Assalamualaikum kengkorang semua, Dulu sandx Pernah citer kat korang mengenaiKenikmatan Aneka Sirap Yang Pelbagai. Kali ni sandx nak citer pulak mengenai susu. Sebelum tu, sape suka minum susu? angkat tangan... yes nmpaknya pembaca memang malu nak mengaku bahawa mereka sememangnya amat menggemari susu.
Susu Coklat
Kita Manusia dari kumpulan Mamalia sememangnya tidak asing lagi dengan susu ni. Lahirnya manusia atas muka bumi ni pun memang dah diberikan susu sebagai santapan utama dan itulah makanan pertama kita sebelum kita merasa yang lainnya. Bagi sandx bile sandx dah besar sikit, dah jumpa makanan lain yang lebih enak, maka susu sudah dilupakan. Ingat lagi masa dah besar sikit (masa tu masih kanak2) cukup x suka dengan susu tepung. Kengkorang pon sama kan. tapi sandx suka milo, mak ayah sandx bijak mereka campurkan susu tepung kedalam milo masa bebudak dulu. Masa tu umur dalam 4 tahun kot.
Susu
Erm Mungkin susu tepung sudah menjadi sesuatu yang amat muak bagi sandx. Tapi zaman sekarang ni dah ada bermacam jenama susu dengan perisa yang pelbagai dah dikeluarkan di pasaran. Semua tu x lain x bukan nak memupuk bebudak yang tengah nak membesar ni supaya minum susu, al-maklumlah kita kan perlukan Kalsium untuk tumbesaran dan kekuatan tulang. Lagipun susu yang berperisa ni amat enak dan sedap.
Susu Jagung
Pelbagai jenis perisa susu sudah berada di pasaran contohnya macam susu coklat, strawberry, jagung dan oren. Pergh memang sedap. Bagi sandx, sandx sukakan kesemuanya selagi ia bernama susu dan berperisa. Semenjak mempelajari matapelajaran sains dan Biology di sekolah menengah dulu, perasaan Cinta sandx terhadap susu semakin menebal. Bila kita belajar, kita tahu kebaikan susu dan penyakit yang bakal menjelma jika kekurangan kalsium. Dan sejak itu sandx rembat je ape jenis susu tak kiralah susu kambing ke, susu tepung ke, janji susu hehe.
Susu Strawberry
Seperti susu kambing difahamkan ianya lebih baik daripada susu lembu dan ade keenakannya tersendiri. Sandx dah biasa dah bancuh milo gune susu tepung or susu kambing, memang best lah. Kalo korang nak rasa silakanlah, sandx amat recommend kat korang. Bagi sandx ianya lebih baik daripada bancuh milo menggunakan susu pekat manis yang kadang2 memang x elok untuk kesihatan.
Difahamkan juga, susu berperisa ni agak tidak bagus lah juga sebab bagi sandx ianya x pure. Sandx ada baca satu article mengenai susu berperisa ni, katanya ianya x bagus untuk bayi sebab mengandungi bahan kimia tertentu hingga menyebabkan bayi batuk berkahak. Sekarang pon susu tepung pon ada yang berperisa. kepada ibu-ibu diluar sana, berilah anak anda susu original. Dalam Islam pon ada ajar menyusu badan hingga anak berusia dua tahun dan itulah yang sebaiknya.
Kaki sandx pernah patah dulu, so susulah yang menjadi santapan utama, yang memang sandx amalkan ialah susu tepung. So sekarang kaki dah pulih Alhamdulillah. Paling bagus korang pergilah perah susu lembu dari lembu tu sendiri. Mak datuk, tu pure habis tuh, original terbaeek dari ladang haha. Dan mana lah tau kan bila korang dah terlampau cintakan susu, korang merancang untuk membuka perniagaan susu sendiri dan membuka kilang memproses susu atau menternak lembu susu. Untung jugak sandx rasa.
P/s : Rajin2 lah minum susu yerk, kat kedai ade jual susu kotak, full cream n low cream tibai aje semua...terbaekk belaka...
Assalamualaikum, ehem ehem, maaf sbb sandx lama x update blog. Disebabkan kebusy'an yang teramat sangat. Dalam busy2 tu tangan ni tetap terasa gatal-gatal untuk menulis blog. Rasa hidup x lengkap bila x tulis blog. Thanks kepada sesiapa yg dah baca entry sandx yang sebelum ni iaitu mengenai Suka Duka Alam Percintaan yang mendapat maklum balas yang agak baik daripada pembaca. Kali ni sandx akan cuba membalas komen bernas kengkorang semua..yuhuuu.
Kali ni Sandx nak bercerita mengenai pacat Pulak. Alahai ade ke orang menternak pacat? macam kelakar la pulak kan. Tapi bagi sandx ianya bukan sesuatu yang mustahil. Dulu masa kecik2 main kat parit, sauk ikan dapat lintah, eeeeyeekkk mase tu geli geleman pon ade, orang nak ikan tp lintah pulak yang dapat. Sekarang sedar x sedar menatang tu orang sebok dok meniaga. Eeh boleh jadi kaya raya pulak tu
Zaman ni menternak haiwan atau menatang yang pelik2 sudah menjadi sesuatu yang x pelik lagi. Mungkin zaman akan datang ada orang ternak semut, kerengga, berudu atau pacat haha mana la tau kan. Sebut je pacat, semua orang geli dan takut especially girl, alahai bukan main takut die.
Lintah
Kalo korang nak tau Lintah n Pacat ni adik beradik je sebenarnya. Yang menjadi perbezaannya, lintah hidup di air dan pacat pulak hidup di darat. Diorang ni asal dari keluarga yang sama iaitu filum annelida dari kelas hirudinea. Sandx pon x bape paham jugak istilah sains ni. Tapi Ikut je la kan, dah namanya cegitu nak wat camne kan.
Yang penting jangan korang gelakkan sandx pulak. " karut je mamat sandx ni, ade ke ternak pacat". Ehem2, kalo korang flashback balik zaman sekitar 80 n 90 an dulu kene gelak dek orang je bile dengar ada orang nak ternak cacing dan lintah. Tapi cuba korang perhatikan, kaya diorang beb, dan dah jadi sesuatu yang tak pelik lagi malah boleh jadikan pendapatan sampingan. Mana lah tau kan zaman akan datang ade orang wat kajian tentang pacat pastu jumpa formula baru dalam perubatan n sebagainya. Sekarang orang sebok dok cari cicak Gecko. Pelik kan, tapi x mustahil pon. Macam cacing tu, baja die sekali jual, berapa dah untung tu, subur jugak tanaman kengkorang tu.
Yang menjadi Masaalahnya sekarang, boleh ke ternak pacat? apa hukum dari segi agama? Kalaulah boleh, sanggup ke korang? :
1. Mencari Benih di hutan-hutan, sebab sekarang masih belum lg ada pembekal.
2. Membina Hutan tiruan, sebab habitat pacat yang hensem tu ialah daun kayu kehijauan.
3. Sediakan kambing untuk hidangan kerana belut bukan makanannya di daratan.
4. Menuai hasilnya nanti kerana terpaksa kutip di celahan daun, silap2 darah korang yang mnjadi taruhan.
5. Luangkan masa 24 jam, sebab pacat ni macam korang jugak, x reti nak duduk diam..hehe
6. Menjaja pacat di pasar malam, kerana belum lgi ada permintaan.
Ni Lintah ni
Kalo sanggup buat la, sandx pon dah jemu ngan pacat2 ni..hehe asyik kene gigit ngan die je, kalo Cun x pe jugak, ni kembang kecut kembang kecut, ase nak lempang pon ade...hehehehe... tapi kan andaikata ianya mendapat permintaan satu hari nnt, pasti ada yang sanggup, asalkan dapat $$$$$ kan...Tapi kalo ade yang nak beli pacat korang tu pon, mungkin rancangan Fear Factor tu je kot...wahahhaha
P/s : korang ada angan2 nak ternak menatang pelik2 ke selain pacat? Sandx pasti rumah korang mesti banyak ternak tikus, lipas dan nyamuk kan...hehehe.
Assalamualaikum. Kali ni sandx postkan entry tentang cinta. Pastinya naluri semulajadi manusia memerlukan cinta. Hatta kita sendiri dilahirkan ke dunia ni kerana cinta dan kasih sayang. Lihat sajalah dunia, dimana sahaja kita berada pasti ada cinta. Bercakap tentang cinta, pasti kebanyakan dari kita pernah melalui saat2 bercinta samada suka dan duka. Sandx sendiri pernah menempuh alam percintaan yang penuh ranjau dan onak duri.
Bila sebut tentang cinta, Pastinya dalam kepala masing-masing terbayangkan saat2 bahagia bersama pasangan yang dicintai. Tak kurang juga yang sibuk mencari pasangan hidup masing2. Al-maklumlah x best hidup single kononnye. bila bercinta semuanya rasa sedap, semua sebok memikirkan tentang alam perkahwinan dan jumlah anak yang bakal mereka perolehi sedangkan apa yang sandx tengok kebanyakannya monyet2 belaka, bergayut pada dahan yang rapuh dan akhirnya patah. Disangka Bahagia hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Basah kuyup dalam kedukaan.
Sandx juga tidap terlepas dari menempuh alam percintaan, bahagia, suka, duka sengsara, gembira, semuanya kerana cinta. Mungkin silap diri sendiri yang terlalu memberikan sepenuh cinta kepada yang dicintai hingga diri merana kecewa kerana cinta. Walau apapun sandx tetap tabah, bukan senang untuk melupakan orang yang kita cintai. Seumur hidup belum tentu kita dapat melupakan. Tapi sandx cukup beruntung punyai kawan dan juga sahabat yang benar-benar memahami dan memotivasikan sandx. Diri rasa, tidak ada gunanya bercinta sekadar untuk kecewa. Ya benar, Keadaan sandx sekarang dan Alam perkahwinan amatlah jauh. Andai kata bercinta kini, pastinya sandx akan menempuhi segala dugaan yang menyakitkan sepanjang alam percintaan malah hingga berasa jemu. Biarlah bercinta selepas alam perkahwinan, sbb ianya lebih manis ( tengok2 lepas ni sandx bercinta, haram betol hahahah)
Ya tidak dinafikan manusia memiliki naluri semulajadi untuk bercinta, namun tetap ada batasannya. Jangan lah sbb cinta kengkorang gadaikan segalanya. Berbaloikah kita memberikan segalanya kepada pasangan yang belum pasti menjadi milik kita?
Tak kurang juga yang merana kerana cinta. Ramai antara kita sengsara kerana cintanya dikhianati, ditipu dan dicurangi pasangan semasa bercinta. Masa tu, ya tuhan betapa seksanya apa yang kita rasa. Kerana ada yang mengatakan bahawa pasangan cinta itu adalah sebahagian daripada diri kita. Retak dan hancurnya hati kita, hanya kita yang merasakannya. Luka di tangan nampak berdarah luka dihati tidak siapa yang tahu, jauh sekali untuk mengerti apa yang kita rasa. Kita perlukan kekuatan, kita perlukan insan yang boleh membimbing kita supaya tidak hanyut dan terus hanyut dalam arus kedukaan.
Ya, siapa yang mampu menahan air mata daripada berguguran pabila kehilangan orang yang kita cintai. Terkadang cinta terhalang oleh keluarga yang tidak merestui perhubungan kita dan bermacam lagi. Hatta si lelaki yang keras hati untuk menangis begitu mudah mengalirkan air matanya kerana cinta. Ada juga yang kehilangan pasangan mereka kerana tuhan lebih menyayanginya, dijemput menghadap tuhan yang maha esa. Asam garam dalam kehidupan. Percayalah setiap dari kita telah tertulis dalam suratan hidupnya, pasangan hidup masing2 yang diciptakan untuk kita. Hanya masa sahaja yang belum tiba. Sampai waktunya dia adalah milik kita. Siapa? Wallahu Alam. Pastinya pasangan yang terbaik untuk kita yang telah tuhan tentukan.
Sandx juga merasakan apa yang watak dalam gambar tu rasa, ya hidup sunyi walaupun ramai kawan. Rasa kita perlukan sesuatu sebagai teman. Bayangkan selama ini kita punya kekasih hati, henset x pernah x berbunyi, tak pernah sunyi daripada menerima msj dan bisikan manja dari orang yang kita cintai, namun pabila kita kehilangannya, kita terasa satu kekosongan yang besar dalam hati kita, terasa diri kita terlalu sunyi, setiap ayat, bisikan mnja dan kata-katanya adalah sesuatu yang kita rindui. Kesunyian juga satu seksaan, so isilah masa lapang dan sunyi korang tu dengan sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan. sedikit sebanyak dapat mengalih perhatian diri kita yang sedang kesunyian.
Apa yang kita lalui adalah satu ujian untuk kita. Ya terkadang tuhan uji kita dengan kesusahan, terkadang tuhan uji kita dengan kesenangan dan terkadang juga tuhan uji kita dengan percintaan. Kita diuji, sejauh mana ketaatan dan kepatuhan seorang hamba itu dalam menghadapi ujian daripada tuhan yang esa. Jangan lah kerana cinta yang mati ditengah jalan kita juga mematikan diri kita. Apakah itu berbaloi untuk kita?? Sekarang banyak kes makhluk yang bernama manusia mati bunuh diri akibat putus cinta. Dimanakah akal yang Allah kurniakan kepada kita? Dimanakah Iman dan ketakwaan yang menjadi benteng dalam hidup kita? Hingga mudah benar bagi mereka mengakhiri riwayat mereka dengan begitu sahaja. Banyak juga cubaan bunuh diri yang terjadi namun berjaya dipatahkan. Untuk apa kita sakitkan diri dan untuk apa kita campakkan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya semata-mata kerana pasangan yang mcm haprak??
Si pembunuh diri tidak sedar bahawa alam kematian yang akan dilaluinya akan jauh lebih sukar dan sengsara daripada alam dunia yang ditempuhinya sekarang. hebat mana sangat Ujian yang kita lalui berbanding ujian para nabi dan umat terdahulu. Ya lah, bukannya apa, kita ada agama dan agama itu pegangan dan cara hidup kita. Ya sandx faham betapa hidup kita tidak bermakna bila kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi. Betapa peritnya, betapa seksanya hari-hari yang kita lalui tanpa orang yang pernah membahagiakan kita, kerna dia adalah sebahagian daripada hidup kita. Yang pasti, carilah orang yang boleh membimbing kita saat kita kecewa, dekatkan diri kita kepada tuhan, itu saja caranya. kerana tuhan yang menciptakan segalanya, maka penawar adalah darinya juga,
Sandx bukannya ustaz mahupun ulamak. sandx hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan juga. Sandx hanya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian artikel ni, sebab ramai kawan sandx yang hilang pedoman akibat putus cinta. Tak kiralah lelaki mahupun wanita. Kebanyakannya banyak berubah selepas putus cinta. Menjadi manusia yang semakin rosak dan merosakkan. Daripada Tidak merokok kepada merokok. Dripada orang yang menjaga perasaan orang lain kepada orang yang banyak mempermainkan perasaan orang lain, dan bnyak lagi. Kembalilah pada agama, itulah nasihat sandx.
Sandx menghabiskan masa untuk menyiapkan gambar yang di'edit diatas tu hanya untuk tatapan pembaca sekalian dan sandx nak share satu Video Clip untuk kengkorang semua. Jiwang x jiwang la, sandx sukakan video ni, walaupun sandx sebenarnya bukan si peminat cerita Korea pon, hehe.. video ni dah berulat dah pon sebab video ni masa sandx masih bersekolah dulu,...... jom tengok.
P/s : Kalaulah korang ditempat perempuan tu, apakah korang sanggup untuk jadikan lelaki tu sebagai teman hidup? walaupun die buta??? Die dah korbankan segalanya untuk korang, apakah korang sanggup jadikan die sebagai teman hidup?? nak tau jugak jawapan korang..hehehe
Kisah hidup aku sebagai sandx yang unik, dari sandx aku berubah menjadi ape yg aku impikan selama ini. Sandx membentuk apa sahaja. Dalam kehalusan sandx tu ade kerasnya.