Panasnya cuaca hari ni. Ni kalau dapat minum air sirap macam entry sandx yang sebelum ni, alangkah bestnya. Then masa panas macam ni la paling x best dan membuatkan kita semua berasa tidak selesa. Erm berbalik kepada topik. "rotan dan kenangan".
 |
| rotan yang menjalar |
Idea untuk entry ni tercetus time sandx pergi menebas semak di kebun pak sedara sandx. Biasalah musim cuti begini sandx akan buat sesuatu untuk mendapatkan duit poket. Salah satu cara yang paling cepat ialah dengan menebas kebun. Bayarannye pon lumayan kalau korang nak tau, ada la mencecah ratusan ringgit. Masa sedang2 merehatkan diri diatas muka bumi yang panas ni, tiba2 sandx terpandang akan pokok rotan yang menjalar dikawasan kebun tu. Bnyak!. Serius boleyh jual lg tu.
 |
| Pokok rotan |
Masa tu sandx lepak2 la sekejap bertemankan tiupan angin sepoi2 bahasa. Alahai syahdunya, tenang dan aman. Suasana macam ni susah nak dapat dekat kesibukan bandar2 diluar sana. Rasanya tangan sandx mula dah gatal dan x leh nak duduk diam bila terpandang akan pokok rotan tu. Rasa nak pergi tebang je, nak bawak balik. Masa tu sandx seorang diri saja dalam kebun tu. Fikiran masa tu mudah sangat melayang untuk melayari angan2 mat jenin. hehe
 |
| ni la duri rotan, aww sakit |
Niat dihati nak menebang pokok rotan tu. Sebab dalam kepala terfikir, boleyh jugak aku buat kraftangan. Dalam nak menebang tu, toksah cakap la tangan terluka akibat duri pokok rotan tu,haha perkara biasa la tu. masa ni lah fikiran menerawang jauh terkenang zaman budak2 dulu. Masa tu sandx dengan abah sandx ke kebun atok sandx. Nak tau?, masa tu sandx jumpe pokok rotan. Tapi masa tu x tau lagi tu pokok apa. Biasalah budak-budak kan. Sandx tanya lah abah sandx, "pokok apa tu abah?". Jawabnya pokok rotan hehe. Alamak!!. masa tu dalam kepala, rotan ni satu kegunaan je. Untuk melibas buntut bebudak yang nakal macam sandx ni.hehe
 |
| Kulit rotan yang siap dikupas |
Abah sandx pernah potong pokok tu bawak balik, n tau2 la kan, sandx la jd mangsa libasan rotan tu. ceh...haha tu la tanya lagi pokok apa. Mungkin masa tu abah sandx kehilangan rotan kot. Al-maklumlah sandx ni "
Anti" sikit dengan rotan ni. Pantang ada peluang, masa tu la sandx sorokkan rotan dekat rumah tu...hehe tercari2 la jugak abah sandx akan rotan kepunyaannya tu. Pernah jugak sandx bengang sangat sebab kene rotan dengan abah, masa tu sandx sorok dan hancurkan rotan tu. Punyalah anti sangat dengan rotan tu sampai gitu sekali.
 |
| Peralatan semasa menebas. |
Tapi bila dah besar ni sandx sukakan rotan tu sebab ianya unik dan pelbagai kegunaan. Bila dah besar sikit baru sandx tau yang Rotan ni ada nilainya. Orang gunakan ianya untuk membuat perabot dan kraftangan. Sandx sendiri gunakan rotan untuk berlatih Silat. Dengan rotan juga kita boleh dapat pendapatan sampingan. Dan ianya dapat mengubah tanggapan sandx masa kecik dulu yang hanya tau rotan ni sebagai musuh peribadi saja hehe.
 |
| rotan muda |
Tapi bila fikir balik, dengan rotan tu lah sandx jadi manusia pada hari ini. Kerana rotan tu lah, sandx sayang kan kedua orang tua sandx yang dah berjaya didik sandx sampai jadi manusia yang berguna, tau baik dan buruk. Bagi sandx, rotan ni sangat tinggi nilainya dari semua aspek. Bisanya dek rotan membuatkan anak2 beringat dan x kan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan. Tapi sayang, ramai anak2 hari ini dimanjakan dan rotan bukan lagi sebagai pendidik. Tapi hanya sebagai perabut yang menghiasi ruangan rumah sahaja.
P/s : rotan oh rotan....hehehe sandx bawak balik ke rumah dalam 3 batang cegitu. Memang jauh fikiran melayang masa menebang rotan tu. korang ada pengalaman dirotan ke?? hehe