Bila sebut tentang cinta, Pastinya dalam kepala masing-masing terbayangkan saat2 bahagia bersama pasangan yang dicintai. Tak kurang juga yang sibuk mencari pasangan hidup masing2. Al-maklumlah x best hidup single kononnye. bila bercinta semuanya rasa sedap, semua sebok memikirkan tentang alam perkahwinan dan jumlah anak yang bakal mereka perolehi sedangkan apa yang sandx tengok kebanyakannya monyet2 belaka, bergayut pada dahan yang rapuh dan akhirnya patah. Disangka Bahagia hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Basah kuyup dalam kedukaan.
Ya tidak dinafikan manusia memiliki naluri semulajadi untuk bercinta, namun tetap ada batasannya. Jangan lah sbb cinta kengkorang gadaikan segalanya. Berbaloikah kita memberikan segalanya kepada pasangan yang belum pasti menjadi milik kita?
Ya, siapa yang mampu menahan air mata daripada berguguran pabila kehilangan orang yang kita cintai. Terkadang cinta terhalang oleh keluarga yang tidak merestui perhubungan kita dan bermacam lagi. Hatta si lelaki yang keras hati untuk menangis begitu mudah mengalirkan air matanya kerana cinta. Ada juga yang kehilangan pasangan mereka kerana tuhan lebih menyayanginya, dijemput menghadap tuhan yang maha esa. Asam garam dalam kehidupan. Percayalah setiap dari kita telah tertulis dalam suratan hidupnya, pasangan hidup masing2 yang diciptakan untuk kita. Hanya masa sahaja yang belum tiba. Sampai waktunya dia adalah milik kita. Siapa? Wallahu Alam. Pastinya pasangan yang terbaik untuk kita yang telah tuhan tentukan.
Sandx juga merasakan apa yang watak dalam gambar tu rasa, ya hidup sunyi walaupun ramai kawan. Rasa kita perlukan sesuatu sebagai teman. Bayangkan selama ini kita punya kekasih hati, henset x pernah x berbunyi, tak pernah sunyi daripada menerima msj dan bisikan manja dari orang yang kita cintai, namun pabila kita kehilangannya, kita terasa satu kekosongan yang besar dalam hati kita, terasa diri kita terlalu sunyi, setiap ayat, bisikan mnja dan kata-katanya adalah sesuatu yang kita rindui. Kesunyian juga satu seksaan, so isilah masa lapang dan sunyi korang tu dengan sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan. sedikit sebanyak dapat mengalih perhatian diri kita yang sedang kesunyian.
Apa yang kita lalui adalah satu ujian untuk kita. Ya terkadang tuhan uji kita dengan kesusahan, terkadang tuhan uji kita dengan kesenangan dan terkadang juga tuhan uji kita dengan percintaan. Kita diuji, sejauh mana ketaatan dan kepatuhan seorang hamba itu dalam menghadapi ujian daripada tuhan yang esa. Jangan lah kerana cinta yang mati ditengah jalan kita juga mematikan diri kita. Apakah itu berbaloi untuk kita?? Sekarang banyak kes makhluk yang bernama manusia mati bunuh diri akibat putus cinta. Dimanakah akal yang Allah kurniakan kepada kita? Dimanakah Iman dan ketakwaan yang menjadi benteng dalam hidup kita? Hingga mudah benar bagi mereka mengakhiri riwayat mereka dengan begitu sahaja. Banyak juga cubaan bunuh diri yang terjadi namun berjaya dipatahkan. Untuk apa kita sakitkan diri dan untuk apa kita campakkan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya semata-mata kerana pasangan yang mcm haprak??
Si pembunuh diri tidak sedar bahawa alam kematian yang akan dilaluinya akan jauh lebih sukar dan sengsara daripada alam dunia yang ditempuhinya sekarang. hebat mana sangat Ujian yang kita lalui berbanding ujian para nabi dan umat terdahulu. Ya lah, bukannya apa, kita ada agama dan agama itu pegangan dan cara hidup kita. Ya sandx faham betapa hidup kita tidak bermakna bila kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi. Betapa peritnya, betapa seksanya hari-hari yang kita lalui tanpa orang yang pernah membahagiakan kita, kerna dia adalah sebahagian daripada hidup kita. Yang pasti, carilah orang yang boleh membimbing kita saat kita kecewa, dekatkan diri kita kepada tuhan, itu saja caranya. kerana tuhan yang menciptakan segalanya, maka penawar adalah darinya juga,
Sandx bukannya ustaz mahupun ulamak. sandx hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan juga. Sandx hanya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian artikel ni, sebab ramai kawan sandx yang hilang pedoman akibat putus cinta. Tak kiralah lelaki mahupun wanita. Kebanyakannya banyak berubah selepas putus cinta. Menjadi manusia yang semakin rosak dan merosakkan. Daripada Tidak merokok kepada merokok. Dripada orang yang menjaga perasaan orang lain kepada orang yang banyak mempermainkan perasaan orang lain, dan bnyak lagi. Kembalilah pada agama, itulah nasihat sandx.
Sandx menghabiskan masa untuk menyiapkan gambar yang di'edit diatas tu hanya untuk tatapan pembaca sekalian dan sandx nak share satu Video Clip untuk kengkorang semua. Jiwang x jiwang la, sandx sukakan video ni, walaupun sandx sebenarnya bukan si peminat cerita Korea pon, hehe.. video ni dah berulat dah pon sebab video ni masa sandx masih bersekolah dulu,...... jom tengok.
P/s : Kalaulah korang ditempat perempuan tu, apakah korang sanggup untuk jadikan lelaki tu sebagai teman hidup? walaupun die buta??? Die dah korbankan segalanya untuk korang, apakah korang sanggup jadikan die sebagai teman hidup?? nak tau jugak jawapan korang..hehehe