Assalamualaikum Sandx ucapkan pembaca blog sekalian. Wow agak hangat dan pelik ye topik entry sandx kali ni? tolong makan aku? makan diri sandx ke?? hehe oh noo, saya x boleh dimakan lebih2 lagi makan seorang manusia tu jelas haramnye hehe. Memandangkan Ramadhan menjelma lagi kali ni, sandx ada sedikit pandangan la menjelangnya ramadhan ni jom santai2 baca entry ni.
Sebelum tu, selamat berpuasa kepada pembaca blog ni. Puasa jangan x puasa tau Bukannya apa, time bulan puasa ni la ramai yang diserang gastrik secara mengejut. katanya x boleh puasa, eeh? sebelum ni sihat je kan x pernah sakit pon. tu lah alasan bagi insan yang malas berpuasa, lagipun korang kena ganti jugak puasa tu tapi bezanya pahala x sama la kan macam pahala di bulan ramadhan ni.
Berbalik kepada tajuk entry, "tolonglah makan saya" kata Encik nasi, mee goreng, murtabak, atau kuih muih yang korang beli tu. Sandx sendiri kesian tau tengok nasik-nasik dan kuih-kuih tu, bukannya apa bulan puasa memang lah puasa tapi time nak membeli makanan kat bazar tu, mak ai tak cukup tangan nak pegang makanan last-last time berbuka, tak abis jugak kesemuanya dimakan, kalau bagi kucing tak pe lah jugak ni membazir buang dalam tong sampah macam tu je . Begitulah pujukan nafsu yang kelaparan dalam diri kita tu, yang kesian makanan tu, habis busuk dan basi sebab tak makan, maka menangislah mereka dipinggirkan yang dosa sapa? kita juga. Tepuk dada tanyalah nasi tu..hehhee
Bebulan puasa ni manusia memang la puasa, siang kelaparan ibarat kebuluran sepuluh hari tak makan tapi di malam hari kekenyangan bagai sepuluh hari makan tanpa henti. sebenarnya sandx pon macam tu, sebab tu la sandx tulis entry ni sebab nak ingatkan kepada diri sendiri n pembaca blog ni jugak.hehe\
Kebanyakan dari kita ni puasa lapar dan dahaga sahaja, tapi lidah,telinga, dan mulut dan lain2 pancaindera yang ada tak puasa pon. Kita gagal mendidik diri kita supaya beribadah sepenuhnya dibulan ramadhan ni. Banyak ganjaran kan. Masa ni la kita nak didik diri kita agak menjadi insan yang lebih baik. Cuba kita lihat siapa diri kita, sebelum ni kita hanya menyalah kan encik syaitan yang menghasut kita ke arah kejahatan dan pembaziran tapi cuba kita lihat mengapa ianya masih berlaku? ianya adalah disebabkan nafsu kita, kita tak dapat menundukkan nafsu kita, itulah kenapa sebabnya kita masih sama seperti sebelum ramadhan

Cuba kita lihat di negara lain betapa mereka kekurangan sumber makanan untuk dimakan dan hinggakan nasi yang terjatuh diatas lantai sanggup mereka kutip demi untuk mengalas perut mereka. Jika nak dibandingkan di negara kita. Kita hidup terlampau mewah, dimana-mana sahaja ada makanan. Nak makan apa2 je, tuhan masih berikan kita rezki. Selepas sembahyang tarawih pon masih lagi disediakan makanan moreh untuk kita. Kita beruntung sebenarnya.
Akhir kata dari sandx, makanlah ikut keperluan tapi bukan mengikut hawa nafsu. Elakkan pembaziran jika ada yang berlebihan berilah kepada rakan anda atau mereka yang memerlukan. Ianya adalah satu ibadah di bulan puasa ni. Usah biarkan makanan anda menangis sayu dan merayu-rayu meminta untuk dimakan...okey... :)
P/s : Kepada yang malas puasa tu, ajarlah diri tu berpuasa, setahun sekali je, Kemenangan bagi orang yang berpuasa adalah apabila ianya berjaya menyempurnakan Rukun Islam Ke-Empat dengan sempurna di situlah nikmat dan kepuasannya akan kita rasa.