Sunday, January 30, 2011

Kuda Oh Kuda, Kelakar Ke?

Pada hari ni blog Aku dan Hidupku mempamerkan satu kelainan, Ye la kan entry sebelum ni wan sandx banyak menceritakan tentang internet dan komputer tapi hari ni aku membuat satu kelainan untuk entry pada kali ini. Kepada pembaca semua, korang x perlu risau sebab banyak lagi entry menarik tentang software, internet dan komputer dimasa akan datang, diharap korang enjoy k...yuhuu

Ada ape dengan kuda? haha aku nak tunjuk sikit gambar menarik tentang kuda untuk tatapan korang semua. Aku sememangnya dari kecik agak meminati la kude2 ni semue sebab kalo tunggang kuda ni nampak gah dan macho je kan. lagi-lagi bawak orang yang tersayang bersama. Ye ke? romantik ala-ala kude cegitu hehe...

Cakap pasal kuda ni,  semua orang tau dan semua orang kenal, kalo tak kenal korang ni dikira makhluk yang agak pelik la diatas muke bumi ni. Nama kuda selalu dieksploitasi dengan sesuatu yang baik dan jahat, Ape kemende yang baik n jahat nye? haha ala kalo bab kelajuan orang kaitkan dengan kuda, ye la kan kuda kan laju sebab tu la orang panggil "Kuasa Kuda" kan. Ade jugak dalam makanan iaitu kacang kuda. dadah pun ade nama kuda, haha Pil kuda. Lain-lain perkataan yang menggunakan kuda ialah seperti, kekuda, nafsu kuda.. haaha dasat tu.


Ni ade la sikit gambar kuda-kuda kegemaran korang ni dekat atas ni, erm agak2 korang la kan berapa ekor kuda yang ade dalam gambar ni? hehe tekalah

Ni la namenye Frust Tertonggeng

Korang ingat kuda tak pandai ke bercinta, pandai woo, tp silap je sebab kerap putus cinta. Dah name pon kuda kan, nafsu kuda mana la tahan sekor-sekor ni, mesti nak cari lain punye.hehe

Gambar dibawah ni pulak aku tak tau kuda ape? lain macam je Pattern die, nak kate kude belang x jugak, mungkin kacukan kot. Tapi yang penting kuda ni ade love Bite, aww nakalnye..haha, ni la namanya kuda cinta kalo korang nak taw..

Aku ase la kan kuda yang ade LoveBite tadi tu, rupenye kude ni la yang punya angkara, jaat betul..tengok tu die sengih lain macam, tak ke nakal tu? wahaha

Dekat bawah ni ade la video tentang kuda memang nakal la. Nasihat aku korang boley bermain dengan kuda tp jangan la bermain di tempat yang tak sepatutnya nanti korang pulak yang nahas, ha jom tengok.



Video ni pulak tentang kuda yang dijadikan seperti Pet oleh tuannya, haha memang cute la, aku pon suke.



Ha menarik kan, cute2 je aku tengok.......

p/s bile lagi nak tunggang kuda kan..hehe

Friday, January 28, 2011

Processor (CPU) Diperbuat Daripada Pasir?

Sekadar Gambar Hiasan
Pernahkah korang dengar perkataan Intel? sebut sahaja Intel, siapa yang tak kenal kan. Syarikat gergasi yang mengeluarkan Processor dan menguasai pasaran dunia. Satu lagi syarikat pengeluar processor tak lain dan tak bukan adalah AMD, dua nama utama pengeluar processor dunia. Tapi bagi aku Intel punye performance lagi bagus la daripada AMD.

Bagi aku, aku lebih sukakan Intel berbanding AMD, kami yang gilakan komputer selalu berdebat tentang AMD dan Intel. oleh kerana mereka agak jeles dengan aku yang memiliki intel terbaru dan terbaik, maka dikutuknya aku menyokong produk yahudi, haha aku hanya tergelak sahaja mndengar kutukan itu. erm aku juga membalas dengan mengatakan AMD tak bagus dan cepat panas hehe. dibawah ini adalah buktinye..



Berbalik kepada topik, Tahukah Korang Apa itu Processor? dan dari apa ianya diperbuat? pernahkah kita terfikir bagaimana Cip yang sehalus itu diperbuat? Benarkah ianya diperbuat daripada pasir?. Ya terlalu banyak persoalan dan pertanyaan untuk kita perkatakan namun jawapannya tak kunjung tiba. Tapi persoalan diatas akan terjawab pada entri blog ni pada kali ini.

Buat pertama kalinya blog Aku dan hidupku, menceritkan identiti blog ini sendiri. Ya, mengenai sandx ataupun pasir, terlalu banyak keistimewaan dan kelebihannya untuk diceritakan. Tapi hari ni aku aku nak tunjukkan bagaimana Processor komputer dicipta dan proses pembuatannya. Sebelum tu aku nak ceritakan kat korang semua, apa itu CPU? CPU adalah ringkasan perkataan Central Processor Unit membolehkan komputer berjalan dengan baik. Dengan kata lain CPU ni macam otak kepada komputer la untuk mnjalankan pemikiran komputer.

Aku juga tertanya-tanya pada suatu ketika dahulu, dari apa ye processor ni diperbuat?, bagaimana? fuh, setelah menonton satu video ni di youtube segalanya terjawab. Memang agak sukar la proses pembuatannya. First ramuan dan bahannya adalah pasir then dari pasir tu lah terdapatnya silikon dimana 25 % daripada pasir adalah silikon iaitu bahan yang diperlukan untuk membuat processor ni.

Aku agak tertarik juga dengan proses pembuatannya yang agak rumit dan rapi. Ye memang tidak dinafikan, semakin bagus processor, semakin bagus la sesebuah komputer itu. Seperti aku yang sudah memiliki processor yang agak power daripada Intel iaitu Intel Core i5 hehe. Memang performance die bagus lah. Tapi aku rasa ianya sudah agak ketinggalan kerana Intel Core i7 sudah terdapat di pasaran.

So ape tunggu lagi, marilah kite saksikan video ini, mengenai cara pembuatannya hehe... Dibawah ini adalah video daripada Intel



Ha yang ni pulak video daripada AMD


Ha agak menarik kan, dimasa akan datang aku akan ceritakan lagi kelebihan pasir dan keistimewaan pasir buat tatapan korang semua..








Tuesday, January 25, 2011

Senarai Laman Sosial terbaik dan Popular

Hari ini Blog ini sekali lagi memaparkan senarai maklumat dan perkembangan semasa dalam dunia internet. Untuk pengetahuna pembaca sekalian, dalam dunia kita terdapat banyak rangkai laman web sosial yang wujud di atas muke bumi ni. Wow amat dahsyat kan. tetapi dalam bnyak-banyak tu kita lebih mengenali Facebook yang rata-ratanya ramai penduduk Malaysia dan dunia menggunakan Facebook.

Pada zaman facebook baru nak naik dulu, kebanyakan kita banyak menggunakan Myspace, friendster dan tagged, haha nmpaknya semua tu macam tak lg relevan kan. Hatta aku sendiri pon memang ketagih main facebook. Dengan kemunculan facebook sekaligus mengurangkan traffic laman sosial yang lain. aku pon sedar semua kawan aku yang menggunakan myspace kini beralih kepada facebook sehingga menyebabkan laman Myspace aku sunyi dan sepi, diam seribu bahasa. haha bapak boring kan.

Berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai laman sosial yang terdapat diatas muke bumi ni :

Facebook
sesuai untuk kegunaan umum. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, sekarang berumur 25 tahun. Dianggarkan pengguna facebook ialah sebanyak 300,000,000 dan terbuka kepada pengguna berumur 13 tahun keatas. wah amat dasat.

Twitterr
Bersifat umum dan terbuka kepada mana-mana pengguna. Mempunyai jumlah keahlian sebanyak 44,500,000


Myspace
Sebuah laman sosial yang popular dan top pada suatu ketika dahulu, diasaskan oleh Tom Anderson. dikatakan mula mengalami kejatuhan pada tahun 2007 dan 2008, dan sedikit sebnyak Myspace sudah berubah wajah dan banyak diperbaharui untuk memperbaiki reputasi laman tersebut. Pengguna akaun Myspace yang berdaftar ialah sebnyak 263,920,102 woo ramai kan. tp sayangnya traffic die kurang gara2 ramai da yang tak log in.

Hi5
Aku pon tak berapa nak gune mende ni tapi Hi5 dikatakan popular di India, Mongolia, Portugal, Thailand, Romania, Jamaica, Africa Tengah dan Amerika Latin tetapi tidak popular di Amerika syarikat. Mempunyai pengguna seramai 80 juta orang.

Friendster
Friendster amat popular di asia Tenggara, tetapi tidak lagi popular dibarat, dan tidak tersenarai dalam 10 ranking laman sosial paling popular lg pada hari ini. Terbuka kepada pengguna 16 tahun keatas dan kanak2 tidak dibenarkan. Tapi ade jugak kanak-kanak yang guna. Tapi gune dgn cara menipu umur..hehe

Tagged
Laman sosial yang berpusat di san Francisco, california, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2004. Tagged membolehkan ahlinya bermain permainan bertemu orang baru berdasakan saranan. Memang mudah la nak cari kawan dan berkongsi hadiah maya. Tagged kini dilawat oleh 7.6 juta pengguna As dan 27 juta pengguna dari seluruh dunia.

berikut adalah ranking laman sosial berdasarkan ebizMBA Rank pada januari 2011
1.Facebook
2.Twitter
3.Myspace
4.Linkedin
5.Ning
6.Tagged
7.Classmate
8.HI5
9.Myyearbook
10.Meetup

yang ni lak perbandingan antara laman web sosial dari segi security, Network Features, Search, demoghraphics dan sebagainya.





1. Facebook
2. Myspace
3. Bebo
4. Friendster
5. Hi5
6. Orkut
7. Perfspot
8. Zorpia
9. Netlog
10. Habo

Sunday, January 23, 2011

Manusia Terkaya di Dunia Pada Tahun 2010, Bukan Bill Gates?

Seperti yang kita sedia maklum, sebut saje tentang manusia terkaya di dunia sudah tentunya nama Bill Gates meniti di setiap bibir mane-mane penduduk di atas muke bumi ni. Adakah korang percaya yang beliau bukan lagi manusia yang memegang gelaran itu? percayakah korang?

Untuk Pengetahuan korang, dekat sini aku nak share la sikit mengenai Senarai orang terkaya di dunia pada tahun lepas iaitu tahun 2010. Erm seperti pada tahun yang sebelumnya semua orang sedia maklum bahawa Ranking pertama manusia terkaya di dunia disandang oleh Bill Gates. Tetapi kini Bill Gate bukan lagi memegang Ranking No1 di dunia. Wah amat memeranjatkan setelah sekian lama Bill Gate Begitu selesa berada di Ranking No 1 di dunia, kini tidak lagi memegang gelaran manusia terkaya di dunia.

Persoalannya? siapakah yang berjaya meragut tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia daripada Bill Gates?. Siapa yang tak terkejut kan, Bill Gates yang merupakan Pengasas Microsoft dan juga merupakan lelaki terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut kini tersungkur jatuh di tangga yang kedua. Bayangkan satu dunia gune window daripada microsoft yang diasaskan oleh Bill gates, mana tak kayanye die kan.

Manusia yang bernama Carlos Slim Helu dari mexico dan juga merupakan taiko telekomunikasi dari mexico telah berjaya mengalahkan Bill Gate pada tahun 2010. Carlos Slim Helu yang merupakan ketua dan CEO Telmex, America Movil yang merupakan syarikat telekomunikasi telah mengumpul kekayaan sebanyak 53.5 bilion Dolar berbanding Bill Gates sebnayak 53 Dolar Amerika. Wah, nampaknya Carlos telah berjaya mengalahkan Bill gates dengan angka tersebut.Nampaknye macam x la jauh sangat bezanya kan.

Berikut merupakan 10 senarai manusia terkaya diatas muke bumi ni...:




Dunia ade seorang lagi jutawan muda baru, iaitu Mark Zuckerberg yang berumur 25 tahun. Juga merupakan pengasas Facebook yang korang bangga-banggakan tu. Dianggarkan kekayaannya adalah sebanyak 4 billion US dollar pada tahun 2010. Seperti yang pernah aku ceritakan pada entry sebelum ni, Ranking Facebook dalam dunia adalah Pada tangga kedua selepas Google. Facebook telah berjaya menjadikannya antara lelaki muda terkaya di dunia


psst// Agak-agak kan, bila nama rakyat Malaysia akan tersenarai dalam ranking 10 terkaya di dunia? agak-agak korang boleh ke? hehe


Friday, January 21, 2011

Pelik-pelik Je Gadjet Komputer ni?

Ni ade la sedikit sebanyak Gadjet-gadjet untuk tatapan korang semue semuanya adalah yang tak pernah korang tengok dan tak pernah keluar pon di pasaran. Tapi kalo ade la mende-mende yang macam ni kan, ape la salahnye..ehehe
Gadjet ni memang best la, da nama pon tetikus, bentuknye pon macam tikus tapi paling tak sangka dalamnye ade tikus hehe......

Yang ni lak keyboard paling best, sebab ley makan?pelik2 keyboard pon nak wat makanan,Budak-budak suke la mende cegini kan...

Yang keyboard ni lak hitam legam, 100 % Hitam Legam macam tuannye punye kepala jugak (blank). Boleh mengakibatkan pengguna masuk wad sakit gila..haha. lagi-lagi bagi sape yang bekerja kat office yang penuh tekanan tu.Macam aku la jugak..hahaha

Rekaan Yang Ergonomik. Ergonomik ni maksudnye ialah merujuk kepada satu bentuk peralatan yang direka bersesuaian dengan Fizikal manusia.. Ha yang ni elok sangat bagi mereka yang terasa berat punggung dan malas-malas tu.Kaki komputer la, dari bangun tido sampai la time tido balik.agak malas kan...hahaa

Bagi kaum perempuan, ha ni la salah satu cara nak elakkan kes ragut sebab ianya tak nampak macam handbag. Peragut akan berfikir dua kali untuk meragut beg tangan ni sebab bentuk cam keyboard kan. Tp bagi aku la kan, beg ni akan meningkatkan statistik kes ragut sbb sesuatu yang agk pelik la yg akan jadi perhatian ramai untuk meragut. ye ke? haha

Ni lak Produk dari Microsoft, aku pon tak tau ape mende fungsinye. Nampak cam tak best je kan.

Sape-sape yang ade adik kecik atau da mempunyai anak ley la bagi mende ni...

Akhir sekali untuk sesape yang kebuluq tu, jom makan ni. Tak tau la sedap ke tak, tapi kalo cirit birit jangan salahkan aku lak....haha













Thursday, January 20, 2011

Mengenai Internet Browser Yang Kita Tak Pernah Tahu

Adakah Korang tau apa itu browser? aku rasa kebanyakan pengguna internet rata-ratanya semua tau ape itu browser. Istilah browser jarang digunakan oleh kebanyakan pengguna internet. Kebiasaannya kita hanya menyebut Mozilla, Internet Explorer atau Google Chrome.


Apa itu browser?
Browser ialah pelayar internet atau software aplikasi yang berfungsi untuk menampilkan, mengambil dan memberikan informasi sumber-sumber yang berasal daripada World Wide Web ( www ). www ni la yang bese korang tngok contohnya macam www.facebook.com.

Jadi korang da tau sedikit sebanyak kan mengenai Browser ni. Seperti Post aku yang lepas iaitu mengrenai Google. Kita memerlukan Google sebagai medium untuk kita search atau mencari maklumat. Untuk menggunakan Google kite memerlukan pelayar internet ataupun browser untuk berbuat sedemikian. Kebiasaannya kita semua tidak memanggilnya browser, kita hanya mennyebut nama browser tersebut seperti Google, Internet Explorer, opera dan Firefox. Agak-agak kan, korang guner Browser ape ye untuk baca blog ni?

Kalo nak citer satu-satu tentang broser ni, memang banyak la, dari segi siapa developer die, sejarah, jenis2 dan lain-lain. Untuk pengetahuan korang, browser yang kita tak kenal dalam dunia ni memang banyak dan memang tak terucap dengan kata-kata, cuma yang terkenal dan kebiasaan penduduk muka bumi ni gune adalah seperti mozilla, Firefox, Opera dan Internet Explorer.

Ni ha senarai Browser yang wujud atas muka bumi ni :
1. Internet Explorer
2. Mozilla Firefox
3. Google Chrome
4. Opera
5. Safari
6. Netscape Navigator
7. Sea Monkey
8. K-Meleon
9. Amaya
10.Midori

dan lain-lain, rasanya x larat kot aku nak tulis dekat sini.

Dah la banyak Browser, entah sape la yang gune semua tu kan, alih-alih yang femes dan biase kite gune ialah Firefox, Google chrome & Opera. Ha yang macam tadi la yang aku sebut tu. Tapi persoalannye kan, dalam banyak-banyak browser tu, agak-agak korang? mane satu yang terbaik dan ramai pengguna? haha persoalan tu akan dirungkaikan sebentar lagi pada perenggan yang berikutnya.

Mari kita saksikan The top 10 Ranking Browser Terbaeekkk 2011...jatuh kepada..:
1.Mozilla Firefox
2.Google Chrome
3.Internet Explorer
4.Opera
5. Safari
6.Maxthon
7.Flock
8.Avant Browser
9.Deepnet Explorer
10.PhaseOut

Sekarang segala persoalan telah berjaya dirungkaikan.Kajian ini dibuat berdasarkan prestasi, kelajuan, security, adakah ia mudah untuk digunakan, serbaguna dan sebagainya. Tp bagi aku la kan Firefox memang yang terbaik dan laju serta pelbagai fungsi then keduanya aku suke pakai google chrome sebab nampak ringkas dan best. So ape lak pendapat korang tentang browser yang korang selalu guna dan minat?

Wednesday, January 19, 2011

Yang Menarik Tentang Google.




Korang pastinya pernah dengar perkataan Google kan. Nama Google kini tidak asing lagi bagi mana-mana pengguna internet diatas muka bumi ni. Rata-rata penduduk di atas muka bumi ni pon mencari maklumat dengan menggunakan Google.Tak kira lah dimana mereka berada, selagi mempunyai talian internet, Google adalah medium utama untu mencari sesuatu yang terlintas di fikiran masing-masing.


Google dicipta Oleh Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan mahasiswa daripada University Standford di california. Google dilancarkan pada 15 September 1997 dimana ketika itu aku baru je berusia 6 tahun. Haha kecik lagi kan. entah ape la aku buat pada masa tu. Dianggarkan pendapatan Google pada tahun 2009 ialah hampir mencecah $ 23,651,000,000.00 . Fuh memang banyak kan sampai aku pon tak reti nak kira.

Google juga telah membeli Website Blogger pada tahun 2001 yang mana para blogger dapat menggunakan blog ini secara percuma. Memang untung bagi mereka yang mahu berkecimpung dalam arena blogging ni, sebab tak perlu keluarkan satu sen pon untuk blog ni. melainkan mereka membeli domain dan hosting berbayar. Inilah medium utama untuk melatih para blogger yang masih baru dan mahu mencari pengalaman dalam penulisan blog.

Kemudian pada tahun 2006 Google telah membeli  website Youtube bernilai $ 1.65 billion. Untuk pengetahuan korang website Youtube tu pon milik google. syarikat gergasi google sememangnya banyak wang untuk membeli semua tu. Mana lah tau kan, masa akan datang Goolge bercadang untuk membeli Facebook pulak? tapi facebook yang dimiliki Mark Zuckerberg tu pon kaya gak.

Antara Produk Google yang mungkin korang tak tahu ialah Google translate, Google search, Google map, Goolge earth, Google page ranking dan lain-lain.Tapi mustahil korang tak tahu kan sebab depan die pon nama google. Selain tu google juga mempunyai Internet Browsernya yang tersendiri iaitu Google chrome.Google Chrome ni bagi aku la kan ianya tak terlampau rumit, tak menyerabutkan kepala aku dan mudah untuk digunakan. Apa-apa word yang kita search terus pergi ke Google.

Sememangnya segala-galanya adalah google. Amat mengagumkan, segala maklumat yang kita perlukan, video, audio, software, artikel, berita da segala-galanya kita cari melalui google.Mudah kata, Google adalah yang terbaik.Hanya kuasai Google, maka segalanya ada di tangan kita.

Kita Boleh lihat Ranking laman web paling popular di dunia. Pemegang carta No 1 di dunia adalah Google.Ini menunjukkan pengguana Google adalah memang top la ramainye.Tp yang aku amat hairan lagi pelik.Ranking Google di malaysia jatuh di tangga yang kedua, Facebook pemegang No 1. Memang rakyat malaysia kuat chatting kot..hehe termasuklah aku.

Berikut adalah senarai Ranking Top sites dalam Dunia ni :
1)Google
2)Facebook
3)Youtube
4)Anshikapackermovers
5)Window Live
6)Baidu.com
7)Blogger.com
8)Wikipedia
9)QQ.com
10)Twitter

  psst // Mane la yahoo yek? nampak sangat x femes haha.....

Tuesday, January 18, 2011

Nak Cut video? Jom download Xilisoft Video Cutter v1.0.33.0105

Sememangnya ada sesetengah pembaca tertunggu-tunggu post dari aku mengenai software. Software yang aku nak kongsi dengan korang kali ni ialah software mengenai Video Cutter.Nampak macam best kan? nampaknya berakhirlah penantian sesetengah pembaca sekalian.

Ramai kengkawan diluar sana yang nak edit video tapi rata-ratanya menghadapi masalah apabila bahagian atau part yang mereka tak perlukan tak dapat dipotong atau dibuang. Mereka tidak tahu apakah software yang boleh digunakan, segala persoalan dan teka-teki yang bermain di minda korang akan berakhir disini. Sekarang aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu software ni, Keluaran xilisoft, memang best la.

Seperti entry aku yang lepas, aku memang minat giler software xilisoft ni. hehe korang boleh ambil dan buang mana2 bahagian dalam video korang tu dengan sesuka hati korang je dengan menggunakan software ni. Memang mudah kan.

Kelebihan Software ni jugak, ianya menyokong  hampir seluruh format video yang popular seperti VCD, AVI, MPEG, MP4, WMV, 3GP, H.264/MPEG-4, AVC, MOV, ASF dan lain-lain. So tak perlulah korang pening-peningkan kepala untuk convert video terlebih dahulu. Korang juga ley tetapkan titik awal dan akhir dengan tepat. Contohnya, tetapkan masa permulaan bahagian yang korang nak potong tu dan masa akhir. supaya kiraan untuk memotong video tu tepat.

Pastikan korang register serial key terlebih dahulu untuk penggunaan optimum dan memuaskan. Pastikan korang tak update software ni sebab ianya tergolong dalam software berbayar, pengguna kedua dan keatas adalah pengguna pirate. Bese la kan korang dapatkan software berbayar ni secara free memang la macam ni, tp fungsinya tetap sama seperti original.

pss:/bila da siap download, pastikan korang extract file terlebih dahulu, baru dapat install. Selamat mencuba, sebarang pertanyaan email ke wan.sndg09@gmail.com

Link Download :
http://www.mediafire.com/?98ujd129qhhpvsz

Monday, January 17, 2011

Kisah Malam Pertama Aku,wah Macam syok je kan

 
Wah,lain macam jek bunyinye post aku kali ni. Mungkin Korang syok kan dengan post aku kali ni. Agak menarik la sebab rata2 manusia di muka bumi ni memang sukakan citer malam pertama yang sebegini. Haha kalo korang x suka la kan memang something wrong la pada naluri semulajadi korang tu hehe.

Agak-agak la kan, camne kisah malam pertama aku ye? tapi bagi aku la kan ianya memang pengalaman yang tak dapat dilupakan dan tak tergambar dengan kata-kata. Bayangkanlah da lame aku tunggu saat-saat ni untuk memilikinya, akhirnya hajat aku tercapai la jugak.

Ni aku nak citer la sikit kisah malam pertama aku. Kisah malam pertama aku biasa jer. Aku yg bukak kan, pastu gosok-gosok belek-belek la yg mane patut, push the right button, pastu cucuk n terus main. Takde maknenye dah nak kiss kiss dulu. Aku da tak tahan dah pasal lame sangat dah aku tunggu. Dekat setengah tahun jugak laaa kumpul duit.Bayangkan gile la aku menunggu setengah tahun tu, fuh!!.

First main memang la terkial-kial gak kan. carik tempat mane yg harus tekan. Dalam setengah jam camtuh ok dah. Dah familiar la orang kata hehehehe. First time main dekat 3 jam aku balun sampai panas giler. Hehehehe mmg layan la....macam budak2 pon ade.

Fuh, itu laa pengalaman malam pertama aku main PS2 mase baru beli 6 tahun sudah. Amacam?, dasat kan…
Korang punye kisah malam pertama pulak macam mane pulak ye? kongsi la kat sini hehehehe

agak2 la kan ape yg korang fikir sejak dari td? hahahahha

Sunday, January 16, 2011

Fenomena Kedai mamak dan Isu Halal?

Assalamualaikum kengkawan semua, Hari ni aku muncul lagi dengan post terbaru aku Mengenai kedai mamak. Boleh ke makan kedai mamak? halal ke kedai mamak? betul ke diorang ni muslim?, Erm sebenarnya masih banyak persoalan yang boleh dirungkaikan dekat sini.

First, kite citer la dulu kelebihan kedai mamak ni berbanding kedai melayu yang lain. Bagi aku kan kalo singgah kedai mamak kalo x pekena Teh Tarik dan Roti Canai memang x sah la orang cakap. Die Punye Teh Tarik, perghh memang kaw. Lagi satu, yang aku suke kedai mamak ni kalo wat teh tarik memang x kedekut, milo ke ape ke, sebab tu die punye rasa adalah yang terbaik

Begitu juga dengan roti canai, Kalo nak dibandingkan dengan kedai Melayu memang jauh la bezanya. Tiap kali aku singgah kedai mamak memang x sah kalo x order roti kosong ataupun roti telur.Harga pun berpatutan la jugak.

Selain tu bagi aku la kan servis kedai mamak adalah yang terbaik, kalau singgah ke kedai mamak kite mesti akan rasa puas hati terhadap layanan yang mereka berikan.Bukan macam kedai melayu, ade sesetengah tu masam je bile kite singgah kedai die.Kalo nak meniaga buat la cara nak meniaga kan.Tak seperti kedai mamak, kehadiran kita mesti disambut dengan senyuman dan layanan mesra.

So ape kene mengenanya ape yang aku citer kat atas ni dengan tajuk post ni?. Dekat sini aku nak kupas la sikit mengenai perkara yang tak semua orang amik peduli mengenai kedai mamak ni.

Muslim Celup?
Ya inilah ape yang nak aku perkatakan sejak dari tadi, Pastikan korang pergi ke kedai mamak yang memang betul2 muslim.Bukan ape, korang pon tau kan bab halal haram ni mereka tak dapat nak bezakan. Zaman ni macam-macam boleh jadi. Gara-gara untuk melariskan perniagaan, mereka sanggup menipu dengan menggunakan imej Muslim untuk menarik pelanggan yang rata-ratanya beragama Islam.Kita mudah percaya dan tertipu.Sebabnya, mereka mungkin x dapat nk membezakan Halal dan Haram dan kebersihan yang disyariatkan dalam Islam.

Logo Halal
Isu logo halal ni bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kite ni. Logo2 ni semua boley dibeli dengan sesuka hati je tanpa pengesahan dari Jakim. Banyak sangat kes pemalsuan logo Halal ni.Aku pon malas nak cakap banyak, korang sendiri tau kan.Kadang-kadang kilang makanan tu ade anjing yang berkeliaran dalam kilang tu.Ni bukan cerita baru.

Ayat Suci Al-quran
Kononnya dengan meletakkan ayat suci Al-quran, dapat memberikan keyakinan kepada umat Islam bahawa restoran mereka tak perlu diragui.Banyak kan sekarang kedai-kedai makan memanipulasikan ayat Al-Quran.
Ayat suci Al-quran yang ditampal di kedai  bukan lah penentu kedai tu bersih atau halal.Tapi isu ni kalo kite sendiri tak ambil tahu, sape lagi kan. Jangan biarkan diri kite tertipu dengan semua ni.

Mamak-mamak muslim yang palsu ni bila disiasat, baca Al-Fatihah pon x reti, jangankan Al-Fatihah, mengucap pon x reti, apecer tu? haha. tapi imej berkopiah dan kedai banyak tergantung ayat suci Al-quran bukanlah penetu gerai tu halal dan bersih. terkadang arak pon ade diletakkan di dapur memasak.

Ni ade story sikit, lecturer aku time die makan kedai mamak, die makan roti canai, sekali roti tu ade bau pelik, semacam bau najis. Erm bila ditanya, mamak tu pon minta maaf la sebab die basuh berak x cuci bersih, najis tu terlekat pada cincin die....eeiii..yek, syok ler makan ye....haha

Lagi satu roti telur tu korang ley siasat la sendiri, ade sekali aku masuk kedai mamak tu, die nk masak roti telur, slumber je die pecahkan telur tu, sedangkan najis ayam banyak melekat kat telur tu, aku tengok orang yang makan tu, fuh memang berselera sungguh, haha...so korang fikirkanlah.

Bab makan ni kene la jage, bukan aku tak bagi makan kedai mamak, tapi siasat la dulu samada betul2 bersih ataupun x de unsur penipuan mcm aku citer tu. bak kata ustazah aku, apa yang kita makan itu membentuk peribadi kita. Kalo Haram yang kita makan, maka gelap lah hati kita. Bgaimana ilmu nak masuk kan, makanan tak halal dan tak bersih.

 So renung-renungkanlah, sekian.............