Sunday, May 8, 2011

Sikap Buruk Pekerja Kedai Makan Part 2


Entry Kali ini merupakan entry bersiri daripada sandx. Sandx sebenarnya x sangka dan x pernah menyangka akan menulis mende ni untuk kali yang keduanya. Ni semua dek kerana sikap pekerja kedai makan yang x memberikan layanan yang sepatutnya kepada pelanggan mereka. Alangkah sakitnya hati, korang mungkin pernah rasa apa yang sandx rasa.



Untuk lebih memahami Entry bersiri sandx ni, sila baca ni sikap buruk pekerja kedai makan Sandx pernah postkan entry ni dulu pada bulan Februari 2011 gara-gara x puas hati atas layanan yang diberikan. Memang sakit hati. Sebagai pelanggan kita mahukan kepuasan dan layanan serta servis yang baik daripada mereka. Kalo x, buat apa kita datang kedai mereka. Kita datang makan bukan untuk sakit hati dan menyakiti. Kita datang hanya untuk mengisi perut yang kosong.

Untuk edisi sebelumnya sandx datang makan pada waktu petang, minum petang cegitu orang kata. Dan tobat sandx cakap, sejak peristiwa tu sandx dan kawan sandx memang cakap x kan datang n x mau dah jejak disitu lagi. Namun setelah beberapa bulan berlalu, sandx dan kawan sandx x pernah menyangka akan makan disitu. Kali ni kami datang pada sebelah malam pula, masa tu baru lepas setelkan persiapan untu Bercamping. 

Puas menunggu 
Sandx ni tidaklah menyimpan dendam ataupun persepsi buruk yang berterusan, mungkin hari ini mereka kurang baik mungkin juga dikemudian harinya mereka berubah. Namun x seperti apa yang diharapkan, mereka lansung x dapat mengubah tanggapan buruk sandx sebelum ni. layanan yang diberikan tetap sama, menyakitkan hati. apa daa baik x payah berniaga gitu.

Sudah la begitu, mintak order lambat, lain yang di'order lain pulak yang dapat. Sudahlah begitu layanan yang diberikan agak kurang memuaskan dengan muka yang masam dan seperti nak bergaduh, Sapa yang suka kalau begitu. Dengan lagak yang berlagak dan malasnya. Paling sakit hati bila kita dah dilayan begitu, ending die menambahkan lagi kesakitan yang ada. Bila mintak Kira time nak bayar tu, die boleh buat tak tau, terkedek-kedek. Sebelum tu die boleh pulak melepak sambil bersembang ngn kawan die, die nak keje atau melepak? rasa nak sepak pon ada.

Kedai die monopoli disitu
Harap tiada kali yang ketiga selepas ini. Patut lah bisnes x maju, hanya nak harapkan tempat yang strategik untuk anak muda melepak makan je. kalo x Bungkus la ko. Persoalannya, mengapa turun temurun pekerja die berperangai sebegitu?. Mungkin gaji kecik kot? entahlah. Pada hari kebiasaan hanya kedai die sahaja yang bukak pada malam tu, tu pon x reti nak amik peluang nak kembangkan bisnes. Kalau kedai lain bukak. alamatnya x de la orang yang datang.

Kepada pembaca sekalian, kalo korang bekerja, layanlah pelanggan atau customer korang dengan sebaiknya. Barulah mereka akan berpuas hati dengan perniagaan kita. Nak meniaga, mulut kena manis. InsyaAllah kalo baik layanan dan servis korang, lepas ni ramailah orang yang suka nak datang kedai kita. Tak kisahlah berniaga apa pon, Customer tetap no 1, tanpa customer siapalah korang....

Note : Malam tu balik dengan perasaan yang x puas ati, pasni nak keluar minum cari tempat lain je.
Categories:

27 comments:

  1. mmg panas ati dgn pekerja kedai makan cm ni..rase nk blah terus je bile nak suruh kire dia buat xtau je..xnk duit ke ape?

    ReplyDelete
  2. jgn pergi dah ke kedai yang servis dia mcm tu...kita ada hak sebagai pengguna utk memilih...

    ReplyDelete
  3. tak tau cara nk layan pelanggan ke dorg ni? ke boss dorang x ajar? ke boss pon sama?...

    ReplyDelete
  4. mgkin pekerja kedai tgh mogok kat bos die kot..psl tu sngja xnk layan cust..

    ReplyDelete
  5. kdg2 ad pekerja muke masam nk x nk layan jerw..rs nk mkn pun xde selera bile tgk pekerja mcm tu

    ReplyDelete
  6. sabar jek lah..
    nak wat cam ne kan.. :)

    ReplyDelete
  7. mangkuk ayun punya pekerja. Cubalah belajar mcmana caranya nk hormat pelanggan kan

    ReplyDelete
  8. huh ! takpe , lain kali cari kedai lain ..

    ReplyDelete
  9. diorang xmerase lagi bende yang teruk berlaku kat diorang

    ReplyDelete
  10. duit sje mau... untg je dyorg kire.... Kastemer tolak tepi..asal bayar

    ReplyDelete
  11. kadang2 bos pon xpandai nak memotivasi pekerja la. dulu masa kite keje part time, banyak sangt kegeraman berlaku masa kerja, so mood layan customer tercalar. hehe tapi xade la nak layan teruk2

    ReplyDelete
  12. kalau layan custmr nak tak nak,,xyah bukak kedai la der..bako je kedai tu

    ReplyDelete
  13. sy pun pernah xberpuas hati dan ada pengalam sebijik cm kmu! geram siot!! rase nk bako je! bukan bako keda..tapi bako waiter tuh! hahaha....jujur cakap, layanan kedai mamak lagi 5 stars!! rajin! tu baru namanya nk cari duit!

    ReplyDelete
  14. kadang2 kedai makan yang bagus reputasi tercalar gara2 pelayan la yang tak ikhlas nak bekerja.. kalau tak nak kerja, jangan kerja.. jangan burukkan nama kedai..

    ReplyDelete
  15. kakak pun selalu jugak terkena mcm tu, tp akak tak kan pergi lg situ...walaupun masakan nya sedap terasa sangat kalau dilayan mcm tu...

    ReplyDelete
  16. hurm, slalu berlaku kat warung2 kan? tak dinafikan,, myra pun rasa cm tu ,, dengan family plak tu,, dan2 tu jugak ayah jadi hulk kat situ,, huhu,, :p tak pelaa,, kita doakan smoga pintu hati diorg terbuka untuk berubah jadi baik,, insyaAllah,, hehehe~>,<

    ReplyDelete
  17. fuhh...nasib bek plan aku nk bukak kedai minum je :)

    ReplyDelete
  18. hahahaha geram kan dengan diorang, lagi2 kalau orang panggil nak apa2 dia budak donno je.. lepas tu buat2 tak pandang bila orang panggil dia tengok tv je memanjang, rasa nak terajang je kan?

    ReplyDelete
  19. buat aduan dekat hak pengguna >.<

    ReplyDelete
  20. sandx. dini nak cakap sket la kan.
    kalo kedai cmni, len kali tak payah pegi.
    kalo pegi means kite support die taw.
    bkn ape la kan. tak faham dgn layanan diorg kt pelanggan.biar gulung tikar kedai tu pasni. takpun, maybe bos die tu y tak kesa budak2 die mcmtu, tak diajar layanan baik. tak tau la kan. kte rakyat malaysia kot. tak kire cmne pon, kne kot senyum. patutnya tak kisah pelanggan atau tak. pelik2! ish! benci org cmtu. kalau dini la kan, dini malas nk pndg org cmtu dah. mls nk jejakkn kaki pon kt kdai tu lg. ish sandx ni, skali dah kene, kene kali kedua. kali ketiga tak yah g dah tauuu

    ReplyDelete
  21. kedai ni nama ape?? takyah gi la awak..dulu eyka pon prnah kne servis kedai bruk macm ni..gilakk bengang..memang tak la eyka gi sane dahh~ sape surh tak jge hati plngan..hruss laa blahh! hahaaXD

    ReplyDelete
  22. haha..dia tak bersyukur dh ada pelanggan ttp..
    nt slow2 pelanggan lari pdn muka..restoran tue yg rugi~
    kahkahkah..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum..my 1st comment here..
    memang kadang2 smpai confuse..dalam otak mcm duk pk 'aku mintak makan free ke dekat ko?x payh la berniaga klau mcm tu..tak da sapa paksa pun..better jgn p dah kedai cm tu...urgh...

    ReplyDelete