Friday, August 7, 2009

sejarah sendeng



Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim.
Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar'.
Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al – Fatihah.
Hj.Ismail bin Hj. Hamzah Guru Utama PSSSM
Pemergian Allahyarham Hj.Hamid dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi keluar ga sendeng seluruhnya. Perjuangan, pengorbanan dan jasanya terhadap Seni Silat Sendeng Malaysia mempunyai erti yang amat bermakna sekali terutama di dalam memperkembangkan SSSM ke beberapa negeri di tanahair.Berbagai cabaran,onak dan duri direntasi, ombak serta badai diharungi.Namun yang pergi tetap pergi, yang tinggal sebagai pengganti. Perjuangan memartabatkan SSSM harus diteruskan. kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti'.
Hj.Ismail bin Hj.Hamzah, kemudiannya telah menerajui dan meneruskan perjuangan abangnya dan ditabalkan sebagai Guru Utama.Sebagai adik kepada pengasas (Hj.Hamid) dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, sudah pasti memperjuang dan menyambung amanah SSSM tidak menjadi keberatan terhadap beliau.
Kebolehan dan ketokohan semulajadi berkat bimbingan ibubapa, datuk-datuk dan abangnya, menambahkan lagi kekuatan dan semangat beliau untuk melayari bahtera sendeng mengharungi samudera yang penuh dengan seribu satu macam rintangan dan halangan.
Sejak kepimpinan Hj.Ismail, SSSM telah didaftarkan pada 1992 dan kini bergerak dengan cergas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kelantan dan WP Labuan.

memori team raub....



inilah kenangan yg x dapat aku lupekan,ni time kitorng menyertai prtandingn kejohanan silat sekolah2 peringkat negeri pahang dai Raub.erm raub yg jd tuan rumah jd kitorg kene wat yg terbaik ntuk buktikan daerah raub adalah yg terbaik

untuk smpai ke sini kami melalui latihan yg sgt ketat dan perit,aku menyertai silat bahagian silat olhraga jd mmg latihannye gle2 la.tp hasilnye kite dpt rasa.tp bukan mudah gak sbb aku masok silat awal tahun start blaja tp ptndingn ni bulan 7,mmg aku rasa x yakin sesgt sbb time ni aku belum mahir lg dlm ilmu persilatan ni.sepak pon x mantap lg.erm yg pnting mmg teruk r kitorng yg geng olahraga ni kene tibai,kene sepak terajng sume rasa la time latihan.blik dari latihan je kitorng lebam sane lebam sini bgkak2 n sbagainye.haha smpai brdarah pon ade,tp x la teruk sgt


tp sparring yg pnting ntuk mmbiasakan kite dgn pihak lawan sbb x de mercy2 dlm gelanggang tu nnt,kite pon x tau sejauh mane tahap kmahiran pihak lawan.tp yg pnting aku dpt bnyak pngalaman daripada sumer ni




















aku dan sndg

kat sini aku nk citer sket la pasal hidup aku dgn sendeng ni.kisahnye aku time kecik2 dulu minat sgt ngn martial art nih,lbih2 lg dulu slalu tngok citer samurai,ninja, kungfu n lain2.perasaan ingin tau tu bnyak sgt.aku kagum gler ngn seni beladiri asing.tp dlm mase yg same aku nk tau gak pasal silat aku dgr citer mcm2 jd disitu timbul minat aku.aku da lame nk blajo tp x de kesempatan sbb lgpun kalo ade pon aku ni malu2 n takut2 time dulu.

start aku form 1 aku da didedahkan ngn silat ni tp x terlintas lnsung pon nk join.tp start form 3 aku masok belajar, ni sumer atas jasa kawan aku jugak,name die yazid.die la yg ajak aku kalo x kerana die aku x masok silat ni sbb die sungguh2 ajak aku n aku tertengok die praktis kat gelanggang,jelous gak time tu..

erm lepas aku masok sendeng baru aku dpt rasakan bahawa ilmu beladiri melayu bgitu hebat dan ada kelebihan yg tersendiri,disitu aku kagum sesangat.Aku belajar drpd cikgu nasir yg merupakan ank murid kepada Haji hamid hamzah(tgn besi) yg merupakn pengasas persatuan ni.

dgn sendeng ni jugak aku ada satu pertalian n persaudaraan yg kukuh sesama ahli antara ahli yg aktif yg masih kekal ialah ipin, ekwan, asman, kak lin,kerel,anuar,zuan, aku sendiri dan ramai lg.dgn sendeng ni jugak aku bjaya mengubah diri aku,kalo korg jumpe aku 7 tahun sebelum ni,aku x mcm aku yg sekarg.

kalau korg nak tau lbih lnjut pasal silat ley la cntact aku kat myspace wan_sndg@yahoo.com
yg pnting dlm kelembutan tarian silat itu ada maknanya yg tersendiri,dan setiap bunga silat mmpunya gerakan dan jurus yg tersembunyi didalamnya bak kata falsafah silat dalam tari ada bunga,dalam bunga ada buah dan buah itulah yg makanan kpd lawan