Sunday, May 29, 2011

Suka Duka Alam Percintaan


Assalamualaikum. Kali ni sandx postkan entry tentang cinta. Pastinya naluri semulajadi manusia memerlukan cinta. Hatta kita sendiri dilahirkan ke dunia ni kerana cinta dan kasih sayang. Lihat sajalah dunia, dimana sahaja kita berada pasti ada cinta. Bercakap tentang cinta, pasti kebanyakan dari kita pernah melalui saat2 bercinta samada suka dan duka. Sandx sendiri pernah menempuh alam percintaan yang penuh ranjau dan onak duri.

Bila sebut tentang cinta, Pastinya dalam kepala masing-masing terbayangkan saat2 bahagia bersama pasangan yang dicintai. Tak kurang juga yang sibuk mencari pasangan hidup masing2. Al-maklumlah x best hidup single kononnye. bila bercinta semuanya rasa sedap, semua sebok memikirkan tentang alam perkahwinan dan jumlah anak yang bakal mereka perolehi sedangkan apa yang sandx tengok kebanyakannya monyet2 belaka, bergayut pada dahan yang rapuh dan akhirnya patah. Disangka Bahagia hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Basah kuyup dalam kedukaan.


Sandx juga tidap terlepas dari menempuh alam percintaan, bahagia, suka, duka sengsara, gembira, semuanya kerana cinta. Mungkin silap diri sendiri yang terlalu memberikan sepenuh cinta kepada yang dicintai hingga diri merana kecewa kerana cinta. Walau apapun sandx tetap tabah, bukan senang untuk melupakan orang yang kita cintai. Seumur hidup belum tentu kita dapat melupakan. Tapi sandx cukup beruntung punyai kawan dan juga sahabat yang benar-benar memahami dan memotivasikan sandx. Diri rasa, tidak ada gunanya bercinta sekadar untuk kecewa. Ya benar, Keadaan sandx sekarang dan Alam perkahwinan amatlah jauh. Andai kata bercinta kini, pastinya sandx akan menempuhi segala dugaan yang menyakitkan sepanjang alam percintaan malah hingga berasa jemu. Biarlah bercinta selepas alam perkahwinan, sbb ianya lebih manis ( tengok2 lepas ni sandx bercinta, haram betol hahahah)

Ya tidak dinafikan manusia memiliki naluri semulajadi untuk bercinta, namun tetap ada batasannya. Jangan lah sbb cinta kengkorang gadaikan segalanya. Berbaloikah kita memberikan segalanya kepada pasangan yang belum pasti menjadi milik kita?


Tak kurang juga yang merana kerana cinta. Ramai antara kita sengsara kerana cintanya dikhianati, ditipu dan dicurangi pasangan semasa bercinta. Masa tu, ya tuhan betapa seksanya apa yang kita rasa. Kerana ada yang mengatakan bahawa pasangan cinta itu adalah sebahagian daripada diri kita. Retak dan hancurnya hati kita, hanya kita yang merasakannya. Luka di tangan nampak berdarah luka dihati tidak siapa yang tahu, jauh sekali untuk mengerti apa yang kita rasa. Kita perlukan kekuatan, kita perlukan insan yang boleh membimbing kita supaya tidak hanyut dan terus hanyut dalam arus kedukaan.


Ya, siapa yang mampu menahan air mata daripada berguguran pabila kehilangan orang yang kita cintai. Terkadang cinta terhalang oleh keluarga yang tidak merestui perhubungan kita dan bermacam lagi. Hatta si lelaki yang keras hati untuk menangis begitu mudah mengalirkan air matanya kerana cinta. Ada juga yang kehilangan pasangan mereka kerana tuhan lebih menyayanginya, dijemput menghadap tuhan yang maha esa. Asam garam dalam kehidupan. Percayalah setiap dari kita telah tertulis dalam suratan hidupnya, pasangan hidup masing2 yang diciptakan untuk kita. Hanya masa sahaja yang belum tiba. Sampai waktunya dia adalah milik kita. Siapa? Wallahu Alam. Pastinya pasangan yang terbaik untuk kita yang telah tuhan tentukan.


Sandx juga merasakan apa yang watak dalam gambar tu rasa, ya hidup sunyi walaupun ramai kawan. Rasa kita perlukan sesuatu sebagai teman. Bayangkan selama ini kita punya kekasih hati, henset x pernah x berbunyi, tak pernah sunyi daripada menerima msj dan bisikan manja dari orang yang kita cintai, namun pabila kita kehilangannya, kita terasa satu kekosongan yang besar dalam hati kita, terasa diri kita terlalu sunyi, setiap ayat, bisikan mnja dan kata-katanya adalah sesuatu yang kita rindui. Kesunyian juga satu seksaan, so isilah masa lapang dan sunyi korang tu dengan sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan. sedikit sebanyak dapat mengalih perhatian diri kita yang sedang kesunyian.



Apa yang kita lalui adalah satu ujian untuk kita. Ya terkadang tuhan uji kita dengan kesusahan, terkadang tuhan uji kita dengan kesenangan dan terkadang juga tuhan uji kita dengan percintaan. Kita diuji, sejauh mana ketaatan dan kepatuhan seorang hamba itu dalam menghadapi ujian daripada tuhan yang esa. Jangan lah kerana cinta yang mati ditengah jalan kita juga mematikan diri kita. Apakah itu berbaloi untuk kita?? Sekarang banyak kes makhluk yang bernama manusia mati bunuh diri akibat putus cinta. Dimanakah akal yang Allah kurniakan kepada kita? Dimanakah Iman dan ketakwaan yang menjadi benteng dalam hidup kita? Hingga mudah benar bagi mereka mengakhiri riwayat mereka dengan begitu sahaja. Banyak juga cubaan bunuh diri yang terjadi namun berjaya dipatahkan. Untuk apa kita sakitkan diri dan untuk apa kita campakkan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya semata-mata kerana pasangan yang mcm haprak??

Si pembunuh diri tidak sedar bahawa alam kematian yang akan dilaluinya akan jauh lebih sukar dan sengsara daripada alam dunia yang ditempuhinya sekarang. hebat mana sangat Ujian yang kita lalui berbanding ujian para nabi dan umat terdahulu. Ya lah, bukannya apa, kita ada agama dan agama itu pegangan dan cara hidup kita. Ya sandx faham betapa hidup kita tidak bermakna bila kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi. Betapa peritnya, betapa seksanya hari-hari yang kita lalui tanpa orang yang pernah membahagiakan kita, kerna dia adalah sebahagian daripada hidup kita. Yang pasti, carilah orang yang boleh membimbing kita saat kita kecewa, dekatkan diri kita kepada tuhan, itu saja caranya. kerana tuhan yang menciptakan segalanya, maka penawar adalah darinya juga,

Sandx bukannya ustaz mahupun ulamak. sandx hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan juga. Sandx hanya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian artikel ni, sebab ramai kawan sandx yang hilang pedoman akibat putus cinta. Tak kiralah lelaki mahupun wanita. Kebanyakannya banyak berubah selepas putus cinta. Menjadi manusia yang semakin rosak dan merosakkan. Daripada Tidak merokok kepada merokok. Dripada orang yang menjaga perasaan orang lain kepada orang yang banyak mempermainkan perasaan orang lain, dan bnyak lagi. Kembalilah pada agama, itulah nasihat sandx.

Sandx menghabiskan masa untuk menyiapkan gambar yang di'edit diatas tu hanya untuk tatapan pembaca sekalian dan sandx nak share satu Video Clip untuk kengkorang semua. Jiwang x jiwang la, sandx sukakan video ni, walaupun sandx sebenarnya bukan si peminat cerita Korea pon, hehe.. video ni dah berulat dah pon sebab video ni masa sandx masih bersekolah dulu,...... jom tengok.



P/s : Kalaulah korang ditempat perempuan tu, apakah korang sanggup untuk jadikan lelaki tu sebagai teman hidup? walaupun die buta??? Die dah korbankan segalanya untuk korang, apakah korang sanggup jadikan die sebagai teman hidup?? nak tau jugak jawapan korang..hehehe





Categories:

38 comments:

  1. klw da jatuh cinte. bwat ape pun. rase cinte jugak. ohoh.

    ReplyDelete
  2. nice entry.like dis so much..macam macam kan cintan cintun nie.ehhee.moga kita tergolong dlm org yg miliki kebahagiaan. amin.

    ReplyDelete
  3. kuasa CINTA memang hebat.. layan jiwang malam nie..;)

    ReplyDelete
  4. cinta itu indah....
    tapi perit bila dkecewakn

    ReplyDelete
  5. nice post....
    cinta itu perit bila dkecewakan n x dhargai...!!!

    ReplyDelete
  6. hmm, love this entry.entry yg mempunyai mksud yg mendalam.. :)

    ReplyDelete
  7. lama aku tak tengok bidio korea oraang buta ni.. thanks wan sandx.. cemane nak sebut nama ko ni? sandex? sandix?sand-x?

    ReplyDelete
  8. urm...cinta..sweet kan word tu...bak kate sorang member pieja...tak kenal..sweet belaka...dah kenal macam celaka..tapi..setiap cinta ade masam-manisnye...ade sorang novelis pernah menulis....yang mencantikkan lukisan adalah warna..yang mengindahkan hidup adalah CINTA~~~

    ReplyDelete
  9. WanUSJ : sebut je mcm sebutan pasir tu, Sand..hehe asalnya mmg pasir pon, nama Sandx tu pon adalah nama ak dengan bekas kekasih aku...diabadikan dalam blog ni...hehe bnyak kisahnye.

    Pieja :hehe manis dan pahit cinta tu...

    ReplyDelete
  10. wahhh yeay, sandx bukak rahsia die dan bekas awek die. ehem :p

    haih, pasal cinta. dini sbnarnye tak suka nak bercinta tp bila dah jumpa lelaki yg seswai dgn kte, cinta tetap ada kan. kdg2 bila dini tgk lelaki yg kejam pada isteri nye, yaALLAH rasa takut je nak kahwin, nak bercinta. zaman skrg ni, ramai perempuan jd mangsa2 suami yang berpoligami. didera, dipukul senang lenang je.

    hmm, trauma2..

    ReplyDelete
  11. cinta penuh dgn suka duka air mata dan gembira...cinta itu unik...cinta itu agung...

    ReplyDelete
  12. Sandx i hv a question for u.... if lelaki ni tgglkn kte? n ats reasons yg kte xtau...prlu ke kte tggu dye balek??

    ReplyDelete
  13. tak semua cinta indah , kadang2 ade yang perit dan perlukan pengorbanan - cik kacak suke entry ni ;)

    ReplyDelete
  14. I wish he think about this-thing-called-as-love just like how you feel/think about it . hhaaa

    umm , lagu best . lirik dia i suka raaaaaaaah !

    ReplyDelete
  15. macam tengah bersedia je nak bercinta sandx ni~
    apepun best ar bace yang ni ~ hehe macam2 terbayang kat kepala otak ni :p

    ReplyDelete
  16. jangan bercinta jika tak mampu .

    bila bercinta means kita pertaruhkan hidup

    & apa yang laki tu buat memang pengorbanan besar :)

    ReplyDelete
  17. erk..suka tgk jari atas tu..cumel! nway dtg singgh dan terus follow...slmt berkelana..erk..solap..berkenalan :)

    ReplyDelete
  18. wah..entry sinte!
    bercinta bile sedia k..jgn bile sunyi.. :)

    ReplyDelete
  19. tgh2 mlm sdg brjiwang.. haha.. :D

    ReplyDelete
  20. cinta memang gila . . kalau lah manusia takde perasaan tu lg bagus

    ReplyDelete
  21. Cik Itam selalu dikecewakan..huhu=_(

    ReplyDelete
  22. nice entry...
    smua 0rg ade penglman brcnta msing2....
    ade yg manis ade yg pahit....
    yg baik kekalkan yg buruk jauhkan....

    ReplyDelete
  23. cinta pada Allah adlh cinta yg kekal dan abadi :)
    btw, single best :)

    ReplyDelete
  24. Terbaik saudara.
    Rasa ingin bercinta tetapi diri ini belum dicinta lagi. Jadi, tidak dapatlah mencintai orang lain.

    Mungkin pada mulanya agak sukar untuk kita menerimanya. Namun, jika jodoh sudah ditetapkan, insyaAllah, hati akan redha juga walaupun pasangan kita tak sempurna.

    ReplyDelete
  25. singgah follow baca entry kat sini...

    ReplyDelete
  26. cinta yg penting cinta Illahi...:-)

    ReplyDelete
  27. Cinta memang memedihkan...seyes

    ReplyDelete
  28. -)
    salam.
    nice entry -)
    lagu ni famous kot zaman kecik2 dulu..hu2 -p

    ReplyDelete
  29. Hidup paling indah bila cinta dihargai. Hidup paling sengsara bila cinta menjadi dusta...

    ReplyDelete
  30. ..seronok bc entri ni...
    cinta,,,tjuk biasa dengar,,tapi olahan sandx sgt menarik..hakikat cinta,,pencintaan,,bercinta..dicintai,,
    namun..cintai la diri sendiri sebelum,,nencintai orang lain..

    ReplyDelete
  31. Anomymous
    : tq very much, puas sandx berfikir n cari feel untuk tulis semua ni, x sgka ade respon yang baik dari semua pembaca...thanks semua.....

    ReplyDelete