Monday, June 6, 2011

Keenakan Susu Dalam Perisa Yang Pelbagai


Assalamualaikum kengkorang semua, Dulu sandx Pernah citer kat korang mengenai Kenikmatan Aneka Sirap Yang Pelbagai. Kali ni sandx nak citer pulak mengenai susu. Sebelum tu, sape suka minum susu? angkat tangan... yes nmpaknya pembaca memang malu nak mengaku bahawa mereka sememangnya amat menggemari susu.

Susu Coklat
Kita Manusia dari kumpulan Mamalia sememangnya tidak asing lagi dengan susu ni. Lahirnya manusia atas muka bumi ni pun memang dah diberikan susu sebagai santapan utama dan itulah makanan pertama kita sebelum kita merasa yang lainnya. Bagi sandx bile sandx dah besar sikit, dah jumpa makanan lain yang lebih enak, maka susu sudah dilupakan. Ingat lagi masa dah besar sikit (masa tu masih kanak2) cukup x suka dengan susu tepung. Kengkorang pon sama kan. tapi sandx suka milo, mak ayah sandx bijak mereka campurkan susu tepung kedalam milo masa bebudak dulu. Masa tu umur dalam 4 tahun kot.

Susu 
Erm Mungkin susu tepung sudah menjadi sesuatu yang amat muak bagi sandx. Tapi zaman sekarang ni dah ada bermacam jenama susu dengan perisa yang pelbagai dah dikeluarkan di pasaran. Semua tu x lain x bukan nak memupuk bebudak yang tengah nak membesar ni supaya minum susu, al-maklumlah kita kan perlukan Kalsium untuk tumbesaran dan kekuatan tulang. Lagipun susu yang berperisa ni amat enak dan sedap.

Susu Jagung
Pelbagai jenis perisa susu sudah berada di pasaran contohnya macam susu coklat, strawberry, jagung dan oren. Pergh memang sedap. Bagi sandx, sandx sukakan kesemuanya selagi ia bernama susu dan berperisa. Semenjak mempelajari matapelajaran sains dan Biology di sekolah menengah dulu, perasaan Cinta sandx terhadap susu semakin menebal. Bila kita belajar, kita tahu kebaikan susu dan penyakit yang bakal menjelma jika kekurangan kalsium. Dan sejak itu sandx rembat je ape jenis susu tak kiralah susu kambing ke, susu tepung ke, janji susu hehe.

Susu Strawberry
Seperti susu kambing difahamkan ianya lebih baik daripada susu lembu dan ade keenakannya tersendiri. Sandx dah biasa dah bancuh milo gune susu tepung or susu kambing, memang best lah. Kalo korang nak rasa silakanlah, sandx amat recommend kat korang. Bagi sandx ianya lebih baik daripada bancuh milo menggunakan susu pekat manis yang kadang2 memang x elok untuk kesihatan.

Difahamkan juga, susu berperisa ni agak tidak bagus lah juga sebab bagi sandx ianya x pure. Sandx ada baca satu article mengenai susu berperisa ni, katanya ianya x bagus untuk bayi sebab mengandungi bahan kimia tertentu hingga menyebabkan bayi batuk berkahak. Sekarang pon susu tepung pon ada yang berperisa. kepada ibu-ibu diluar sana, berilah anak anda susu original. Dalam Islam pon ada ajar menyusu badan hingga anak berusia dua tahun dan itulah yang sebaiknya. 

Kaki sandx pernah patah dulu, so susulah yang menjadi santapan utama, yang memang sandx amalkan ialah susu tepung. So sekarang kaki dah pulih Alhamdulillah. Paling bagus korang pergilah perah susu lembu dari lembu tu sendiri. Mak datuk, tu pure habis tuh, original terbaeek dari ladang haha. Dan mana lah tau kan bila korang dah terlampau cintakan susu, korang merancang untuk membuka perniagaan susu sendiri dan membuka kilang memproses susu atau menternak lembu susu. Untung jugak sandx rasa.

P/s : Rajin2 lah minum susu yerk, kat kedai ade jual susu kotak, full cream n low cream tibai aje semua...terbaekk belaka...

39 comments:

  1. susu susu - macam2 jenis perisa ade , stawberi , coklat , jagung , semestinya brkhasiat . HHE

    ReplyDelete
  2. pilih2....mcm2 perisa ada.susu?xsuka pn kna minum..haha

    ReplyDelete
  3. wan pon nak angkat tangan sebab suka susu sejak kecik.dulu masa baby wan minum susu dumex.dah besar ni jrg minum susu.kalau minum pon yg dalam kotak je.susu dutch ladyhoh.tu pon susu dah campur strawberi coklat.huhu

    ReplyDelete
  4. Cik Kacak
    : nak kacak kena minum susu taw

    Cik Aisha
    :minum jerk, mmg bagus

    Rozuan
    : pergh terbaik la bro... mmg susu ni sedap semuanya

    ReplyDelete
  5. sy mmg tibai jek asalkan sedap sudah..=)

    ReplyDelete
  6. Pijahh' de-Arr
    : betul tu, asalkan halal dan sedap diminum kan

    ReplyDelete
  7. sedaaaaaaaaapnyaaa..susu strawberry :)

    ReplyDelete
  8. eee susu :p

    wan, dini tak suke susu. tak tau la nak kata. mase kecik2 dlu pun mama dini kata dini tak suka sangat minum susu. air mesti lebih daripada susu. dah besar ni makan koko krunch pakai la susu. paling tidak un minum teh ais or milo ais. yg tu jela yg ade susu. tp ade org kata susu tin tu tak elok.

    ReplyDelete
  9. bes kot susu..tp dh lama xminum susu saja..kecik2 dulu suka ratah jer susu tepung tue..he

    ReplyDelete
  10. wah..ni mesti minat minum susu ni..hihi...
    :)

    cik Am pun minat gk..

    cik Am follow wan ye...:)
    http://amniey91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. minum susu every day...
    best2..x payah taruk gula pun..heee

    ReplyDelete
  12. susu anlene paling tak sedap. hoho

    ReplyDelete
  13. waaa.. saya bukan pengemar susulah.

    eshh siyes ke sedap susu ni..? hehe

    ReplyDelete
  14. bestnya susu!!especially susu coklat...
    hana memang penggemar susu,sekarang duk amal minum susu kambing yg fresh plak..baik utk kulit...hehehe

    ReplyDelete
  15. majoriti suka susu coklat . .
    tp saya suka susu pekat manis . haha , baik utk kesihatan ? Kahkahkah

    [are-in]

    ReplyDelete
  16. chocolate milkshake satooo!! haha :D

    ReplyDelete
  17. love susu but not real susu segar, yg ori la mksudnya.boleh muntah T___T

    ReplyDelete
  18. susu kalau berperisa bukan susu lagi..

    Sila lawat: Kaoshilogy

    ReplyDelete
  19. wan, dini deactivate facebook dah :(

    ReplyDelete
  20. bace entry ni..ttbe je rase nk gi kedai beli susu strawberry

    ReplyDelete
  21. apa aapa pun susu full cream amat sedap :)

    ReplyDelete
  22. susu Dutch Lady coklat sedaaap! xmo brand lain.. kekekeke..

    ReplyDelete
  23. cik suka susu HL..susu kmbing lebih baik?lpas ni nak bela kmbing la..hhihi

    ReplyDelete
  24. YEAH!! suke susu gak...nanti saya tunjuk kat sanx ..susu apa yg saya suke kat jakarta nih...^^ in the next entry...

    ReplyDelete
  25. sedapnya..
    tapi fae tak suka susu...
    huhu

    ReplyDelete
  26. wooo ...yummy....milk, chocolate

    ReplyDelete
  27. bnyknye yg komen hehe..hye..
    emm susu memg bagus untuk tulang kan..tp law x minat minum susu cne nk pulihkan tulang??
    sy kurang suke pure susu huhu..
    boleh pulih cepat ke tulang kite eh gan minum susu..

    ReplyDelete
  28. MAISHARAH
    eeh boleh pulih ape, dgn susu tu, kalsium n vitamin D adik beradik, so dua2 tu diperlukan untuk kekuatan tulang

    ReplyDelete
  29. first time Cik Semut datang sini... best jugak entry ko i Sandx... aku follow ko skali lah...
    entry ni tingat aku kt hari susu sedunia... kalsiummm!!!!

    ReplyDelete
  30. suka susu asli.. x suka susu coklat or len2.. huhu

    ReplyDelete
  31. hehe, lama dah tak minum susu~ sedap nyeee

    ReplyDelete