Thursday, March 24, 2011

Pabila Bumi Kita Marah Dan Merajuk...


Assalamulaikum pembaca sekalian. Hari ni sandx nk bercerita sikit mengenai pemerhatian sandx sejak sekian lama. Sandx bukan sahaja pencinta dunia IT dan komputer malah sandx juga cintakan Alam sekitar yang kini makin lama kian musnah akibat kerakusan dan kebodohan manusia sendiri. Sedar dan tak sedar semuanya berlaku dalam sekelip mata dalam kelalaian dan kerakusan manusia tu sendiri.

Sandx selalu perhatikan alam ciptaan Tuhan yang indah ini. Kini sandx dapat rasakan yang bumi kita kini dah x stabil dan x seperti dulu-dulu, senang cakap bumi dah marah, merajuk dan cukup meluat dengan makhluk yang bernama manusia yang tinggal diatasnya. Peperangan dan pertumpahan darah, tamak haloba, rasuah, pencemaran, maksiat dan segala dosa-dosa yang ada, sudah menjadi perkara biasa saban hari. Pembuangan bayi, kes bunuh, rogol, ragut, rompak semuanya macam perkara biasa hari ini.
Persoalannya? mengapa sandx cakap macam tu?. sedar tak sedar dunia kita ni sudah menghampiri hari kiamat. Dunia sudah di akhir zaman. dan bnyak tanda-tanda kecil kiamat sudahpun berlaku sekarang. Antaranya masa dirasakan singkat, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan sehari dan sehari berlalu dalam sekelip mata, peperangan bnyk berlaku, bencana alam dan lain2.
 Ops bencana Alam?? haha itulah sandx nak cakap, mmg bumi kita dah merajuk dan benci dengan sikap manusia akhir zaman yang sering melakukan dosa dan kerosakan diatas muka bumi ni. Kalau korang perhatikan kejadian tanah runtuh kerap berlaku dimana-mana, banjir kilat, gempa bumi, dan tsunami yang sekarang kita lihat sangat kerap berlaku. Kalau boleh sandx rasa bumi ni nak hapuskan semua manusia yang bnyak melakukan dosa diatas muka bumi. bumi kita dah tua dan uzur.

Sedar tak sedar korang sendiri pon boleh tngok, sekarang musim pun dah tak menentu. Sepatutnya bulan mach adalah musim panas tapi sekarang?? hujan dan sejuk.... nampak kan, makhluk yang tinggal dekat atas bumi ni kebanyakannya tak pernah nak menghargai bumi kita. Pokok-pokok dan hutan-hutan seharusnya jangan lah ditebang, ini tidak sekali tebang hancur dan jahanam ekosistem. tempat yang dahulunya indah dan cantik kini jadi tempat yang menyakitkan hati bila dipandang. 

Ingtlah segala  kerosakan adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri. bukankah bumi itu juga makhluk tuhan. Mengapa tidak die punyai perasaan?? siapa tahu kan, kalau tak takkan lah jadi semua bencana alam tu kan. Dan semuanya pon mmg atas kehendak Allah yang esa.

Masihkah korang ingat? time bumi menangis-nangis ketika ia tidak rela tanah daripadanya diambil oleh malaikat untuk dijadikan Adam?? mengapa ya?? haha persoalannya memang sudah lama terjawab..Namun semuanya tuhan lebih mengetahui...Wallahualam....

Pssttt : berfikit sejenak apa yang dah berlaku pada bumi sejak sekian lama............Sebenrnya kita semua masih selamat dan aman kerana masih terdapat orang yang beriman diatas muke bumi ni yang berdoa dan sujud kepada ilahi, kalau tak tuhan dah musnahkan bumi ni sebenarnya....

Saturday, March 19, 2011

Ragam Encik Pisang Yang Pelbagai.


Assalamualaikum, Hari ni Sandx nak tunjuk dekat korang tentang gambar sebuah pisang yang dah sekian lama menjadi santapan masyarakat kita tapi bagaimana ya kalau pisang tu macam gambar dekat bawah ni? mesti syok kan haha

Sandx pon sekarang malas dah nak taip panjang2, walau apapun jom tngok......zaaaaaaaazzzzzzzzzzzzz

Senyum Tu sedekah kate Encik Pisang
Pisang Says : hai awak semua, nk bahagia cam saya jom ler senyum cam ni, dapat pahala weiiiii haha.......

Banana Dolphin
Pisang Says : Asyik duduk atas Fokok je, sekali sekala nak ler berenang jugak ye dok.....hahaha

Ni Pisang yang dah dikacukkan.
Sekali sekala nak ler jugak makan Oren yang berbentuk pisang kan, nikmatnyer sama cam makan pisyang..hehe

Pisang Says : Sampai ati kamooo
Katenye aku ni diperlukan time lapar je, macam habis madu sepah dibuang. tp saya cik pisang lain katanya, habis isi kulit dibuang, dah lah dibuang merata, dipijak pulak tu....campai ati, tapi kau yang tergelincir..kah kah kah....

Beginilah saya time Futus Chinta
Sape kate pisang tak reti nak touching2.... saya ni ati kecik tau....haha...............

KaWAn Baik caye...hehe
Rajin jugak la encik pisang tontong spongebob tiap2 minggu macam tuan nyer blog ni....

Produk terbaru dari pisang
Sekali sekale pisang pon nak ler jugak jadi ubat Gigi....amacam?? perasa pisang?? hehe mcm Codomo Lion lak ye.
Hehe Malu2
Kalo korang nak tengok, ha macam ni la kalau pisang yg tengah malu, jgn la korang skodeng pulak hehe....


Phobe Cap Pisang

Sekali sekala pakai bentuk pisang camni besh jugak....ade feelll,,,haha
Pisang yang berdendam
Sape kate Pisang tak reti nak marah? ni la jadinye kalo pisang da marah, makan pisang kulitnye buang merata, mcam pembaca blog ni jugak, eh eh tuan blog ni pon sama jugak sebenarnye...hehe

hehehehehe
Untuk yang gambar ni sandx pon x berapa nak paham sebenarnye, harap korang jgn la report kat mak bapak korang nnt kate sandx ni entah pape pulak...hehe tp ni pisang la ape la korang ni.....hahahhaha 

pssttt : Harap korang enjoy la ye dengan entry sandx yang agak nakal ni wahahhahaha............enjoyzz..







Sunday, March 6, 2011

Bermanja Dengan Kelapa Pada Hujung minggu

Pokok kelapa yang banyak tumbuh di kampung sandx

Fuh Penat rasanya. Hujung minggu begini sandx ingat boleh la berehat, rupenye tidak. Cuti sabtu dan Ahad, sandx gunekan masa ni untuk menolong mak sedare sandx mengupas kelapa. Fuh dengar macam sedap je bunyinya kan, tapi hakikatnye sandx terpaksa mengupas kelapa tua sebanyak hampir 300 biji. Perghh, agaknya ape yang mak sedare sandx nak buat ye? banyak sungguh. Kalau korang nak tahu sudah tentulah kelapa sebanyak tu digunakan untuk majlis perkahwinan akak sedare sandx yang akan dilansungkan 13 mac nanti. Semuanya akan digunakan untuk masakan majlis kenduri tu nanti

Bercakap pasal kelapa, hidup sandx semestinya tak boleh lari dari kelapa. sandx sememangnya amat menggemari kelapa, terutamanya kelapa muda. Bagi  sandx, pokok kelapa adalah antara pokok yang paling banyak fungsinya. Daripada hujung daun sampai la ke batangnya, pokok kelapa amat bermanfaat kepada manusia. fuh ajaib kan pokok ni

Antara Longgokan kelapa

Seperti yang korang lihat dalam gambar tu, itu hanyalah sebahagian longgokan kelapa yang sandx terpaksa kupas. Sebagai anak sedare sandx dengan sukarelanya menolong mak sedare sandx berbuat demikian. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang pulak tolong kita kan. Al-maklumlah sandx pon seperti kebanyakan manusia lain yang ade dekat atas muke bumi ni yang mempunyai naluri untuk berumahtangga. Cuma sandx x de pasangan je lagi hehe.
Alat yang sandx gunakan


Nak mengupas kelapa, korang memerlukan alat seperti gambar disebelah ni. Tak seperti zaman2 dulu, kebanyakan orang mengupas kelapa hanya menggunakan parang. Satu proses yang agak memakan masa dan agak sukar kalau nak dibandingkan dengan alat disebelah ni. Hanya membenamkan matanya ke kelapa dan kemudian kupas la...Kerja pon tak penat, dan korang boleh menyiapkan kerja dalam masa yang agak cepat. Tapi sandx enjoy jugak wat keje macam ni, kurang-kurang keluar lah juga keringat di badan, hehe


Ha seperti gambar yang kengkorang lihat di sebelah ni, ini menunjukkan kegigihan sandx mengupas kelapa. Sandx dah lame tak exercise. Dengan hanya membuat kerja sebegini ianya mampu menguatkan otot tangan dan mampu membuatkan sandx berpeluh. Kira ok la tu. lagi banyak faedah dan manfaatnye. Lebih2 dengan kelapa ni lah akan digunakan untuk membuat masakan untuk kenduri kawin akak sedare sandx nanti. Wah agak berjasa jugak ye sandx ni...hehe

Ni lah hasilnya antara kelapa yang berjaya dikupas. Dikatakan kalau nak bagi kelapa tu tahan lama, biarkan sabut die sedikit, seperti yang korang lihat tu. Banyak manfaat kelapa tua ni, antaranya ia boleh dijadikan santan, minyak kelapa, inti kelapa bagi kuih muih dan banyak lagi malah tempurungnya boleh dibuat kraftangan bagi mereka-mereka yang kreatif, sandx amat kagum dengan ciptaan tuhan yang satu ni, memang amat serbaguna....
Dan hasilnya korang tengoklah sendiri. sakit tangan dibuatnye. Bayangkan hampir 3oo biji kelapa berjaya dikupas oleh tangan sandx sendiri. Kepanatannya tak tergambar dengan kata-kata. sandx memang suka buat kerja-kerja kampung. Disebabkan ianya memang memberikan manfaat besar dan silap2 hobi tu boleh bertukar menjadi duit. Siapa tahu kan, sebab rezki yang tuhan kurniakan tu ada dimana-mana. Tapi berkat kesudian sandx menolong mak sedare sandx, dalam sandx sudah mahu beransur pulang, tiba2 mak sedare sandx memberikan sandx Rm 30.00. sandx memang ikhlas buat kerja dan tak mengharapkan apa2 balasan pon daripada beliau hehe. Tapi kata orang rezki jangan ditolak nanti melepas pulak kan.

Kelapa oh kelapa
Sandx berhasrat ingin membuka perniagaan kelapa secara sambilan suatu hari nanti. Bayangkan sekarang harga santan sudah melambung naik. Bekalan kelapa sentiasa berkurangan. Dan dimana-mana sahaja korang pergi di pelosok malaysia ni memang ada saja tempat yang menjual kelapa muda. Airnya pon sedap dan menjadi kegilaan ramai. Malah sudah ade produk jelly kelapa dan coconut shake yang sememangnya amat sedap dan digemari oleh sandx sendiri.

Bila bisnes dah maju, sandx boleh lah membuka perusahaan sendiri iaitu Sandx Sdn. Bhd. hehe. sandx amat meminati suasana kampung yang aman damai dan banyak tanah yang membolehkan sandx menjalankan kegiatan bercucuk tanam. barang seperti sayur-sayuran tak perlu lagi dibeli dipasar malah sandx boleh menternak ayam kampung. Memang menjadi idaman sandx mendirikan rumah yang mempunyai suasana sedemikian. Tak macam rumah sekarang,pergi depan dan belakang hanya batu dan jalan raya.

Sekian saja dari sandx, mungkin banyak lagi aktiviti di hujung mingguan sandx yang belom ditulis oleh sandx disini. Sandx mempunya banyak hobi dan banyak aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama. Setia bersama sandx, dan sandx akan luangkan masa bercerita untuk korang semua pada masa akan datang....

P/s Lepas ni nak bela monyet, senang kerja. Ade la orang yang boleh tolong panjat dan amik buah kelapa untuk sandx..hehe ops monyet tu menatang bukan orang k...sorryyy..hehe