusim. Musim main perang2 senapang kayu, pergh memang syok la menembak mereka2 yang sandx anggap musuh. Kami membentuk satu pasukan askar sendiri memerangi pihak lawan. Memang syok, perang tu memang bukan main2. sandx sendiri berperang ngn pasukan bebudak yang mmg sandx bermusuh masa tu. Peluru memang bersepah dimana2, haha cari je lah buah terung takpun anak jambu, memang bile terkena tu berbisa la jugak.

Sampai musim yang agak berangin sikit kami bermain layang-layang. yang syoknye, layang2 tu kami tak beli pon just buat sendiri je. Masa musim die, memang bersepah kite ley nampak bebudak bermain layang-layang. Dan pabila tiba masanya musim biji getah, sandx bermain pulak ngn kawan2 laga biji getah. Masa tu memang hutan yang ada pokok getah kami redah beramai. Tak kira lah ladang getah ke apa ke. Permainan macam ni mmg seronok dan tak kurang pula mereka yang bermain kotor dengan mengisi lilin or simen kedalam biji getah tu. Bertanding biji getah sapa yang terhebat.

Selain tu sandx juga ada bermain gasing. Kadang2 gasing tu siap bawak sekolah lagi, punyalah minat gasing. Zaman tu apa sahaja permainan bermusim, setiap bebudak takkan terlepas peluang untuk bermain . Kalo nak cerita kat sini memang banyak lah. Sandx jugak yang jadi tukang buat senjata seperti senapang kayu Malah kami mendirikan kubu masing2 sebagai markas tentera kami. Memang indah zaman tu. Sandx ingat lagi ade budak pompuan nak join kitorang, katanya nak jadi tukang sapu n jaga kubu. Masa tu paham2 la kan, bebudak laki memang tak suka perempuan join diorang bermain. serupa juga lelaki, x kan join permainan perempuan. Contohnya macam permainan masak2 kalo main lah, individu tu akan dianggap pondan hahha.

Bile kenang balik, memang sandx nakal giler la zaman bebudak dulu. Kuat main ape, masuk kebun orang pergi tebas tanaman orang. sandx pernah juga bakar anak pokok limau jiran sandx. Comel je pokok tu, hahhaa memang ribut la. Nakal2 sandx sampai main atas bumbung rumah, sandx duduk kat rumah teres, habis semua bumbung rumah jirang sandx berjalan.hehe, balik umah kene sebat, kelako betul.

Masa dulu2 bebudak banyak hiburan, kalo x main outdoor, lepak dalam rumah tengok power rangers tak pun otomen dan dragon ball. haha ade jugak bebudak yang suka tengok action kamen entah sape la budak tu ye. pergh kalo nak citer pasal rancangan tv, lagi lah banyak, kebanyakannya menghiburkan. zaman tu mana ada macam kita skrng yang 24 jam facebook. bebudak pon fikiran semua suci dan bersih. Tak macam sekarang, taip je perkataan "melayu" atau "sekolah" kat google keluar la menda2 yang x senonoh. Bebudak kecik pon dah tau seks, puncanya menda2 gini la.

Terlalu banyak kenangan yang sandx x dapat nak cerita kat sini. Yang pastinya usia kita saban hari semakin meningkat. Kenakalan dan kesilapan lalu banyak mengajar kita erti kehidupan. Biar masa bebudak kita nakal dan jahat tapi masa dewasa kita adalah manusia yang berguna dan banyak menolong orang lain. Usia mematangkan kita. Sedang batang tubuh ini meningkat dewasa dan gagah, kita kena ingat bahawa usia dan batang tubuh orang tua kita kian lemah dan memerlukan bantuan kita. Sandx masih ingat dulu2, bapa sandx adalah hero kepada sandx, sbb selalu melindungi dan menjaga sandx, tapi kini kita lah hero mereka. Siapa lagi mak bapak nak baggakan kalo x anak mereka sendiri kan.

Bila dah jadi orang dewasa ni, kita bukan lagi bebudak yang hanya tau gelak, tawa, makan minum dan menangis. Tiada satu pon masalah masa tu. Apa yang dihajati semua kita kecapi, selagi orang tua kita mampu untuk menunai kehendak kita. Sekarang kita adalah manusia yang penuh dengan tanggungjawab dan masalah. Sesungguhnya semua itu mendatangkan tekanan pada diri kita. Time dewasa ni lah kita asyik berfikir bagaimana untuk dapatkan duit. bagi yang dah berkahwin lagi lah, anak, bini, bil itu bil ini, hutang keliling pinggang dan macam2 lagi. Zaman bebudak adalah zaman terindah yang takkan kembali lagi dan hanya menjadi kenangan abadi bg diri kita.

P/s : sekarang sandx pulak yang layan bebudak, suka menengok diorang bermain, tp geram pulak tngok diorang nakal, nakal pulak lain macam, tak macam bebudak dulu. Budak sekarang walau yang kecik2 pon dah ada facebook, aiyoo......hahaha










Categories:

7 comments:

  1. hhuwwaa..nak balik zaman mandi sungai ngan adik badik~~~~~~hurm....maen ligan2(kejar2)tapi betul laa..ia xkan kembali~~~

    ReplyDelete
  2. seronok sungguh zaman kecik2 dulu...tak payah dok fikir dgn masalah...

    ReplyDelete
  3. Waaa rindu kt biji getah itu. huhu

    ReplyDelete
  4. waaa..main laga getah..dah lame tuuu

    ReplyDelete
  5. betullah...zaman kita dulu memang lain dr sekarang, time nak raya lg meriah, tp sekarang kalau nak main tembak2 buka je leptop mainlah sorang2...kalau dingatkan nak je kembali semula waktu tu...

    ReplyDelete
  6. ingtkan ruangan SENYUM KAMBING tu betul2 ada tulis WAN SANDX..hehehe..baru nk ckp tahniah =P

    ReplyDelete
  7. kalo lah bleh ke zamn kecik2 dlu..
    bestnyer... xd msalah...

    ReplyDelete