Saturday, February 12, 2011

Hukum Umat Islam Menyambut valentines day

Assalamualaikum. erm memandangkan bulan ni adalah bulan Februari, maka sememangnya tidak lari umat manusia diatas muke bumi ni untuk menyambut satu perayaan hari kekasih iaitu valentines day. Pada tiap-tiap 14 Februari setiap tahun semua orang sudah tahu dan sememangnya tahu kerana sebut sahaja Valentines day ianya adalah dikaitkan dengan hari kekasih, tapi mereka tidak tahu sejarah, asal usul dan mengapa ianya disambut. Persoalannya? bolehkah umat Islam merayakan hari kekasih tersebut? dan apakah hukumnya dalam syariat agama Islam?

Pasangan yang bermadu kasih
Seperti yang kita ketahui kan, sandx rasa semua orang sudah sedia maklum bahawa tiap-tiap kali valentines day, ramai ler pasangan kekasih yang mabuk cinta, meluahkan perasaan cinta. Bukan sekadar dengan kata-kata malah dengan pemberian hadiah yang teristimewa kepada pasangan masing-masing. Malah lebih buruk lagi time ni la pasangan yang bermadu kasih ni men'terlanjurkan diri dengan membuat projek terbesar dan selepas tu berlakulah pengguguran haram dan pembuangan bayi.

Buang bayi, bagaikan perkara biasa kini
Perayaan Valentines day ni bukanlah budaya Islam dan Islam tak pernah pon meletakkan hari-hari tertentu untuk merayakan hari kekasih. Kalau korang nak tau, perayaan Valentines day ni mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat. Ha ye la kan mane la Islam pernah ajar umatnye melakukan perbuatan yang sedemikian sebab dalam Islam pergaulan lelaki dan perempuan ada batasaannya.

Ok sebelum tu, disini Sandx nak cerita sikit mengenai Valentines Day dan sejarahnya :


Dari sudut bahasa, Valentines dalam bahasa inggeris atau Valentino dalam bahasa Italy adalah berasal daripada nama sesebuah keluarga yang berasal daripada Rom, iaitu Valentinos yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu Valens yang bermaksud aktif, kuat dan seumpamanya.

Gambaran peperangan antara Islam dan Kristian
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 amat bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap seperti kekasih rakyatnye sendiri. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya Hari Valentine.

 Dekat sini pulak aku nak citer tentang 3 pendapat tentang asal usul Valentine Day :

1. Pendapat pertama, hari Valentines day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi orang Rom. Hari berikutnya 15 februari bermulanya pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom dimana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis diatas kertas dan dimasukkan kedalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama yang ada didalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlansung.

2. Pendapat Kedua pula menyatakan bahawa pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu St Valentines dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatab tersebut St Valentines telH ditangkap dan diheret dan akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada Februari 270M . Bagi memperingatinya sebagai simbol Ketabahan, Keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup maka 14 Februari telah dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

3. Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil sempena nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya ditempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatkan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskna Kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentines yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Please say no to Valentines Day
Itu adalah sedikit sebanyak mengenai Hari Valentines yang kebanyakan orang agung-agungkan tu. Masyarakat kite ni terlalu mengikut budaya luar sehingga tak tahu apakah yang mereka lakukan, apakah ianya boleh atau adakah ianya bertentangan dengan syariat agama? ya sudah tentulah x boleh dan ianya dilarang dan hukumnya "HARAM". Mari kita baca hadis Rasulullah S.A.W dibawah ni


من تشبه بقوم فهو منهم    

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)



من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

P/S - so korang fikir-fikirkanlah baik buruk, hal2 berkaitan agama tak boleh dipandang remeh. sebarkanlah artikel untuk mengembangkan lagi dakwah....:)

Ni ada Link Fatwa mengenai Hukum menyambut Valentine Day :
Categories:

10 comments:

  1. Lagi untung if takde couple..sbb tak payah nak sambut..hohohoh//

    ReplyDelete
  2. wat macam ari2 bese je udah.. valentine2. mengarut je.

    ReplyDelete
  3. thanx for the info... nice
    mintak nk share ye

    ReplyDelete
  4. ok welcome, silakan... ilmu mesti mau share.. :)

    ReplyDelete
  5. valentine..hari...memadu kasih...hindarkan la ia

    ReplyDelete
  6. velentine daY???shit je..
    thanx for the article..
    nty lau ade article sal islam,,share ngn kite lgi eh...
    emmmm:)

    ReplyDelete
  7. thax gan...artikelnya..memang betul haram valentine bagi seorang muslim....

    ReplyDelete
  8. :) info yang baik , thanks . tapi ada yg m'hentam gak bila dikatakan menyibuk pasal org nak sambut valentine

    ReplyDelete
  9. betul tu lau ada kekasih pun buat macam hari biasa ja tapi jangan lebih2 ye

    ReplyDelete