Tuesday, May 17, 2011

Pisang Goreng Yang Menggoda.


Kali ni sandx muncul lagi dengan entry terbaru. Kali ni tentang makanan pulak. Hadui musim panas2 tadi, macam biasa la sandx masih lagi membuat kerja menebas kebun, Al-maklumlah mecari rezki yang halal. Lagipun dapat la jugak sandx isi masa lapang time cuti sem ni. Dengar tajuk entry pon dah rasa tergoda n digoda. hehe

Masa balik dari kebun tu, sandx singgah la rumah mak sedara sandx. Biasalah tu mak sedare sandx tu jugaklah yang pernah jaga sandx time bebudak dulu, dan die jugak lah yang banyak jasa ajar sandx sampai kenal alif, ba, ta dan sampai la dapat mengaji quran dengan lancarnya. Disebabkan itu maka kami pon memang akrab la bagai api dengan asap (pepatah baru) asal ada api mesti ada asap kan. maknanya sukar untuk dipisahkan. begitulah kami.

Sedang sandx masuk umah die, terbau la sesuatu yang agak menggoda iman sandx ni. Alahai cousin sandx tengah goreng pisang upenye, bau die masya'Allah, rasa nak terkam je. Sandx cakap la " wow banyak pisang nak meniaga ke", dengan harapan dapat la sebijik 2 kan, nak mintak nnt x elok pulak asenye. hehe. Rupanya pisang2 itu hendak disajikan kepada orang ramai yang datang buat doa selamat petang tu nnt. alahai melepas la pulak. Sandx pon disajikan lah dengan makanan tengahari dengan air oren sejuk. pergh syukur.....

Sudah lah penat badan gatal2 pulak tu so itu the best point untuk sandx mem'blahkan diri dari rumah mak sedara sandx. kalo x jgn harap la nak balik awal. dah borak2 nnt bnyk cerita pulak. pergilah sandx dari umah mak sedara sandx dengan perasaan kempunan dan mengidam. Dalam hati tgh panas tu mesti dapatkan jugak pisang goreng tu.

Time tengah panas gini sandx x lagi mengidam air sirap macam entry yang lepas2 tu. Kali ni mengidam pisang goreng pulak. Al-maklumlah cuti2 sem ni, badan berisi sikit n perot bertambah boncit dan rasanya mengidam kali ni lain macam pulak rasanya. Ish walau apapun terjadi sandx tetap nakkan jugak pisang goreng tu. Kalo dah kempunan macam ni, mati katak la sandx kat umah nanti.

Drive punye drive, ternampak la makcik dengan anaknya yang cumil tu menggoreng pisang. "Alamak!! aku dah lah tgh x ensem ni, baru balik kebun" tapi dek kerana mengidam punya pasal, pedulik la tu semua. Nyawa sandx lebih utama. Maka sandx beli lah pisang yang beharga seringgit tu. Ni stok nak makan sorang je ni. Puas hati dapat mnde yang dihajati, makan sambil drive.hehehe

Toksah cakap la perasaan sandx masa lepas beli tu. Rase macam nak terbang pon ada jugak, mende kecik je, tapi rasa puas sebab ape yang dihajati dah jadi kenyataan. senyum sengih sensorang macam orang dah nak gila pon ada rasanya....Biasalah tu, badan penat perut mestilah lapar.

Dikatakan, walaupun dengan hanya menjual pisang goreng di tepi jalan. Peniaga mampu memperoleh pendapatan lebih kurang Rm100 sehari hanya dengan menjual pisang goreng sahaja. Budget x la tinggi sangat. Lagi bagus ada kebun pisang sendiri kan. Ha, jangan main2 dengan peniaga pisang goreng ni. Sandx tengok pisang goreng lah antara kuih yang paling laris dan diminati ramai.Sodap pon sodap.


P/S : Sandx sukakan pisang goreng style orang johor,
tiap kali balik kampung kat muar tu mesti dapat makan pisang goreng cicah sambal kicap, perghh terbaekk. korang pulak minat x pisang goreng ni??? hehe

Pisang Goreng cicah sambal kicap, terbaekk....

Categories:

17 comments:

  1. errrkkk!!! alaa~ awat tak ajak mse minum petang td. hurrmm.. wee~ :)

    ReplyDelete
  2. zaman skrg org da jarang da cu nk sentuh pisang goreng ni

    diorang da maju sikit...aiskrim goreng..baru ade brand...tu kate diorang..

    bg atok ini la mknn nostalgia...haha

    ReplyDelete
  3. wahhhh . .
    pos2 lah sikit ke johor . hehe

    ReplyDelete
  4. ala.. lapa lak... megi ada x? pisang susah lak nak carik malam ni..
    huhu, lapa tgk pisang goreng...

    ReplyDelete
  5. eh sebenarnya mase kite masuk U baru kite tau yang orang johor je makan goreng pisang dengan sambal kicap, kat melaka makan goreng pisang mcm tu je. ish xsyiok la xade sambal kicap. btw, leh je awak buat sambal kicap sendiri. nak kte ajar ke? haha

    ReplyDelete
  6. sandx :]] dini dtg comment post sandx psl pisang goreng ni. sandx ni suka wt nafsu makan dini naik. hoho. goreng pisang mmg sedap. terigt plak kt goreng pisang dkt dgn rumah dini. ada org jual dlu, tp skrg dah tak ada. die dah bankrupt ke ape ke tak taw la. tp die wt goreng pisang paling sedap. die guna pisang yg betul2 sesuai nak wt goreng pisang. rindu plak. tah mne hilang org tuh.

    btw, tak taw plak sandx org johor! haha. ayh dini org muar gak. org seri menanti. hee ;) nak smbal belacan, datang rumah dini yea.

    ReplyDelete
  7. makan petang2 dengan air kopi...emmm...best

    ReplyDelete
  8. waa..
    memang menggida pisang goreng tue...
    org yg wat tu lg menggoda kot:)

    ReplyDelete
  9. Aik, kebetulan...saya baru lepas makan pisang goreng ni..hehehe..

    ReplyDelete
  10. Pisang goreng cicah sos pon SODAP!

    ReplyDelete
  11. yup! mmg style johor kalau cecah smbal kicap..huhuu..jap gi nak pi beli la..terliur jap..hehee

    ReplyDelete
  12. maman time hujan sodapp nie....
    paneh2 lagi....cicah dengan sambal kicap!!!hadehh!!kepingin!!!

    ReplyDelete
  13. aiyark ! meleleh air liuq tgk gambar makanan nie. aish

    ReplyDelete
  14. suka!!!! pisang nangka goreng paling best! :-)

    ReplyDelete
  15. oh sangat sedap pisang goreng cicah kicap=)

    ReplyDelete