Thursday, August 4, 2011

Dugaan Dibulan Ramadhan

Assalamaualaikum,

Ramadhan datang lagi, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Nampaknya permulaan menjelmanya Ramadhan tahun ni aku sudahpun diuji dengan pelbagai perkara yang mmg aku x jangka akan berlaku. Rasa serabut pon ada Tapi memandangkan aku tahu mungkin ianya adalah ujian dari tuhan sekalian alam yang menguji keimanan aku, mungkin juga menguji aku sejauh mana kesabaran aku, juga mungkin untuk menghapuskan dosa aku yang tidak terkira menggunung.

Kedatangan Ramadhan aku sambut dengan penuh kesyukuran kerana sekian lama aku tunggu bulan ni, aku harap apa yang aku inginkan apa yang aku hajati dan segala cita-cita aku tercapai. Tiada hijab, tiada penghalang antara doa seorang hamba kepada tuhannya kerana doa seorang hamba kepada tuhannya tiada penghalang dibulan Ramadhan ni.

Rasanya aku pon x tahu ape yang aku merapukan ni, yang penting ambil mood kot. entah lah, kadang2 hati ni kosong je. x pe semangat2 walau aku hidup dalam penuh kepura-puraan. mungkin aku sudah pandai menyembunyikan masalah dan mampu berpura-pura tersenyum dalam hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Harap segala masalah besar yang selama ini terpendam akan selesai hendaknya. aku mahu bebas bagai burung yang terbang bebas kemana sahaja

Ya Allah, ya rabbal Alamin, tetapkanlah iman aku, berilah daku kekuatan, semangat dan janganlah engkau palingkan daku daripada mengingatimu. Aku rela susah kalau itu caranya boleh membuatkan aku sentiasa mengingatimu, aku rela tanggung derita daripada hidup senang dengan penuh kelalaian. Aku rela asalkan kasih dan rahmatmu dapat aku rasakan. Matikanlah aku dalam iman, masukkanlah aku kedalam syurgamu dan jauhilah daku daripada api neraka mu...Amin......
Categories:

1 comment:

  1. Amin.
    Semoga dipermudahkan segalanya.

    Tajuk entri kita hampir sama.

    ReplyDelete